Tuesday, May 5, 2009

Suka dan duka

Salam bicara, salam persaudaraan.

Lama, tak menjenguk blog ni, kdg2 timbul rasa malas nk update blog..takde cerita
Tapi entri kali ni ada kabar gembira dan duka yang ingin di kongsi bersama. Namun kedua2nya menuntut doa dari pengunjung blog ni.
Pertamanya, biarlah kita kongsi bersama kabar duka yang menimpa suami classmate saya semasa Diploma kat UitM(1997-2000), Al-Fatihah kita sedekahkan semoga rohnya di cucuri rahmat. Baru semalam baca cerite dia kat paper, sakit kanser paru2, baru bercadang nk p ziarah, tapi Allah lebih menyayanginya, pagi ni kul 10, dia pergi buat selama-lamanya. Itulah bila sampai ajal, kita tak boleh halang. Insaf rasanya..usia muda tak bermakna malaikat maut jauh dari kita, jadi jgn tertipu dengan usia.

Pengkhabaran gembira pulak, doakan anak yang berada dalam kandungan ni selamat, dan lahirnya nanti menjadi insan yang berguna yang menjadikan al-Quran dan As-sunnah sebagai pegangan. Insyallah..sekarang dah masuk 2 bln lbh. so fenomena morning sickness & evening sickness...datang lagi. Ya Allah, kau peliharalah kandunagn ku ini.

Friday, April 10, 2009

Homestay

Kehadiran tetamu ke rumah memang menyeronokkan,walaupun kdg2 meletihkan.Org kata tetamu yang datang mambawa rezeki, tak syak lagi, memamg tetamu membawa rezeki, itulah yg kami sekeluarga rasai. Kehadiran tetamu yang di undang memeriahkan lagi rumah kami.Rumah kami ni ibarat homestaylah, umah kampung, tambah2 musim ujan, udaranya nyaman sekali. Sape2 yg pernah bermalam kat sini, mangakui seronok, tapi masalah, ssh nk bangun pagi.hi..hi. Tetamu datng silih berganti, tapi bukan org lain my family gak, but 3 trip mai, First, adik n bakal mertua dia, selang sehari kakak sekeluarga pulak mai, last sekali hari isnin lepas my parent lak datang. actually depa datang kat Bukit Gantang, so alang2 dah kat utara, dia singgahlah kt Penang, tengok cucu perempuan depa, NUR IMAN INSYIRAH. Lepas ni sape2 nak mai, jemputlah datang, but bgtau awal2, if tak kelam kabut jugak.

Hikmah

Assalamualaikum....

Dah lama tak update blog, banyak cerita yg ingin di kongsi, tapi keterbatasan masa dan kudrat yang menghalang. Dalam hidup ini setiap apa yang berlaku pasti ada asbab dan musababnya. Kdg2 kita terlupa apa yang ada di sekililing kita, atau pun setiap apa yang berlaku ke ats diri kita, sebenarnya satu pendidikan jiwa (tarbiah) yang telah di rencanakan oleh ALLAH S.W.T. Kadang2 kemenangan berpihak kepada kita, kadang2 kita terpaksa menerima kekalahan. Adakalanya kita di sanjung tinggi tapi ada kalanya maruah kita di letakkan di kaki. Begitulah apa yang berlaku dalam senario politik tanah air sekarang, kemengan akan di beri kepada mereka yang berhak atau mungkin juga kemenagan itu sebagai satu ujian dari ALLAH. Oleh yang berjaya yang jangan terlampau gembira, yang kalah jagn mudah berputus asa. Bermuhasabah dengan setiap amalan dan niat kita, adakah apa yg kita perjuangkan ini semata2 kerana ALLAH atau sebaliknya. Keputusan pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, hanya percaturan dunia, namun bg Dato, Sri Nizar di Bukit gantang, Wakil rakyat PKR di Bkt Selambau dan Wakil Rakyat BN di Batang Ai, kemenagan ini mungkin bukan kerana jentera politik atau kita kuat tetapi ia merupakan satu kayu pengukur sejauh mana kemampuan kita untuk berbakti kepada pengundi kita. Bagi Dato' Sri Nizar, mungkin kemenangan ini merupakan hikmat yang Allah berikan di atas kemelut politik yang berlaku. Teruskan perjuangan andainya kita masih berada di jalan perjuangan yang telah direntasi oleh Para Nabi dan rasul serta org2 yang terdahulu.

