Monday, April 26, 2010

Mendidik Anak Amanah Ibubapa

Sabda Rasulullah S.A.W..." Setiap anak itu di lahirkan dalam fitrah dan kedua ibubapanyalah yang menjadikanya Yahudi atau Majus" 

Menghayati maksud hadis di atas..terasa berat bahu memikul. Amanah itu amat berat untuk di lunaskan, kerana di tangan ibubapalah yang menentukan corak keperibadian anak-anak pada masa kan datang. Seandainya ibu bapa pun jauh dr kasih Ilahi,,pasti zuriat yang di lahir tidak kenal Al-Khaliqnya.

Saiyidina Umar al-khattab r.a berkata " Didiklah anak-anak kalian kerana sesungguhnya mereka hidup pada suatu zaman yang sama sekali tidak sama dengan zaman kamu".

Kita sebagai ibu bapa perlu mendidik anak -anak bersesuaian dengan keadaan semasa..bukan bermaksud kita terikut dengan budaya-budaya yang tidak baik..cuma mungkin kaedah yang berbeza tetapi matlamatnya sama iaitu melahirkan generasi Rabbani.

Tugas sebagai ibu dan bapa bukan hanya untuk melahirkanya memberi makan pakai dan tempat perlindungan tetapi perlu memastikan makanan rohani sentiasa di penuhi dan zuriat yang lahir dari  kita mampu menjadi khalifah .Tugas sebagai khalifah bukan boleh di pandang enteng, sebab itulah bukit bukau, gunung ganang tidak sanggup memnikul amanah ini..hanya manusia yang mampu melaksanakanya.
Anak-anak yang lahir dalam keadaan bersih, suci dan tiada dosa jadi jangan kita didik mereka dengan didikan yang sonsang, memberi makanan dari sumber yang haram atau di ragui dan membesarkan mereka dalam suasana berkiblatkan budaya hendonisme.Hari ini fikiran kita masih di jajah dan akan terus di jajah..kadang-kadang ada ibu bapa yang bangga melihat anak mereka berpakaian tidak senonoh, tutur kata yang hilang kesopanan, pergaulan yang bebas kononnya mengikuti perkembangan zaman..up to date...Kita harus ingat kalau beginilah keadaan nya kita seolah-olah menyediakan bahan bakar di akhirat nanti.Ingatlah..apabila kita sudah tiada nanti hanya doa dari anak yang soleh yang boleh menyelamatkan kita.. Waktu itu kita akan menyesal seandainya kita gagal membentuk anak-anak kita menjadi insan yang berguna.Jadikan pesanan Luqmanul hakim sebagai panduan.
  • Menjauhkan anak dr apa jua bentuk dan pemikiran mensyirikkan Allah SWT
  • Menasihati dan berpesan kepada anak agar berbuat baik kepada kedua ibubapa
  • Memerintahkan anak-anak mendirikan solat dan jangan sesekali timbul keberanian dalam jiwa anak untuk meninggalkan solat.
  • Mengasuh anak agar menyitai kebaikkan dan membenci keburukkan, maksiat serta kemungkaran.
  • Memberitahu anak bahawa setiap perbuatan mereka sentiasa di dalam muraqabah atau pemerhatian Allah dan  Allah akan membalas setiap perbuatan mereka.
  • Menasihati anak agar jangan sesekali bersikap sombong dan angkuh dan kaihan belas terhadap manusia dan makhluk Allah yang lain
  • Bersahabat atau berkawan dengan orang-orang yang soleh dan baik serta tidak bermegah-megah dengan diri, keluarga atau keturunan.
Nah ! panduan sudah termaktub di dalam Al-Quran..keputusanya di tangan kita..Pendidikan anak-anak perlu menyeluruh dan menfokuskan kepada pembentukkan peribadi dan akhlak agar zuriat yang lahir memberi manfaat kepada agama, ibubapa. masyarakat , negara dan diri mereka sendiri.

Sabda Rasulullah S.A.W " Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanfaat/berguna kepada manusia lain:"

No comments: