Monday, December 20, 2010

Kisah Disember


Alhamdulillah...sepanjang bulan Disember ni macam2 peristiwa terjadi...pembukaan December anak teruna ku AHMAD IQBAL ADLI dengan rasminya dah cukup setahun 3/12/10..cepatnya masa berlalu. anak ibu cepat membesar, semakin cerdik dan semakin lasak. Ibu doakan yang terbaik untukmu. Sambutan ulang tahun Iqbal tumpang kenduri kesyukuran Abang iparku..just beli kek(last minute)...kakaknya yang beria...adik tak tahupun...yang potong kek pun kakak...hancur kek di buatnya...Ya Allah rahmatilah anak-anakku.


Bermula 9-19/12/10..suamiku  terpaksa attend intensive course kat USM.mula2 risau juga macamnalah nak uruskan anak2..nasib baik kakak tak sekolah, kalau tak kelam kabut. Bila my hubby dapat jadual kelas..fuhh..lega tak pack sangat..so ada hari2 dia blh balik tidur kat umah. Tapi pengalaman menguruskan rumahtangga masa ketiadaan suamiku mencabar jugalah..Iqbal susah tidur malam if tak pukul 12 mata dia bulat je...dah tu malam2 dia akan terjaga 2,3 kali untuk minum susu...tapi itu ok lagi part2 yang susah sikit..dia bangun awal pukul 6 pagi dah bangun, time kita nak bersiap pi kerja..time tulah dia jaga dan merengek nak suruh dukung...ish2...kelam kabut..kadang2 terpaksa hantar umah pengasuh awal pg, then baru balik bersiap..........Masa ni lah terasa betapa aku memerlukan suami ku....he..he...masa time ni jugalah IQbal sakit mata...tapi inilah pengalaman..demi kejayan suami ku aku rela...Tahniah juga untuk suamiku kerana berjaya menghabiskan intensive course ni...(dia cakap kursus ni memberi impak yang besar untuknya...aura study tu..memuncak)Ya Allah...permudahkanlah urusanya...berilah kelapangan, kefasaihan, dan kekuatan ingatan untuk suami menuntut Ilmu..Aminnn


Cerita anak perempuanku...kakak...dia rapat n manja dengan ayahnya...setiap kali nak tidur dia nak telefon ayah dia dan buat ayat2 kesian.." Kakak rindu ayah sangat..kenapa ayah tak balik, kenapa ayah tidur kat sekolah?Kenapa sekolah ayah ada katil sekolah kakak takde?..dan macam2 kenape lagilah..so sebelum tidur mesti kol ayah dia..Sedih jugak mendengarnya....bila ayah dia balik dia seronok sangat dan macam-macam benda dia nak report kat ayah dia.

So, semalam(19/12/10) seperti yang dijanjikan kami bawa anak2 ke USM, ambil barang2 suamiku , Insyirah tak sabar2 nak tengok sekolah ayah dia...semoga suatu hari nanti dia pun akan belajar setinggi yang boleh..tak kisah kat U mana pun....mudah-mudahan dia jadi PROFaS(professional ustazah).

Insyaallah this coming event...my event..interview,,Ya Allah berikanlah yang terbaik untukku.Dan event yang di nantikan...family holiday...tak sabar, nak bercuti dgn keluarga  kelantan..so geng2 kelantan akan bertolak ke utara hari khamis nanti...Insyaallah.


Monday, November 8, 2010

Umurku semakin hampir ke penghujung

Tanggal 1 November 2010, genaplah usia ku 32 tahun..makin bertambah umur semakin hampir kembali kepadaNya. Tiada sambutan, kek atau sebagainya..namun doa-doa yang tulus tetap bersamaku. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan kebaikkan untukku..

Insyaallah dengan baki masa yang tersisa ini aku berazam untuk mengunakannya sebaik mungkin...

Monday, October 11, 2010

Aku Ingin Sentiasa Dekat DenganNya.

Dah hampir 3 bln takjengah blog. Macam2 benda yg berlaku...Abah tak sihat, puasa, raya n dll. Semuanya duk dalam diari hati..sebagai catatan perjalanan, kembara yang tak berkesudahan yang menuntut pengorbanan , kecekalan, perubahan, kehambaan dan belajar bersifat Qanaah dan redha di atas ketentuannya.
Sepanjang kembara jalanan ni ada juga waktunya kita tergelincir..lupa tanggungjawab azali yg terpikul, kadang2 kita mendabik dada dengan kehebatan dan kesenangan kita , lalu bila di uji kita kembali menadah tangan kepadanya, nasib baik masih di kurniakan kesedaran,alangkah ruginya jika kita rasa apa yang kita buat semuanya benar belaka. 
Kadang2 aku merindui zaman mencari...cuba mengenal  diri..mula mendekati..bertatih mengamalkanya..membasahi lidah dgn zikrullah, menadah telinga mendenngar kata2 peringatan, bersimpuh di sejadah untuk menilai harga diri..menyesali dosa2 semalam..air mata mengalir mencuci nista di hati..terasa sungguh Ar-Rahman dan Ar-RahimNya.
Tapi kini bila kita telah temui dan memiliki mengapa kita semakin jauh dariNya... leka dengan sampah dunia..berat untuk sujud kepadaNya..padahal kita tahu kita hambaNya yang hina...Mengapa manusia seperti kita mudah lupa...janganlah kita tergolong dalam kesesatan sedangkan cahaya menerangi...janganlah kita terus mengejar kegelapan...Ya Allah..bimbinglah kami..Ampuni Kami...

Thursday, July 22, 2010

Musibah...Pandanglah dengan Mata hati...

Assalamualaikum..

" Apabila Allah menguji orang ISlam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek"

Dua malam lepas,semasa nak tidur, puteri sulungku memberitahu Cikgunya accident, patah kaki..beria2 dia bercerita..kesian Cikgu Izzati...tak dapat pergi tengok Kapal terbang(kebetulan semalam 20/7) adalah lawatan PASTI Padang Benggali ke TUDM, Butterworth.Mmmmm..betul ke kak? tanya ku lagi...betul ibu...nanti kita doa bagi cikgu dapat pergi sekolah..Ya Allah tulusnya hati anak kecil ini...lepas tu dia ambil kain telekung sembahyang...(rakaat ikut suka)lepas tu dia tadah tgn nak berdoa...Ibu..nak doa macammana? So..aku pun bacalah doa(in Malay)..Insyirah mengikut patah demi patah..Ya Allah kau sembuhkanlah Cikgu Izzati,semoga dia dapat mengajar kami lagia...bla..bla...Ya Allah...anakku mempunyai empati yang tinggi..dan dia mengetahui kepadaMUlah tempat meminta...Ya Allah kau lorongkanlah hatinya untuk sentiasa dekjat denganMU.
Cikgu Izzati Wad 8, Hsptl Sbrg Jaya

Bagi mengesahkan lagi berita ni aku call Cikgu Izzati, tapi tak terjawab, then aku call Cikgu Mai...memang benar cerita yg di sampaikan oleh puteriku. Then aku cakap..nanti kita pergi ziarah Cikgu kat hospital.
So petang semalam 21/7, lps kerja kami bergegas ke hospital Seberang Jaya, Wad 8...ramai juga kenalan yg datang..Cikgu Izzati masih mampu menguntum senyuman...walaupun sendi paha lari, hidung retak, lbh 10 jahitan di dahi...dan yang paling mengejutkan dia bukan berseorangan semasa kejadian..di kisahkan dia bersama 2 org sepupu masing 8 tahun dan 5 tahun dalam perjalanan pulang kerumah, menaikki Avanza...dia  melanggar pokok besar ketika cuba mengelak dari " sesuatu" yang tiba2 melintas di hadapannya...sepupu yg 5thn (harith)kebetulan tertidur cedera dalaman, Dr, terpaksa membuang sebelah buah pinggangnya dan limpa.., tulang rahangnya(bawah) patah Ya Allah, terkesima aku mendengarnya. Beratnya ujian yang perlu di terima oleh keluargga adik Harith. berikanlah ketabahan kepada hambaMu yang di uji. Di riak Cikgu Izzati..ada sedih dan kesal, mungkin dia berasa bersalah..Sesungguhnya tiada siapa yang menginginkan musibah menimpa kita atau org yg kita sayang...Inilah adalah ketentuannya...untuk menguji keimanan kita. Aku hanya mampu membisikkan kalimah sabar dan yakinlah Allah maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui...pasti ada hikmah di sebalik musibah.Di kesempatan itu juga kami pergi menjenguk adik Harith di wad bersebelahan (wad 7) yang kebetulanya baru keluar dr ICU, tapi masih di letakkan di dalam zon kritikal. Sempatlah memberi kata semnagat kepada kedua ibu bapanya. Ya Allah....berat mata memandang berat lagi bahu memikul...

“Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cubaan sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka dtimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya; “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah:214)

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah, dan kuatkanlah kesabaranmu, bersedialah, serta bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat kejayaan atau kemenangan.” (ali-Imran: 200)

Nanti akan di upload gambar cikgu Izzati di hospital..