Thursday, March 26, 2009

RUTIN KERJA

Ahamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kerana masih lagi berada di dalam nikmat iman dan Islam.
Lega resanya bila dh siap buat gaji, setiap hujung bulan memng bz sikit, cz kena settlekan gaji pekerja, harap-harap tak ada masalh. Tapi urusan bila masuk gaji, not my bisness, kdg2 pening gak bila pekerja tanya bila gaji masuk. susah nk jawab, just wait n see. Syukurlah masih ada punca pendapatan dan mempunyai kudrat untuk bekerja. Dalam keadaan ekonomi yg tak stabil sekarang ramai yg hilang punca pendapatan, siapa nk tanggung anak bini makan. Tapi satu je kita kena yakin, rezeki tu ada di mana2 cuma kita kena berusaha dan jgn berputus asa. Sama2lah kita doa agar kita di buka dan di murahkan rezeki. Ameen.
Kadang2 kita berkerja kuat sehingga kita leka dan lalai amanah ALLAH, kerja sampai membelakangkan solat, kerja sampai meninggalkan perkara2 sunat, kerja kadang2 kita menyampingkan ALLAH, kita lebih takut bos marah dari ALLAH marah. Kita punctual bila bos nk jumpa tetapi kita selalu lengah-lengahkan appointment dengan al-Khaliq. Bila kita dapat gaji kita lupa untuk bersyukur, kita lupa untuk bersedekah, dan kita tenggelam dalam kemewahan. Bila di fikir2 kan balik, mungkin di sebabkan sikap kita yg tidak beradab denganNyalah, Dia menyempitkan pintu rezeki buat kita. Kita hanya merayu dan menyembah kepadaNya, bila kita d timpa musibah, tetapi bila kita dalam kesenangan kita lupa kepadaNya. Oleh itu, marilah kita muhasabah diri kita agar sentiasa menjadi org yang bersyukur dan mengingatiNya setiap masa. Ameen.

Monday, March 16, 2009

REUNION AGI UTARA

Alhamdulillah..Allah mempertemukan kita sekali lagi untuk mengukuhkan lagi tali silaturrahim yang terjalin. Ukhwahfillah..memang manis..terasa kehangatan persahabatan biarpun jarak dan masa menjadi sekatan. Tahniah kepada semua sahabat AGI Utara, yang terlalu menghargai pertemuan semalam dan meluangkan masa untuk kita berjumpa dan berbincang dan merancang untuk memantapkan lagi perjuangan ini. Kepada sahabat yang tidak dapat menghadirkan diri kerana terhalang dengan pelbagai urusan, di harap terus bersama2 kita semua untuk memastikan tali persahabatan ini tidak mudah terungkai. Pertemuan ini hanya satu usaha untuk memastikan tidak ada sahabat kita yg FUTUR dalam perjuangan dan sekurang2nya ia menjadi peringatan dan momentum untuk kita terus melangkah kehadapan. "Memetik kata2 presiden AGI, jadikanlah AGIplatform yg terakhir untuk kita terlibat sekiranya, kita jauh dari gerak kerja yg lain, sekurang2nya kita masih lagi dikelilingi oleh sahabat2 yang istiqomah melaksanakan gerak kerja ISLAM." Tahniah dan terima kasih kepada Presiden AGI Engku Mohd Hafiz Engku Aziz, di atas kesudian meluangkan masa berkumpul di An-Nadhhoh Inn...kena stop sat, ada keje..sambung lain.