Thursday, July 8, 2010

Bila hati ingin berbicara..II ( Anak-anakku)

Insyirah semakin membuak-buak perasaan ingin tahu dalam dirinya..Persoalan aqidah di bangkitkan.." Ibu Allah tu adakan? Kakak  tak nampak pun?" Aku cuba explain cara yang mudah dia faham " Kakak rasa tak angin tu,,,sejukkan..tapi kakak nampak tak mana angin?..." Tak namapaklah ibu...Aku jawab.mmm.. macamtulah Allah tu ada, tapi kita tak namapk dia, samalah angin tadi n..bla..bla...harap2 dia faham dengan penjelasan aku." Ibu kalau kita cakap bodoh, nanti Allah belah mulut kita kan?...Ni yang letih setiap kali ada org cakap word tadi, kat luar atau kt dlam TV, dia akan bisik kat kita.."tak baikkan cakap bodoh..kenapa Pakcik/Makcik/ Abang/ Kakak cakap bodoh?".,,hah,,jawab jangan tak jawab. Tapi yang tak syoknya kadang-kadang dia pun cakap word tu, cz pengaruh kawan2 tapi dia akan cakap pelan je n time bergaduh dengan sepupu dia sebab dia tahu tak elok cakap word tu...dan sepupu dia akan report kat ibu dia. Susah juga nak mendidik anak2 ni kalau Biah solehah tak ada..

Pagi tadi dlm perjalanan hantar  anak sulung ku ke PASTI dia cakap" Ibu malam tadi Insyirah mimpi..ibu beli kereta baru warna putih..cantik "( dalam hati biar betul tapi risau gak if dia maksudkan kereta putih tu kereta terakhir untuk kita transit ke alam sana). Aku jawab acuh tak acuh je.."mmm mimpi jelah kak". Bukan sekali dia utarakan isu ni.."Kenapa kereta kita tak cantik? Kenapa rumah kita tak cantik? macam persoalan dia keluar dari mulut mungilnya. Aku just jawab " kakak kena syukur dan gembira sebab ada kawan kakak yang tak ada rumah, tidur tepi jalan. Kereta kita elok lagi..boleh bawa balik kampung lagi..dia jawab Ok ibu..nanti kalau ibu  ayah ada duit ibu beli kereta baru dan rumah cantik. Aku jawablah Insyaallah..kakak doakan kita semua murah rezeki..dia cakap AMIN. Kini baru aku sedar anakku dah semakin besar dan dah terdedah dengan kehidupan di luar. Dia semakin ingin bertanya dan ingin mengetahui apa yang ada di sekelilingnya..ini memerlukan kebijaksanaan kita sebagai ibu bapa untuk memberikan jawapan yang dapat memuaskan hatinya.

Kehadiran anak-anak ini kadang sebagai reminder untuk kita...Contohnya..if adik Iqbal menangis dan meragam dia siap pesan lagi" ibu jangan marah adik..adikkan kecil lagi" dan dia akan cakap kat adik dia .."adik janganlah mmerap kat ibu..kesian ibu, ibu, kakak , ayah sayang adik..pasal apa adik nangis?". Tapi kalau adik dia keriau kuat sangat masa dia nak tidur..bising jugak.." adik ni nangis kuat sangat , kakak nak tido pun tak senang, esok kakak sekolah"..laju je perkataan tu keluar dari mulut dia . Baru 3 tahun 11 bulan..mulut macam mak nenek.

Semalam sebelum tido..aku suruh dia baca doa tido, then baca Al fatihah..alhamdulillah walaupun sebutan masih tak betul, lps tu suruh baca surah An-Naas...tak lancar lagi ..cepat2 je nak sebut "Naas".Itulah waktu aku nak ajar dia..terpaksa curi2 masa. Kadang2 rasa bersalah cz tak dapat bagi komitmen bak mengajar IQRA kat dia hari2, If ayah tak OT, lps maghrib bolehlah tengok-tengokkan, nasib baik kat sekolah cikgu ada ajar.. Tapi selalu berazam nak ajar sendiri anak-anak baca IQRA'..Insyaallah semoga di permudahkan.

Ya Allah kau terangilah hati anak-anakku dalam menuntut Ilmu Mu, Kau peliharalah mereka dari godaan dunia. Jadilah mereka pembela agamaMU. Semoga AmanahMu ini mampu kami jaga sebaik mungkin.

Tuesday, July 6, 2010

Bila hati ingin berbicara...

 

Lama betul tak update medan tulisan ni...kadang- kadang terjadi juga ketandusan idea dan kemalasan untuk jari  jemari menari di keyboard walau hati sentiasa ingin berbicara.

Itulah kelemahan diri ini...kadang2 teruja untuk menulis kadang -kadang hanya hati berbicara..dan alangkah baiknya kalau bicara itu penuh rasa takut kepadaNya.
“Sesungguhnya dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging bila baik ia nescaya baiklah seluruh anggotanya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah itu adalah Qalbu.” (Bukhari & Muslim)

Nak pastikan hati hanya berbicara keranaNya susah juga,,kerana hati ini masih di baluti kekotoran..debu2 jalanan,bicara dusta, maksiat pacaindera mengeruhkan lagi keputihan hati. Tazkiatun nafs belum sempurna..karat-karat dunia masih bermaharajalela. Perit dan pedihnya hendak melentur hati menundukkan nafsu jahat yamg menguasai minda dan jiwa.
" Tuhanku aku tidak layak masuk syurga mu..namun tidak pula aku sanggup menghadapi api nerakamu..oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku..ampunkan dosaku. ..itulah bait-bait syair Arab yang sering dilantunkan tapi bagaimana dengan penghayatan nya...mulut bersuara tapi hati masih tegar untuk tunduk dan patuh pada suruhan dan larangannya.Ya Allah hilangkanlah sifat-sifat mazmummah yang menyelimuti hati...bebaskanlah ia dari kekotoran dan celaan. Ya Allah kerdilnya diri ini....
Kadang-kadang bicara kita berbeza dengan perbuatan kita..Masyaallah kenapa jadi macam ni?...manis kata hanya di bibir tapi hati lain katanya...


Berapa kali hati kita berbicara dengan Penciptanya dengan penuh kerendahan diri...? Solat..sepatutnya solat menjadi medan kita berinteraksi denganNya..tapi kadang-kadang kita hanya menunaikan solat hanya sebagai ritual bukan kita mendirikan solat..kalau kita mendirikan solat mana mungkin kita mencuri ketika mendirikanya. 5 peluang Allah bagi ruang untuk kita, 24434, sepatutnya anggota kita melakukanya dengan kekusyukkan dan tawadu' kepadanya...tapi kita menunaikan solat dalam hambatan urusan dunia,,hasilnya hati kita gagal berbicara dengan TuanNya. Natijah..solat kita tidak mampu mencegah kita dari melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah...Ish..teruknya diri ini...zalim pada diri sendiri... Allahhuakbar....kerdilnya hamba...


Bila hati ingin berbicara.....sambungan...

 

Tuesday, June 8, 2010

HANYA DIA

Aku mencintai suami ku...tapi aku perlu mencintai Allah lebih darinya, mana mungkin cintaNya boleh berkongsi satu hati
Aku menyayangi anak-anakku..tapi kasih sayang aku kepadaNya lebih utama, kerna dia yang mengalirkan ar-rahman daN Ar-rahimnya kepadaku.
Aku menghormati ummi dan abahku ..tapi dia lebih layak mendapat penghormatan kerana dia yang menciptaku.
Aku rindu pada adik-beradikku...tapi Dia juga merindui Doa dariku..mananti aku menadah tangan kepadaNya.
Aku menghargai persahabatan dgn sahabatku tapi Dia yang lebih layak menerima perhargaan,,kerana mempertemukan aku dengan mereka.
Aku menginginkan kemewahan dunia tapi  aku perlu terlebih dahulu mengumpul harta(amal ibadat) sebagai bekalan di akhirat nanti.
Dan aku...hanya hambaMu yang hina...apa yang aku miliki hanya pinjaman sementara..semuanya milikMu.

Walimatul urus Suriati &Azieb & Cuti-cuti M'sia

Assalamualaikum...

Alhamdulillah pada 6/6/10, Ahad yang lepas kami sekeluarga dapat menghadiri majlis perkahwinan sahabat di UiTM dulu kat Pantai Remis,Perak. Lebih bermakna lagi dapat berjumpa dengan sahabat2 yang lain(Zaida, Norma sekeluarga dan Ijan Sekeluarga). Terima kasih banyak2 untuk Norma sekeluarga kerana menjamu kami nasi lemak yang best punyer dan bekalkan kek coklat yang yummy untuk kami)Apa yang lebih seronok kali ni perjumpaan berbeza kerana masing2 dah ada anak .Giliran anak-anak pulak berkenalan dan bermain sama-sama. (Naufal & Nazirul Mukmin-Anak Norma, Huda-Anak Ijan & anak kami Insyirah dan Iqbal). Mereka berempat dah mengamatkan suasana belum berkumpul dengan sahabat2 yang lain.Macam-macam ragam dan keletah. nak bergambar cukup susah.Masing2 dengan peel masing2..tapi rasa terhibur dengan gelagat mereka.
Berbalik pula pasal kenduri atie...dah lama tak jumpa dia. last sekali tahun 2004, begitu juga dgn Ijan so dh almost 6 tahun dah.Tahniah untuk Atie..dia kira adik yang yg akrab jugalah dgn saya masa belajar kat UiTM dulu, kami sempat share bilik masa kat Sec 24. Atie ni kira kategori budak berjurus...baik sangat. Bertuahlah Razif dapat Atie jadi suri hidupnya..semga berbahagia.Ramai tetamu yang hadir..sambil2 tu meninjau2 jugaklah if ada sahabat dr KL/Shah Alam yg hadir, tapi sayang tak ada, ada yang akan hadir di Batu Pahat nanti(kenduri sblh lelaki). Meriah kendurinya siap ada pertunjukkan silat lagi..Insyirah apa lagi terpaku tgk org bersilat(kebetulan ayah Atie Pak Itam Tok Guru silat)
Lebih kurang pukul 3 kami mengundurkan diri dari majlis atie, selepas acara bergambar. Kami singgah di Masjid Nawawi..solat jamak,, mandikan anak. Selepas tu kami plan nak pergi Teluk Senangin(,just Norma sekeluarga je join ) tapi tersalah simpang sampailah kat Pusat Pemuliharaan Penyu Segari, ingat nak masuk melawat tapi waktu dah habis so takdapatlah tengok penyu cuma tgk pantai ajelah. Kami berpisah dgn Norma di sini, Norma terus balik, tapi husband still tak puas hati nak cari jugak kat mana Teluk Senangin, sempat tanya org lagi..akhirnya sampailah kat Teluk Senangin..pemandangan cantik tapi tak terjaga sangat sampah merata2. So insyirah apalagi nampak jer pantai terus ajak ayah dia mandi. seronok sakan tapi main2 tepi2 pantai jer ombak agak kuat .Iqbal pulak seronok di buai angin pantai..terlentang atas tikar. Hampir pukul 7ptg kami bertolak balik ke Butterworth, singah sembahyang jamak takhir kat Alor Pongsu, sampai rumah kul 11 malam..dalam keadaan hujan lebat..Insyirah tido keletihan. Seharian yang menyeronokkan dan meletihkan. Tq for my hubby cz sudi bawa kami jalan2 walaupun  esoknya7/6/10, First Day daftar as a PJJ student kat USM.- gambar akan di upload nanti...

Tuesday, June 1, 2010

Bingkai Kehidupan - Shoutul Harokah

Zionis La'natullah.....

 
YaAllah, 
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2
kami. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka Ya
Allah..Ya Allah, Leburkanlah kumpulan2 mereka. Pecah belahkan dan
kacau bilaukan persatuan mereka. Goncangkan pendirian mereka. Dan
...hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa.
 
Pemimpim Negara Islam..AYUH..bersatu! Negara Liga Arab..buat sesuatu...! Wahai seluruh muslim dunia..pohonlah doa agar ALLAH menghancurkan Israel di atas kekejaman dan kezalimannya..Doakan semoga Org2 Muslim diberi kekuatan untuk ,menentang golongan kuffar ini.

Negara OIC..bangkitlah..orang ISLAM di tindas, di zalimi..jangan berpeluk tubuh saja...Jangan Mengharapkan PBB...saja. PBB takkan berbuat apa2 untuk ISLAM, kita umat Islam perlu bangkit..sudah berapa lama rakyat Palestin menderita..seminar, konferens dah berpuluh2 kali di adakan..tapi apa yang terjadi..tiada pembelaan untuk ISLAM.

Tuesday, May 25, 2010

M.A.A.F

Maaf..ada orang kata senang je nak cakap maaf, buat salah minta maaf, buat salah lagi minta maaf lagi..maaf..maaf. Ada orang kata susah nak cakap maaf..kenapa kena minta maaf, bukan salah aku..dia yang kena minta maaf dulu..dia yang mula. Ada pula yang kata..aku takkan maafkan dia walau keluar air mata darah sekalipun...sampai mati pun aku takkan maafkan dia...

Bagi orang yang mudah menutur maaf, memang bagus tapi yang tak bagusnya lepas minta maaf buat lagi kesalahan yang sama..boleh ke gitu? Ingat dengan maaf saja je dapat sembuhkan luka orang yang kita buat salah .Bertaubatlah....taubat nasuha jangan tahu buat je..nanti orang dah percaya kat kita.

Bagi yang susah nak minta maaf...tinggi nyer ego..? Runtuhkanlah ego kita...tak berkudis pun kalau kita minta maaf sekiranya kita bersalah even kita tak bersalah sekalipun..bila kita maaf Insyaallah orang yang kita buat salah akan maafkan kita. Taklah lama hisab kita kat padang Masyar kelak cz kita dah settle kat dunia lagi.

Bagi yang susah sangat nak maafkan orang..kita ni siapa Rasululullah pun ampunkan umat dia...Allah pun Maha Pengasih dan Pengampun...tak payahlah bawa ke mati..kita selesaikan di dunia.yang selebihnya biarlah dia jawab di Mahkamah Allah nanti...masa tu dah tak boleh tipu dah..anggota badan dan amal je yang bercakap.Perit..susah..sakit..itu lumrah tapi kita kena belajar maafkan orang...Insyaallah hidup lebih tenang,

Kalau kat Mahkamah kita di dapati bersalah dan kita akan tetap menerima hukuman di atas kesalahan kita walau kita dah minta maaf...(belum tentu mereka boleh maafkan kita.),kita kena terima mungkin inilah nilai kemaafan bagi kita..mudah-mudahan akan berkurangan azab kita di sana nanti.

Maaf..milik sesiapa bukan ekskusif untuk anak, org muda , orang tua,  suami, isteri,YB, rakyat marhain, Dato' , Tan Sri, Raja dan semua lapisan masyarakat.Kalau anak buat salah pada orang tuanya..wajib minta maaf dengan mereka, ibubapa pulak tak salah minta maaf pada anak-anak kalau buat salah..orang kaya perlu minta maaf pada orang miskin kalau ada buat salah dan sebaliknya. MAAF ni perlukan give and take antara dua pihak.

Kehidupan yang kita lalui terikat dengan habluminallah dan habluminanas...so kedua-duanya kita kena cakna supaya hidup kita bahagia dunia akhirat.

Monday, May 24, 2010

Qasidah Istighfar

Doa Taubat

Usrah & Riadah

 Assalamualaikum..

Semalam..23/6/10..alhamdulillah masa terisi dgn usrah dan program riadah  bersama anak-anak (x rancang pun).
Sebelum tu..Thanks a lot for my lovely hubby coz semalam sudi hantar dan teman pergi usrah. Kebetulannya usrah kali ni buat Kat area Sg Petani (Kedai HPA sahabt muslimat Kak Rohilah), jauh sikit dr rumah..so nak angkut anak2 susah sikit, nak tinggal nga husband takut Iqbal meragam..Last sekali semualah pergi usrah ibu..(dapat makan nasi ayam free lg..tq Kak rohilah). Semenjak berumahtangga dan mempunyai 2 anak yg sedang membesar ni jarang sangat berpeluang menghadiri majlis Ilmu..kecuali usrah nilah..banyak yg kita pelajari dan berkongsi maklumat dari Usrah. Dengan adanya usrah kita rasa lebih rapat dan bersemangat utk sama2 involve dlm gerak kerja jamaah ni. Alhamdulillah pengisian Usrah di mulai dgn Halaqoh Al Quran, Petikan Hadis 40, kemudian Sirah Nabawiyyah (peringkat pertama Islam tersebar) dan di akhiri dengan bacaan Yaasin. Sempat jugalah ahli-ahli usrah berkongsi tips pendidikan untuk anak-anak..Insyaallah akan di adakan usrah untuk anak-anak ahli usrah...mudah-mudahan akan jadi pelapis pada masa akan datang.Sebelum balik tuan kedai bermurah hati menjamu Nasi Ayam..sempena pembukaan kedai barunya.
Alhamdulillah..makanan rohani pun dapat makanan fizikal pun dapat.
Balik rumah terus tidokan IQbal yg duk tahan mengantuk dr tadi...selepas Asar kakak. Amirul & Faiz duk bising-bising nak pergi pantai..last sekali 2 buah kereta pergi..kak Ilah sekeluarga(baby haidar yg baru lps pantang pun join gak) n keluarga saya. Seronoklah budak2 tu..siap bawa alat untuk main pasir lagi..Insyirah dh bising nak mandi pantai. Dah lama tak bawa dia mandi kat pantai R&R Bagan Ajam. dekat jer dr rumah.
Seronok tengok anak-anak bermain pasir dan ombak...ahh..teringat memori masa kecil dulu..jarang sekali berpeluang nak mandi pantai kecuali masa raya,masa ni lah ramai2 berkumpul dan berkelah di pantai(saat2 yg di nantikan)..Seronoknya..tapi anak2 sekarang alhamdulillah..kerap berpeluang beriadah dan berehlah..

Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan kerja dan aktiviti jemaah, jarang sangat dapat meluangkan masa untuk anak-anak, bila dapat peluang macam ni..best sangat, sekurang-kurangnya anak-anak rasa gembira kita bersama mereka. Apa yang penting kita peruntukkan masa yang sedikit sebaik mungkin. Quality is more important than quantity.

Anak-anak kita perlu di biasakan dengan gerak kerja yang kita lakukan..biar dia tahu apa yg ibu dan ayah lakukan..supaya bila dewasa nanti dia tidak canggung dengan gerak kerja jamaah..dan walau sesibuk mana pun kita..peruntukkan sedikit masa untuk anak-anak kita.