Tuesday, March 3, 2009

UJIAN

Ujian datang dalam pelbagai bentuk, kdg2 kita di uji dengan kesusahan agar kita merintih dan merayu kepadaNya agar di turunkan pertolongan, adakalanya kita diuji dengan kemewahan, agar bersyukur dengan nikmat yang di berikan dan agar kita rajin menghulurkan tangan memberi bantuan kepada yang memerlukan, adakalanya kita di uji dengan masalah kesihatan, agar kita bersyukur dengan nikmat tubuh badan yang sihat dan memudahkan kita mengerjakan amal ketaatan kepadanya., ada kalanya pula kita di uji dengan kegagalan agar kita tidak mudah berputus asa dan berusaha untuk mencapainya, dan ada masanya kita di uji dengan kemenangan agar kita isi kemenangan dengan benda yang berfaedah, dan adakalnya kita di uji dengan kemataian org yang hampir kepada kita, untuk mengingatkan kita mati itu pasti bila sampai masanya..jadi hakikatnya, walau apapun ujian yg di berikan kepada kita pasti ada hikmah dan pengajarannya, kita redha dan muhasabah diri. Ujian itu juga mungkin Kaffarah di atas dosa2 kita dan mugkin juga Allah ingin meningkatkan maqam keimanan kita. Kita kena yakin setiap apa yang telah di tentukan olehNya, adalah yang terbaik untuk kita, walau hati berat untuk menerimanya. Kita hanya berdoa agar setiap ujian yag diturunkan mampu kita hadapi dengan keimanan...Insyaallah..ALLAH SAYANGKAN KITA..betul tak?

Semalam, saya mendapat khabar duka, bila doktor bgtau anak sedara Muhamamad Nasrul Adam, ada masalah jantung, that's why tanganya selalu kebiruan..terbayang senyuman dan wajahnya, yelah baru 4 bulan dah di uji dengan penyakit macam tu terasa macam tak adil..tapi cepat2 istighfar, ini adalah ujian dariNya, itulah kita selalu terlupa. Pasti ada hikmah, so apa yg kita perlu buat berdoa dan berusaha merawatnya, setiap penyakit pasti ada penawarnya. Mudah-mudahan K.ilah (ibu Adam) tabah menghadapinya, dan kuatkan semangat, insyaallah kita sama2 ikhtiar merawatnya. So, hargailah kesihatan diri kita, terbayang wajah comel anakku..Ya Allah janganlah kau uji sesuatu yg aku tidak mampu menerimanya. Ya Hafiz Ya Muhaimin, kau peliharah anakku...Ameen.

Thursday, February 26, 2009

Anakku..Permata Hatiku

Anakku
Kehadiranmu satu Amanah
Kehadiranmu pengikat kasih
Kehadiranmu penyinar kehidupan
Kehadiranmu penyambung keturunan
kehadiranmu menambahkan bekalan doa

Namun bagaimana aku harus mencoraknya
Engkau ibarat kain putih yang tulus mulus
Bagaimana untuk aku pastikan amanah yang di kurniakan ini
dapat ku jaga sebaik mungkin
agar bila ku memandangnya akan bertambah kasih,
agar mengalir sifat Ar-Rahman dan Ar RahimMu di
di dalam rumahtanggaku
Bagaimana untuk aku pastikan biasan NurMu menerangi jiwa yang gelap
Dan bagamana harus aku lakukan akan keturunan yang lahir dr rahim ini
penuh dengan sifat ketaatan kepada Al-Khaliq
Dan aku juga mengharapkan anakku
tidak jemu-jemu mengutuskan doa bila ketiadaanku nanti
Ya Allah, Ya Hafiz Ya Muhaimin..kau peliharalah anakku
Tegurlah andai aku pincang dalam mendidiknya
Jadikan anakku hambaMu yg taat
Hidup suburkanlah jiwanya dengan makrifatmu
Aku redha andainya dia menjadi korban dalam menegakkan kalimahMU..
Ameen


Nilai kehidupan

Assalamualaikum
Salam perjuangan dan salam kedamaian.