Monday, May 17, 2010

BERTEMU TIDAK JEMU BERPISAH TIDAK GELISAH

Assalamualaikum..

Terima kasih kepada yang sudi melawat blog ni..semoga kita sama2 dapat "share knowledge".
Alhamdulillah..entri kali ini saya ingin menyentuh tentang "Baitul Muslim"..rumahtangga Islam. Kebetulanya semalan 16 Mei 2010,(SELAMAT HARI GURU) saya telah di jemput menjadi salah seorang ahli panel khusus untuk membincangkan isu Baitul Muslim kepada mahasiswa tahun akhir di Pulau Pinang. Walaupun kalau nak di ukur dari keilmuan memang tak layak tapi bila di minta oleh sahabat untuk kongsi pengalaman saya tidak keberatan..apatah lagi matlamatnya cukup murni untuk memastikan kelangsungan gerak kerja ISLAM dan melahirkan pewaris perjuangan Rasululullah.Bagi saya Baitul Muslim adalah marhalah yang penting terutamanya bagi mereka yang hidup di dalam perjuangan dalam pembentukan Negara Islam. Bermula dari individu muslim, membentuk keluarga muslim, mewujudkan masyarakat yang menjadikan Islam sebagai Way of Life dan seterusnya mendirikan Daulah Islamiah.

Bagi mereka yang berada di jalan dakwah amat penting kita mempunyai pasangan yang mengerti, faham dan kuat semangat serta sentiasa memberi dorongan kepada kita dalam melaksankan tugas-tugas tersebut. Pasangan kita merupakan pencetus tenaga kuasa yang utama "energy booster" , sekiranya pasangan kita tidak sefikrah malah memahami perjuangan kita, maka pincanglah perjalanan kita dan mungkin juga amanah yang kita pikul terkubur begitu sahaja, sedangkan semasa di kampus kita bersemangat dan menjadi "hard core"dalam melaksanakan amal ma'aruf nahi mungkar.Agama Islam, agama yang cukup indah..fitrah manusia untuk menyayangi dan di sayangi dan mempunyai pasangan., bukan hanya untuk memenuhi tuntutan biologi tetapi agar kita lebih tenang dan berkasih sayang.
" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah mencipta kasih sayang antara kamu(suami isteri)"..Surah Ar-Rum :21
Bagi kita yang berada dalam gerakkan Islam kita amat disarankan untuk memilih pasangan yang boleh bergandingan dengan kita dalam waktu susah atas senang. Kita perlu memilih mereka yang mempunyai aliran fikrah yang sama untuk mengelakkan berlakunya gejala keciciran,konflik rumahtangga dan sebagainya.Amat malang bagi kita sekiranya pasangan kita bukan sahaja tidak menyokong malah menghalang kita dari terlibat dalam gerakkan jemaah. Sebagai contoh suami yang tidak memahami mungkin akan menghalang isterinya dari menghadiri usrah,bacaan Yaasin, dan program2 yang lain, dan bagi isteri pula amat sukar baginya untuk memahami kesibukkan suami yang selalu menghadiri mesyuarat,halaqoh dan program2 dakwah yang lain.Masa bersama anak isteri di hujung minggu juga terpaksa di habiskan dgn program pembangunan ummah.Bila keadaan ini berlaku ia akan menimbulkan krisis dan impaknyaa  berlaku  budaya "  escapism" dari program jemaah, atau terus ghaib(Nauzubillah) dan tak mustahil akan berakhir dengan penceraian.Kita tidak mahu berlakunya keruntuhan rumahtangga di sebabkan fikrah yang berlainan, pergaduhan apabila tibanya musim PR umum.

Cabaran kita akan bertambah hebat bila kita berkeluarga dan mempunyai anak. " Give and take" dan kebijaksanaan diperlukan dalam menguruskan soal rumahtangga, kerjaya dan gerak kerja jemaah.Akan terjadinya sindrom Muslimat mengambil keputusan untuk berhenti aktuf dalam gerak kerja jemaah untuk memberi lebih masa kepada anak-anak.Apatah lagi kekangan kerjaya yang kadang-kadang boleh menyesakkan nafas bila kita terpaksa menghadiri kursus menghasilkan kertas kerja dan pada masa yang sama terlibat dalam aktiviti jemaah.Alangkah bagusnya kalau kita dan pasangan kita mampu brgiat aktif dalam kerja daie pada masa yang sama hal-ehwal rumahtangga dan kerjaya tidak di kesampingkan. Amat sukar kan?

Bagi pendapat peribadi saya pasangan perlu merancang dan bertolak ansur, sekiranya suami/ister kita aktif dalam jemaah, isteri/suami  perlu memberi lebih fokus kepada keluarga. Bukan bermaksud kita diam tapi cukuplah kita terlibat dalam usrah dan menghadiri majlis-majlis yang di adakan(bukan penganjur) dan kita memberi 100% sokongan kepada pasangan kita untuk aktif bergerak dalam amal islami.Sebagai Isteri kita perlu banyak berkorban dan jangan merantai kaki suami kita untuk membawa panji-panji Islam. Sebagai suami, tugas isteri bukan saja mendidik anak-anak dan menguruskan hal ehwal rumahtangga tetapi berilah peluang dia menjejaki perjuangan Siti Khadijah, Asma Abu Bakar, Siti Fatimah dan serikandi-serikandi Islam yang lain.

SESEBUAH PERKAHWINAN ITU BIARLAH BERLAKU DI ATAS PAKSI AGAMA. PERKAHWINAN DI ATAS JALAN DA'WAH INSYAALLAH "BERTEMU TIDAK JEMU, BERPISAH TIDAK GELISAH"

Monday, May 10, 2010

Mother's Day..

Assalamualaikum...

Selamat hari ibu buat semua yang bergelar ibu..
"Ibu-ibu Engkaulah ratu hatiku"
"Syurga itu di bawah tapak kaki ibu"
"Ibuku engkaulah pelita..yang dulu kini selamanya, kau beri ku kasih kau beri ku manja"
Bermacam-macam ungkapan di berikan untuk mendefinasikan makna IBU. Sungguh mulia kedudukan mu..sehingga Rasulullah menyebut IBU(org yg di sayang) sebanyak 3 kali sebelum kalimah lain.Allah S.W.T juga memuliakan para IBU dengan meletakkan rahimnya pada Ibu.Begitu besar peranan seorang IBU.

Dahulu masa kecil2 tak pernah sekalipun meraikan Hari Ibu, Hari Bapa atau Harijadi..tarikh pun tak ingat..tapi sekarang macam sambutan diadakan untuk menunjukkan kasih sayang kepada insan yg akrab dgn kita. Bila dah dewasa ni barulah nk sambut..rasa canggung juga tapi tak ada salahnya kita tunjuk rasa sayang kita dgn cara macam ni. Org dulu2 bukan tak sayang ibu tapi mungkin cara berbeza..walaupun tanpa sambutan ramai juga anak2 yg berjaya menjadi insan yg berguna . Yang penting ibu ikhlas mendidik dan membimbing anak-anak..so secara tak langsung akan melahirkan anak2 yg menghargai penat lelah ibu membesarkan mereka dan membahagiakn ibubapa mereka di umur senja mereka.

Aku bersyukur kerana masih mempunyai ibu..Ummi..aku just call n wish hati Ibu untuknya..UMMI..terima kasih atas segalanya. pengorbanan mu tidak ternilai, semoga ganjaranya di nilai ALLAH sebagai pahala kebajikkan Untuk Mak (MIL) thanks kerana melahirkan dan mendidik suamiku..aku bahagia dengan perkahwinan ini.

Entri kali ni..aku rasa agak emo sikit..banyak benda yang tak dapat ku terjemahkan melalui perkataan..rasa sebak saja bila membicarakan tentang IBU. Mungkin aku lebih mengerti perasaan, susah senang, penat lelah, seorang yang bergelar IBU..kerana kini aku IBU kepada sepasang cahayamataku.. Mampukah aku mendidik mereka menjadi insan yg berguna..mampukah aku menjadi contoh untuk anak-anakku.?Aku takut aku tegolong dalam golongan "IbuBapa Derhaka".

Untuk anak-anakku NUR IMAN INSYIRAH & AHMAD IQBAL ADLI

Kamu berdua adalah amanah dariNYa..Ibu akan cuba memberikan yang terbaik untuk kamu..dan berusaha mendidik kamu menjadi insan yg solehah/soleh. Ibu sayang kakak & Adik.


Friday, May 7, 2010

Cepatnya ..Masa berlalu

" Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali yang beriman jua mereka yang beramal soleh'
" Turunnya ayat mengingatkan kita agar sentiasa menghargai masa.."

Terngiang-ngiang bait-bait lagu di atas..memperihalkan soal masa..di terjemahkan dr kalam Allah Surah Al-Asr. Cepatnya masa berlalu, pejam celik,pejam celik kita dah hampir sampai ke pertengahan 2010.Dunia semakin tua, ajal semakin hampir..sudahkah kita bersedia. Ya Allah.bimbinglah daku kejalan yang benar..hidupkan aku dalam kecintaan kepadaMU,matilah aku dalam keadaan sentiasa merinduiMu, bangkitlah aku dalam keadaan beriman kepadaMU. Ya Allah, aku hambaMu yg kerdil..Engkaulah sebaik2 pengharapan dan pergantunggan.Kasihanilah aku...

Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara :
  • waktu sihat sebelum sakit
  • waktu kaya sebelum miskin
  • waktu muda sebelum tua
  • waktu lapang sebelum sibuk
  • waktu hidup sebelum mati
Sudahkah kita bersedia bila di tanya kemana di habiskan umur pinjaman yang diberikan?..apa sumbangan kita kepada Islam?Ya Allah sesengguhnya hamba ini terlalu lemah..terlalu sibuk megejar dunia sehingga aku membelakangkanMu Ya Allah. Aku sanggup berbual kosong dengan teman-teman berjam-jam lamanya tapi untuk berbicara denganMu hanya seketika cuma,sedangkan selangkah ku kepadaMu, seribu langkah kau padaku.Aku tidak mungkir janji dan menepati masa bila org atasan ingin berjumpa, aku cukup menjaga agar aku menepati masa, tetapi bila temujanji denganMu Al-Khaliq, aku selalu lambat dan melengah-lengahkanya..sungguh aku hambaMu yang tidak sedar di untung. Ya Allah ampunilah aku kerana meletakkan perkara lain sebagai keutamaan..sedangkan Engkau setiap masa menanti hambaMu memadu kasih denganMu...Ya Allah ampunilah aku....

Monday, May 3, 2010

1 May 2010 ( Labour Day)

Assalamualaikum..,

First of all.".happy labour" for those who are working ..including surirumah.( but x termasuk sesiapa yang mencari rezeki yg haram).Hari ni kebetulanya hari sabtu, aku memang tak kerja just my hubby je terasa hari ni cuti cz every alternate saturday dia keje. So memandangkan hari  ni sama2 ntak kerja, Insyirah tak sekolah bolehlah menghadiri jemputan kenduri tahlil kat umah Kak Pah Shekha.
Waktu cuti macam ni lah boleh luangkan masa nga family, hari kerja perjalanan hidup macam robot, buat kerja yang sama berulang-ulang..kadang2 boring jugak tapi nk buat macam mana" life must goes on". Insyirah lah paling seronok if ibu n ayah tak kerja. So pagi2 lg ibu n ayah dah bangun nk siapkan kerja rumah mana yang patut sebelum outing, cz ayah sebelah petang ada urusan kat  Yayasan An-Nadhoh, BM.(Mesyuarat Agung Pemuda NPP) Rutin biasalah kemas bilik, basuh kain, sapu sampah sikit tapi banyak yang tak settle..masa cepat je berlalu.Last sekali kul 10.30am, keluar p Exspo Rakyat Harmoni kat Kompleks Sukan Bertam, beli susu Bio-Lac Iqbal, kedai runcit biasa tak ada..susu ni nk kena beli nga stokis Era Edar, formulasi Dr Azizan.Kebetulan Kak Miza stokis susu ni buka booth kat situ, cadang nak p malam sebelum tu tapi hujan n Iqbal ngantuk pg nilah br pergi.Walau pun susah nk dapat susu ni tapi tak kisah cz rasa confident, tambahan pulak org melayu Islam punya produk,kalau kita tak support siapa lagi nk support.lagipun Iqbal takde masalah minum susu ni. Kakak pulak allergic susu lembu so dia minum susu soya..Biogreen-Susu Soya, murahlah compared dgn susu Isomil sebelum ni.Kat Exspo tu tak beli apa2 sangat just beli tudung utk Kakak Insyirah, nak latih dia pakai tudung..biar dia seronok pakai tudung yang macam2 color. Kakak ni lak ada taste sendiri, dari satu tudung ke satu tudung dia try last sekali pilih yg pink, ada rama2..cerewet gak dia ni..hi..hi cam ibu n ayah dialah.
Lps tu kami terus ke majlis tahlil..sampai2 je org dh selesai tahlil dah menjamu selera pun..alamak segan pulak..tapi p jugaklah cz nak bgtau nk mai. Mmmm..yummy..bestlah Nasi Daging..thanks Kak Pah belanja lunch, semoga murah rezeki. 12.45 am p ke Giant Kulim, beli brg keperluan anak2. Balik rumah dah nk kul 4, kelam kabut ayah bersiap nk p An_Nadhoh, dahlah baju Melayu tak iron lagi..tapi sempat lagi dia tido sat..ngantuk katanya.Lepas Asar baru bertolak.Aku teruskan kerja mendobi yang tak selesai pagi tadi.
Petang..BIL A.E sefamily balik umah mak..ni abg yag sulung suamiku, lama dia tak balik kg.
Itulah perjalanan pada 1 May '10. Keje ofis mmg cuti but keje sebagai isteri, kawan, ibu, anak kena teruskan jugak..terutamanya kerja-kerja ISLAM..takde istilah cuti. Selamat bermesyuarat my dear hubby.( full mesy 2 May)

Thursday, April 29, 2010

Munajat - Ustaz Asri Ibrahim

AJAL MENDEKATI...

Alhamdulillah...umurku masih panjang.Kadang-kadang kita terleka..bahawa Izrail datang menjenguk kita 70 kali sehari.

26 April 2010.

Seperti biasa aku pulanng dari pejabat pukul 5.30 petang..sempat call husband  bgtau nak singgah rumah kawan hantar barang. tapi on the way ke sana rasa macam malas pulak. Kebetulan lalu di kawasan bank aku singgah untuk keluarkan duit kat B.Islam.Then..terus je balik..dalam perjalanan balik sambil drive kereta fikiran melayang-layang fikirkan pasal karier aku..apa kesudahannya. What is the best for me,my family n future? Rasanya tak dapat lagi rasa satisfaction in career..i'm still searching. Otak duk berlegar-legar memikirkannya..maklumlah company yang aku kerja ni pun macam tak secure..many things happen so i've to think deeply..sambil melayang perasaan pandangan aku jauh ke depan  melihat traffic light..hijau lagi..aku pun terus drive n drive suddenly i lost my mind..aku tak perasan bila traffic light tu dah bertukar ke merah..yang aku sedar aku hampir langgar motor..cepat2 aku tekan  brek...Allahuakbar..terpacul dari mulutku..jantung berdegup kencang, nasib baik aku sempat brek kalau tak mungkin akan terjadi tragedi. Ya Allah..lalai nya aku..aku blh bayangkan kalau tak sempat brek tadi mesti melambung motor. Aku beristighfar..belum sampai masa agaknya. Aku cuba memandu macam biasa sambil hatiku tak putus bertasbih. Aku singgah ambil anakku Iqbal..i'm take a few minutes untuk tenangkan hati  before keluar kereta. Terpandang je senyuman Iqbal..Ya Allah syukurnya aku masih di beri peluang menatap wajah anakku. Sampai je kat rumah aku terus masuk rumah mak mertua aku, aku cerita apa yang berlaku..mak cakap" lepas ni buatlah sujud syukur..alhamdulillah tak jadi apa-apa..maybe macamnilah boleh berlaku kemalangan..khayal.. sedar-sedar dah accident." Betul cakap mak. sejuk hati mendengarnya.
 Husband aku sampi lambat sikit..dia terus tanya..tadi tak nampak ke lampu merah? Alamak..dia ada ke kt tempat kejadian. Dia cakap dia ada kat ketempat kejadian, kebetulan dia nk pergi baiki motor lalu jalan yang sama cuma bertentang arah..risau gak dlm hati coz nanti di katakan cuai, tapi memang betul pun...Balik rumah dia tanya fikir pasal apa sampai tak sedar lampu merah...lain kali fokus bila drive..hati-hati memandu.

So..moral of the story.
  • Mati itu pasti..bila?bagaimana?kenapa?  itu yang tak pasti..itu RahsiaNya
  • Jangan biarkan  fikiran melayang-layang masa drive..fokus
  • Jangan terlalu memikir urusan dunia, hanya Dia yang mengetahui apa akan berlaku sesaat lg.
  • Sambil2 drive tu berzikir dan bertasbihlah..kalau apa2 terjadi Insyaallah kita dalam keadaan mengingatiNYa, takdelah mati sia-sia.
  • Sebelum pergi kerja salam dan minta ampun nga suami dan suh dia (sama2 doa) perjalanan kita harus di peliharaanNya.
  • Cium anak-anak..manalah tahu itu ciuman terakhir
  • Last sekali ingatkan diri..agar mempersiapkan diri utk menghadapi hari kematian.

Wednesday, April 28, 2010

PETUA CUCI HATI

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
 
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
 
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
 
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a..w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
 
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
 
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
 
5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
 
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)
 
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
 
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
 
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
 
10. Kekalkan wuduk.
 
11. Bersedekah.
 
12. Belanja orang makan.
 
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
 
14. Berkawan dengan ulama.
 
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .
 
16. Pesan pada orang, jadi baik.
 
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat.
 
"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"

Monday, April 26, 2010

Mendidik Anak Amanah Ibubapa

Sabda Rasulullah S.A.W..." Setiap anak itu di lahirkan dalam fitrah dan kedua ibubapanyalah yang menjadikanya Yahudi atau Majus" 

Menghayati maksud hadis di atas..terasa berat bahu memikul. Amanah itu amat berat untuk di lunaskan, kerana di tangan ibubapalah yang menentukan corak keperibadian anak-anak pada masa kan datang. Seandainya ibu bapa pun jauh dr kasih Ilahi,,pasti zuriat yang di lahir tidak kenal Al-Khaliqnya.

Saiyidina Umar al-khattab r.a berkata " Didiklah anak-anak kalian kerana sesungguhnya mereka hidup pada suatu zaman yang sama sekali tidak sama dengan zaman kamu".

Kita sebagai ibu bapa perlu mendidik anak -anak bersesuaian dengan keadaan semasa..bukan bermaksud kita terikut dengan budaya-budaya yang tidak baik..cuma mungkin kaedah yang berbeza tetapi matlamatnya sama iaitu melahirkan generasi Rabbani.

Tugas sebagai ibu dan bapa bukan hanya untuk melahirkanya memberi makan pakai dan tempat perlindungan tetapi perlu memastikan makanan rohani sentiasa di penuhi dan zuriat yang lahir dari  kita mampu menjadi khalifah .Tugas sebagai khalifah bukan boleh di pandang enteng, sebab itulah bukit bukau, gunung ganang tidak sanggup memnikul amanah ini..hanya manusia yang mampu melaksanakanya.
Anak-anak yang lahir dalam keadaan bersih, suci dan tiada dosa jadi jangan kita didik mereka dengan didikan yang sonsang, memberi makanan dari sumber yang haram atau di ragui dan membesarkan mereka dalam suasana berkiblatkan budaya hendonisme.Hari ini fikiran kita masih di jajah dan akan terus di jajah..kadang-kadang ada ibu bapa yang bangga melihat anak mereka berpakaian tidak senonoh, tutur kata yang hilang kesopanan, pergaulan yang bebas kononnya mengikuti perkembangan zaman..up to date...Kita harus ingat kalau beginilah keadaan nya kita seolah-olah menyediakan bahan bakar di akhirat nanti.Ingatlah..apabila kita sudah tiada nanti hanya doa dari anak yang soleh yang boleh menyelamatkan kita.. Waktu itu kita akan menyesal seandainya kita gagal membentuk anak-anak kita menjadi insan yang berguna.Jadikan pesanan Luqmanul hakim sebagai panduan.
  • Menjauhkan anak dr apa jua bentuk dan pemikiran mensyirikkan Allah SWT
  • Menasihati dan berpesan kepada anak agar berbuat baik kepada kedua ibubapa
  • Memerintahkan anak-anak mendirikan solat dan jangan sesekali timbul keberanian dalam jiwa anak untuk meninggalkan solat.
  • Mengasuh anak agar menyitai kebaikkan dan membenci keburukkan, maksiat serta kemungkaran.
  • Memberitahu anak bahawa setiap perbuatan mereka sentiasa di dalam muraqabah atau pemerhatian Allah dan  Allah akan membalas setiap perbuatan mereka.
  • Menasihati anak agar jangan sesekali bersikap sombong dan angkuh dan kaihan belas terhadap manusia dan makhluk Allah yang lain
  • Bersahabat atau berkawan dengan orang-orang yang soleh dan baik serta tidak bermegah-megah dengan diri, keluarga atau keturunan.
Nah ! panduan sudah termaktub di dalam Al-Quran..keputusanya di tangan kita..Pendidikan anak-anak perlu menyeluruh dan menfokuskan kepada pembentukkan peribadi dan akhlak agar zuriat yang lahir memberi manfaat kepada agama, ibubapa. masyarakat , negara dan diri mereka sendiri.

Sabda Rasulullah S.A.W " Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanfaat/berguna kepada manusia lain:"

Thursday, April 22, 2010

Detik Kelahiran..Mujahidku

Salam...

Pada entri kali ni aku rasa tiba masanya untuk berkongsi pengalaman bersalin anak yag ke2.Ambil masa sikit cz masih nlagi trauma bila mengingatkan kesakitan dan kesusahan yang di alami..aku di sah nkan pregnant masa March 2009, so awal bulan 4 p daftar kat kilinik desa berhampiran dgn rumah. Maka bermulalah rutin pemeriksaan utk wanita mengandung, cuma rutin saya bertambah sedikkit cz ada history kencing manis n darah tinggi semasa mengandung anak yang pertama. If org lain jumpa dr sebulan sekali, saya  2 kali sebulan tak termasuk check-up kat Klinik Desa, if kena jumpa dr kena p Bagan.Waktu pregnant tu cuti tahunan habis macamtu je..,time-off tak kiralah, segan jugak dgn boss, tapi nasib baik dia memahami. kadang2 jumpa dr tak sampai  5 minit tapi procedure tambah waktu menunggu 2,3 jam baru selesai. Inilah nasib kalau pergi hospital gomen..tapi taklih salahkan depa gak cz ramai sangat patient. Nak p swasta kenalah siap duit RM60-70 sekali p, tu pun yg biasa-biasa je. Sebelum pregnant memang bercadang nk bersalin kat hospital swasta..reason : Nak jaga AURAT, kita muslimah teramatlah segan dan malu bila dr lelaki yang buat check-up, rasa maruah kita rendah sangat cz selama ni bukan main kita jaga tapi bila pregnant n nk berslin terpaksa dedahkan aurat kat lelaki yg asing bagi kita. setiap kali kena buat check-up tak putus2 hati berdoa agar gynae perempuan yg bertugas. Kadang2 dr lelaki lelaki yang bertugas,,masa check tu tak tahu nk letak muka kat mana..malu rasa terhina n so on.Tapi kerap kali aku cuba pujuk hati dr tu hanya menjalankan tugas..tak mampu nk p swasta so kena terima sajalah. Lps check kadang2 keluar juga air mata..rasa sedih sangat sebab malu. Masa tu merengeklah kat husband nk p bersalin kat hospital swasta..survey punya survey, if bersalin normal pun plg kurang RM1500, tapi bagi saya yg dah ada history bersalin operate ni kemungkinan besar yg ke 2 kena operate jugak so siapalah dalam RM 3500-4000. Mana nk cari duit,,if normal Insyaallah masiih mampu..but..kalau operate mmg tak mampu. Sepanjang tempoh kehamilan macm2 procedurelah kena lalui..tekanan darah turun naik, HB tak menentu. air kencing kotor, berat tak naik dan macam2. Aku juga terpaksa di masukkan ke Wad bila bacaan tekanan darahku 140/90, 3hr 2 malm jugalah aku berkampung kat spital. Kadang2 rasa fed-up but cepat2 beristighfar...bukan senang nak dapat anak.Tambah2 bila kita kena p hsptl sendiri2, bukan hubby tak nak teman tapi kerja dia kdg2 tak dapat dielakkan, kdg2 dia teman jugaklah p hsptl masa akhir2 kehamilan. Masa sebulan sebelum bersalin pun tak dapat buat keputusan nk bersalin kat mana..tahun tu juga raya haji tak blk kg n kenduri adik tak dapat balik cz due 2/12/09. Akhir sekali 2 minggu sebelum tarikh due terpaksa pasrah bersalin kt gomen cz dr kata 80% mayb blh normal but dia srh standby utk operate. So hingga hjg November still tak ada tanda 2 nk bersalin.
Pada 1/12/09 aku pergi ke hospital seperti yang di advisekan oleh Dr. cz aku tak boleh delay...risiko tinggi. Bermula daftar kat hospital tu aku di arahkan utk masuk ke dewan bersalin..tercengang2 jugaklah..nk buat apa kat situ, aku bukan nk bersalin lg pun. Rupa2 nya Dr, nak check bukaan rahim,,sekali lagi jantug aku berdegup kencang..dr lelaki atau perempuan..alhamdulillah dr perempuan. Dua org dr jugalah yg check cz masih tiada bukaan..thight lg..sakit tuhan saja yang tahu. Selepas 2jam gaklah aku di arahkan utk masuk wad, esok aku akan di induce, Dr suruh aku n hubby sign apa2 doc yg patut. Selepas uruskan aku kt wad hubby balik, masa tu rasa sedih sangat yelah kalau blh waktu2 mcm tu kita nk hsbnd dekat dgn kita. Masa ni teringatlah kat anak yg 1st Insyirah, kesian dia kena tido nga ayah..tapi 1 minggu sblm masuk wad aku dh train dia tido nga ayah.
2/12/09..pagi2 lg nurse dh datang suruh tunggu kat depan utuk check bukaan rahim..sekali lagi jantung berdegup tak menentu..sape pulak kali ni..alhamdulillah gynae perempuan tapi aku rasa malu cz ada 2,3 org dr pelatih lelaki duk memandang..Ya Allah..malunya aku sampai menitis air mata..rasa sakit tu dh hilang berganti dgn perasaan malu. Dr masukkan ubat utk cepatkan bukaan rahim memandangkan tiada bukaan.Nurse2 pelatih memandang aku, air mata tak dpt ku bedung jatuh jua akhirnya..Ya Allah kepadaMu aku berserah, adik2 nurse cuba menenangkan aku..Lps tu aku di arahkan rehat di katil selama 2 jam utk make sure ubat tu masuk n function. sepanjang hr tu 2,3kali nurse pggil utk buat CTG n sebagainya.Hubby dtg waktu rehat, petang bw Insyirah...Ya Allah permudahkan urusan..semasa dlm wad aku sempat juga membaca Al-Quran dan doa2 yg berkaitan.
3/12/09..procedure biasa pkl7,,check bukaan rahim..kali ni aku tak terselamat gynae lelaki yg bertugas,,nafasku dh tak menentu..airmata mula bergenang..ikutkan aku tak redha tapi aku tiada pilihan lagipun sebelum aku bersetuju nk bersalin kat gomen aku dh berazam untuk tidak membebankan suami ku dgn masalah kewangan, aku tak mau mengusutkan fikiranya dan mendesaknya. Aku pujuk hati sendiri...Kali ini kesakitan bertambah..tapi perasaan malu mengatasinya..bukaan rahim baru 3cm so sekali lg ubat di masukkan.Pada pkl 10.30pg sekali lg dr pakar datang n check bukaan rahim, tiada perubahan (kali ni pun dr lelaki)so dr .bgtau aku kena masuk dewan bersalin utk pecahkan air ketuban, depa bg sampai ptg if lps air ketuban pecah bukaan rahim masih tak sampai 9-10cm aku kena operate.So aku terus telofon hubby aku, tapi tak dpt, telefon MIL, alhamdulillah..dapat. Lps tu aku di sorong ke dewan bersalin. Seram sejuk juga bila berada di dalam dewan, terdengar suara ibu meneran, menangis dengar suara baby menangis..dan etc.Kami hanya di pisahkan oleh kain tabir je..mayb bilik msemua penuh. Hatiku berdegup tidak menentu...procedure memecahkan air ketuban amat menyakitkan..Ya Allah,,masih terasa kesakitanya..bermula saat tu 2jam sekali dr datang check bukaan rahim..waktu aku rasa sangat maruah ku di londeh..dr lelaki perempuan silih berganti, kdg2 dlm satu masa du dr yg check bukaan rahim. Salur kencing telah di pasang, contraction mula terasa, setiap mkali berlaku contraction dahi aku berpeluh menahan kesakitan walau berair-cond. Hatiku tak putus membaca doa mudah bersalin dan ayat2 suci Al_quran yg lain..aku berdoa agar aku dapat bersalin normal dan di permudahkan segala urusan. Aku masih ingat lg semasa di dewan bersalin seorang senior nurse menyuruh aku membuka tudung, tapi aku enggan cz dr lelaki keluar masuk ,takpelah panas pun aku ncuba bertahan.Waktu ni terasa sangat aku memerlukan suamiku..apakan daya..dia hanya blh menunggu di luar dewan.
Pkl 4.30 petang, sekali lg Dr buat check-up, rahim ku masih 3cm, so keputusan terpaksa di buat aku terpaksa operate cz bimbang risiko yg akan berlaku, mayb parut yang lama blh pecah n baby blh lemas...aku menjerit kesedihan di dlam hati..aku bertarung kesakitan dr pagi utk bersalin normal tapi akhinya terpaksa buat pembedahan..terbayang kesakitan pembedahan anak yang pertama dahulu. aku terpaksa akur dan redha, suami ku di maklumkan tentang risiko dan prosedur berkaitan. Hampir pukul 6 petang aku di sorong ke bilik pembedahan..bermacam-macam perasaan berbaur di hatiku,,tapi ada sedikit jalur gembira cz proses kelahiran ini menuju ke penghujungnya. Aku di beri spinal bius..separuh badan je bius..pkl 6.29 aku selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.85, Dr terpaksa struggle sikit nk keluarkan baby cz kedudukan dia yg merumitkan. selepas baby di bersihkan terdengarlah suara tangisan anak teruna aku..dr terus menjahit pembedahanku. selepas tu nurse bw baby ke dadaku utk di susukan. Pkl 7 ptg aku di masukkan ke wad. Pkl 10 mlm aku di kejutkan utk menyusukan anak. Waktu itu kesakitan di tempat operate terasa tetapi yang paling ,menyakitkan leher dan belakang aku terasa kejang..sakit hanya Allah yang tahu. Aku mengadu kepada Nurse tapi dia cakap itu perkara biasa. aku pendamkan saja kesakitan kerana risau di katakan manja. Aku meminta suami membawa lotion halia utk di sapu dbhgn leher dan belakang. Ummi,abah Insyirah n MIl dtg sebelah petang 4/12/09. Ummiku mengosok belakangku utk menghilangkan kesakitan.Selepas waktu melawat habis..aku terasa perit cz tiada siapa yang nak membantu aku bangun dan mengambil bayi yg diletakkan bersebelahan dgnku..aku kuatkan semangat.Pagitu aku telah di minta utk mengelap sendiri badanku, dalam kesakitan  aku buat juga sambil airmataku menitis, bukan sebab aku manja tapi kesakitan yg amat sangat di bahagian leher dan belakang.
Inilah yang terpaksa diterima if bersalin di hospital kerajaan, kita kena berdikari, kadang2 ada nurse pelatih yang membantu bila aku perlu ke bilik air. Sakit..tetapi terpaksa jugak gagahkan hati..Ada sekali tu pesakit di katil sebelah tolong aku angkat baby yg menangis kelaparan, dia letakkan didadaku..Terima kasih sangat..aku tak sempat tau nama dia tapi perempuan India..dia bersalin normal so taklah seperit aku.Sehari sebelum keluar wad aku di pindahkan kebilik..aku gagah juga berjalan walau dalam keadaan terbongkok2 kesakitan..kali ni katil aku tinggi pulakj, menyukarkan aku turunnaik..dalam bilik tu ada dua org je, seorg yg br bersalin normal ank pertama..kesianjuga aku tgk dia.Kesakitan leher dan belakang semakin menjadi2 sehingga menyukarkan aku untuk menyusu dan tido. Aku inform kat Dr dia just bg ubat tahan sakit..alhamdulillah lega bila di benarkan blk. 
5/12/09, pukul 3 ptg aku sampai kat umah, hubby yg dtg jemput dan uruskan pembayaran bil. Ummi n abah masih ada di rumah, diaorang dtg dr kelate masa hr aku di masukkan ke dewan bersalin lg. Kesakitan leher n belakang aku semakin menjadi2 menyebabkan aku terpaksa tido dlm keadaan duduk. Setiap kali keaskitan itu datang aku menangis..tak tahan sangat sampai suami aku tak tau nk buat apa..kdg2 masa time sakit tulah baby menangis nk susu, so dalam air mata berjuraian tu aku susukan anak aku. Minyak angin,kokyu di letak di belakang ku utk mengurangkan sakit  but still tak berkesan, sehingga bila mengunyah makanan pun kesakitan tu datang..Ya Allah, kenapa jadi macm ni..? 1st operation dulu tak sesakit macam ni..3,4 hari jugalah menahan kesakitan dan tido duduk barulah keskitan tu hilang..ada yg kata punca ubat bius, ada yang kata sebelum tu aku mmmg dah ada masalh belakang so benda tu memburukkan keadaan. Apa2 pun aku rasa lega sangat bila kesakitan itu hilang.  Syukur alhamdulillah Just kena jaga tempat luka je, kena cuci 2x sehari. Selepas seminggu dan majlis cukur jambul aku blk kelantan.Aku ingatkan dh habis dah kesakitan..after 2 weeks luka ditempat operate basah n bernanah..aku risau sangat, terus aku minta abah bawa pergi klinik..ada 5 tempat yg kena infection. So dr bg antibiotik n ubat cuci lg.aku kol hubby aku..Ya Allah dugaan lagi..bila time nak cuci tu kdg2 bermasalah cz baby selalu meragam n menngis, kdg2 sekali je cuci, family aku bz nga bisnes baru so aku sorang2lah, nasib baik sepupu n mak sedara aku datang menjeguk. selalunya sepupu akulah yg tolong cuci.selepas 3,4 hr luka tu masih tak kering hubby aku ajk balik penang..apa2 hal dia uruskan. So..tak habis pantang lagi tak silap aku hr ke 34 aku balik Penang. Keesokkan harinya aku terus ke Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan. sekali lagi aku di beri antibiotik n ubat cuci dan dr minta aku kerapkan cuci.Alhamdulillah 3hr lepas tu luka dah kering..lega sangat2 just continue makan ubat, pil haruan, jelly gamat n sebaginya..Thanks  a lots utk suamiku yang sudi manjaga dan mencuci luka walau kepenatan bekerja dan melayan karenah Insyirah dan berjaga malam cz baby baru ni susah tido malam. Terima kasih juga buat Mak (MIL) cz sudi men yediakan makanan org pantang , dan memandikkan anakku..dan bila baby menangis malam mak akan datang untuk menenangkannya. Terima kasih juga utk kakak Nur Iman Insyirah memahami ibu sibuk melayan adik barunya..dia selalu cakap dia rindukan ibu. Alhamdulillah baby boy ni Suami n Insyirah namakan Ahmad Iqbal Adli  bin Mohamad najib. Semoga dia menjadi "Future Ulama"..Insyaallah.
 So kepada tetamu blog ni renung2kanlah pengalaman yg aku lalui..kepada suami jadilah pembela maruah isteri walau apa keadaan sekalipun. Didiklah anak perempuan supaya menjadi DR pakar sakit puan. Kepada Isteri..jangan terlampau menekan dan memaksa suami menyediakan yang terbaik utk kita..kekangan ekonomi dan masa kadang2 menjadi halangan. 

IF TANYA AKU UNTUK BERSALIN KALI KE 3 BUAT MASA NI..SUNGGUH AKU TRAUMA..AKAN DATANG WALLAHUAALAM..TAPI MASIH ADA DI LUAR SANA YANG LEBIH PERIT PENGALAMANNYA..KESAKITAN SEWAKTU BERSALIN MENCUCI DOSA..KESABARAN DAN KETABAHAN AMAT DI PERLUKAN. BERSYUKUR KITA DI KURNIAKAN ZURIAT BERBANDING ORG YANG TIDAK MAMPU MELAHIRKAN ZURIATNYA SENDIRI.

Wednesday, April 21, 2010

IDEA..ilham dariNYa

Banyak kagi yang tertangguh kerja ni...konon nk cuba menulis kat majalah..tapi kadang otak sedingin salju. Menulis ni bukan apa tapi saja nk mengerakkan sel2 otak yg semakin kaku. Bila menulis kita perlu banyak membaca berkenaan topik yang kita hendak tulis, so secara tak langsung otak kita bekerja. Betullah kata Iman Ghazali," semakin banyak belajar semakin kita mengenal kebodohan kita".Makin banyak kita menuntut ilmu semakin banyak kita rasa kita tak tahu. Ilmu Allah ni luas kita je kena cari dan tak semestinya dpt kat sekolah tapi dalam kehidupan sehari-hari pun kita belajar.Menulis ni pun bukan kita nak tunjuk kita pandai atau nak bagitahu org tapi untuk menajamkan fikiran sendiri, mengingatkan di waktu terlalai. Masih ada beberapa topik yang perlu di siapkan..agak2 nyer bila blh siap? ni yg kena pk sendiri...Semoga idea itu akan hadir...Insyaallah.
Aku hanya menulis beradasarkan pemerhatian, pengalaman, pembacaan dan semuanya berkait rapat dengan kehidupan sehari-hari. IQRA', bila ada penulis pasti ada pembaca..nak tackle hati penbaca ni susah, tapi sebelum tackle hati pembaca kena tackle hati Editor, kalau tak , tak terbitlah artikel kita..susah jugakan..takpe slow2. Sebagai penulis kita kena bertanggungjawab dengan tulisan kita..,biarlah ia mampu mendidik manusia...kita tak mahu hasil tulisan kita merosakkan minda pembaca..maklumlah di luar sana berlamba-lambak majalah picisan yang tidak bermoral memenuhi pasaran. Inilah cabaran penulis, editor untuk menyediakan bahan bacaan alternatif yang dekat dengan pembaca.IQRA', bacalah wahai generasi muda buku2/majalah yang boleh membentuk keperibadian diri yang terpuji, tong sampahkan majalah lucah,CD porno, cerita hantu dsb.Jadikan membaca sebagai rutin..org yang banyak membaca adalah org yang berjaya. Dan perlu di ingatkan sebagai muslim bacalah AL-QURAN sekerap mungkin.Al-Quran panduan hidup..carigalilah ilmu di dalamnya insyaallah kita di landasan yang benar..Bukan Rasul Teragung telah bersabda " Berpeganglah kamu kepada Al-QURAN dan HADIS..Insyaallah kamu tidak tersesat". Membaca Kalam Allah perlu mengatasi bahan bacaan yang lain.
Kepada tetamu blog ini doakan segala kebaikkan yang ingin di lakukan dapat di laksanakan..dan jauhilah dari ku segala keburukan..Amin..TQ

Tuesday, April 20, 2010

Layout blog

Susah juga nk bagi blog nampak cantik..ni pun masih banyak yg nk ubah..tak kreatif. Bila tgk blog orang cantik teringin juga nak cantik..nantilah ada masa nanti..ni masih duk belajar lagi.

Riang Ria Bukit Merah Laketown

Kadang-kadang rezeki datang dalam pelbagai bentuk...macam yang aku alami.Takde perancangan pun dalam masa terdekat ni nk bawa anak p main kat Bukit Merah, alih-alih Ahad lepas kami sampai kat sana, bukan main seronok Insyirah main air. Thanks lah kat my bro Apih cz sudi sponsor tiket n makanan. Ni yang Insyirah sayang sayang sangat kk P.Jang dia..hi..hi. Thanks jugalah kat SIL..Na, cz sudi melayan karenah Insyirah, teruk juga dia buli M.Jang dia. Semalam pun dia still pakai tudung M.Jang, pagi tadi nk p PASTI pun dia nk pakai tudung pink tu..tapi tak jadi cz ayah ckp busuk kena basuh..lawak betul Insyirah.
Kami bertolak kesana dr rumah dalam kul 10 lbh, sampai sana 11 lbh, pukul 1 br blh check-in kat Suria Apartment (My bro ambil package 3hr 2 mlm),So sementara menunggu tu kami pusing2 area situ..tapi takde yg menarik, last sekali kami p lunch.. situ ok gaklah makanan dia. Lps tu kami singgah beli pelampung untuk Insyirah yg ada gambar princess..seronok dia, tak sabar nk mandi kolam..thanks P.Jang belanja. Sampai kat hotel nampak je swimming pool Insyirah dh merengek2 nk mandi, jenuh pujuk dia naik bilik dulu, simpan barang n bg tidokan adik sat. Iqbal..alhamdulillah tak meragam, risau gak cz my hubby tak ikut sekali cz kena jadi urusetia sukan PASTI. Sempatlah dia lelapkan mata sat kat katil empuk hotel.
Hampir pukul 3ptgt kami dh bersiap nk ke Theme park, memandangkan aku balik hari, kami just ambil Water Eco package RM39/adult so blh main 3 permainan. First sekali kami p naik Chairlift, gayat juga tapi Insyirah relax je, masa ni berlaku perkara yang melucukan. Memandangkan baby x blh naik aku bagi adik aku pegang, nak jadi cerita entah macamana pampers Iqbal bocor..habis kena  baju P.Jang dia..if setakat kencing takpelah ni siap melepas lagi..ha..ha..kelakar betul, nasib baik bw baju xtra...Iqbal2 tinggalkan kenangan sungguh utk P.Jang dia.

Lps tu kami masuk Eco Park, berjalan atas jambatan kayu..30 minit jugaklah..mata Iqbal tak habis2 pandang sana, pandang sini..pelik agaknya. Kakak biasalah banyaklah soalan dia..binatang apa? dia makan apa? kenapa warna binantang tu hitam etc. Last sekali kami tgk Animal show...menarik gak..Insyirah terlopong mulut tgk burung main basikal. Iqbal..pulak lena atas riba..penat kut. Kaki ibu pun dah lenguh2, bahu dah sakit dukung Iqbal. Animal show tu adlah dalam 40 minit. Selesai je show Insyirah ajak p mandi kolam kat Water Theme Park...dah lama dah dia tunggu.Masuk je kat sana dia terus tukar baju ambil pelampung dia, tarik tangan M.Jang masuk dalam kolam. Aku n Iqbal duk lepak kat tepi kolam. Hujan pun dah mula turun sikit2. If tak ujan blh bw Iqbal mandi sekali.Pukul 7 baru keluar dari situ, Itupun Insyirah tak mau tukar baju cz dia nk berenang lagi kat Swimming Pool kt hotel. Masa tu hujan dh makin lebat dah..sempat jugak dia pow mak jang dia beli coklat Cadbury, lapar agaknya. Sampai kat hotel my hubby dh sampai nk jemput kami, Insyirah tarik tgn nk p mandi but sayang kolam dah tutup..cian dia frust..len kali kita mai lagi.Then kami masuk bilik makan, solat n bersiap  nk balik cz keesokkan harinya dah kerja. Pukul 9 lbh kami bertolak balik..letihnyer..tapi berbaloi tengok Sekali  thanks to my dearest bro n SIL, n Abg Chik cz layan karenah Insyirah...Bestnyer..if ada rezeki blh datang lagi bw anak2 main,..Tada....

Friday, April 16, 2010

I'm back

Lama betul tinggalkan blog ni..benda yg kecik macamni pun tak boleh nak istiqomah, apa lagi benda yang besar-besar. Sekarang ni agak bz dengan kehadiran org baru..Ahmad Iqbal Adli bin Mohamad Najib. nanti pada enttri yang lain saya akan tulis pengalaman melahirkan mujahid tu..Insyaallah. Insyirah pun dah sek PASTI, pagi2 mesti kalut menguruskas permata hati dua org tu, tambah2 bila terlajak tido ...Iqbal pulak jenis yang lambat tido..pukul 12 tu plg awal, walaupun dah menguap berkali-kali.
Setiap pagi..ayah akan uruskan kakak p sek, cabaran juga nak kejutkan dia maklumlah tido lambat so pagi2 mengantuk. Kadang2 tak p sek cz ngantuk sangat. If ayah tak berjaya nk siapkan kakak pg tu terpaksalah ibu masuk campur..Insyirah ni manja sikit nga ayahnya..ibu ni lebih garang dr ayah.
Iqbal pulak masa kita sibuk bersiap nk p keje dia jaga,merengek nak susu, nk dukung n nk di layan. Masa nilah toleransi diperlukan oleh pasangan..dan jangan lupa libatkan sekali anak yg sulung. Biasanya kakak seronok main nga adik..sementara kita bersiap dia main2 nga adik..hopefully sampai besar mereka rapat.Pukul 7.50 am..ayah hantar kakak p PASTI, ibu hantar adik p umah pengasuh MakYam, macamtulah rutin kami setiap pagi.