Minggu ni agak bz skit, tambahn pula di uji dengan demam dan batuk. Betapa kerdilnya diri, bila Allah, tarik sikit sahaja nikmat kesihatan, dah menganggu urusan harian, sebab itulah kita kena bersyukur dan menghargai waktu sihat kita. So, isnin lepas MC, so bila dtg keje balik kelam kabutlah nak prepare gaji pekerja, date line 25hb, berpinar biji mata bermain nga nombor. Kerja ni satu amanah, tambahan pula melibat wang hasil titik peluh mereka. So kena buat dengan fokus,tambahn pula kat sini separa auto, so banyak kena kena buat manual, tambahan pula bila melibatkan gaji overtime general workers. So masa dua hari nk siapkan gaji tu tak tercapai gak,cz ada masalah teknikal,tapi alhamdulillah, pagi nak settle, so ni yang dapat update blog ni. Tadi masa duk baca email, terjumpalah no contact kawan lama masa Diploma kat Uitm dulu..Niza, tiba2 je teringat nk kol dia. lama betul tak contact dia. Dia sekarang ni dah ada 3 org cahayamata, n keje kat KL. Terimbas memori waktu dulu. Niza ni dulu kategori Ustazahlah, dia dari aliran agama, so dia jadi reference if ada kemusykilan bab2 agama ni. Satu lagi, if miss nota dalam kuliah, pinjamlah nota dia, lengkap n kemas..itulah sekarang ni dah ada kehidupan masing-masing. Inilagi satu nikmat dalam berkawan, kita akan merasa nilai persahabatan tu, bila kita berjauhan. Bila duk jauh..bila teringat zaman dulu..kenangan yang manis untuk di kenang.

Tuesday, February 10, 2009

Sakinah, Mawaddah & Rahmah

Setiap dari kita yang bergelar insan mempunyai perasaan untuk di sayangi dan menyayangi, tambahan lagi kita sebagai muslimah, memang suka di kasihi, sebagai isteri kita suka dicintai oleh suami, sebagai ibu kita mengharapkan kasih sayang anak kita seumpama kasih sayang yang kita curahkan dari dalam kandungan hingga selamanya. Sebenarnya dalam kehidupan ini kita amat memerlukan sakinah, mawaddah dan Rahmah,ketiga- tiga elemen ini yang mampu memberikan kebahagian kepada kita di dalam rumah tangga, persahabtan atau di dalam kehidupan harian.
Sakinah bermaksud ketenangan yang di dambakan oleh setiap insan, Mawaddah adalah perasaan kasih sayang dan rahmah ialah belas ihsan.
Di dalam setiap perhubungan yang terjalin kita perlu mencerna ketiga-tiga elemen tadi, Sakinah, Mawaddah dan Rahmah. Sebagai contoh dalam perhubungan suami isteri, keindahan berumah tangga tidak akan di rasai seandainya salah satu dari elemen tadi hilang. Firman Allah "Dan di antara tanda-tanda kekuasaaNya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu lebih cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan di jadikan di antara kamu kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" Surah Ar-Ruum Ayat 21. Bila bertautnya dua hati, terlafazlah ijab qabul maka tercetuslah ketenangan diri yang seharusnya lebih mendekatkan diri kepadaNya.Sesebuah perkahwinan itu menuntut pengorbanan, dan di sebabkan itulah mawaddah dan rahmah perlu hadir bersama kerana di alam perkahwinan kita harus menerima kelemahan dan kekurangan pasangan masing2. Kasih sayang suami isteri akan menerbitkan perasaan belas ihsan kepada pasangan masing, kita ibarat pelengkap kepada kekurangan pasangan kita dan terimalah ia seadanya.Semoga perhubungan antara suami isteri di bangunkan bukan hanya berlandaskan cinta semata-mata tetapi atas kekuatan mencari redha Allah. Seandainya sebelum akad nikah termakbul, kita sebagai muslimin dan muslimah bermujahdah menjaga batas perhubungan, menjadikan unit UBM sebgai perantara dan memohon petunjuk dari Allah dalam solat Istikharah maka selepas lafaznya ijab dan qabul kita ikutlah jalan yang di tunjukkan oleh Allah, kita jaga adab-adab kita sebagi sumai isteri Insyallah akan datangnya sakinah , Mawaddah dan Rahmah dalam rumahtangga kita.
Salam ukhwah dan salam perjuangan.

Bertemu lagi di alam maya, jari jemari menari pantas di atas papan kekunci, tidak sabar untuk meluahkan bicara hati, walau mungkin lenggok bahasanya sukar di fahami, tapi inilah wadah perhubungan antara kita. Kadang2 sukar untuk menterjemahkan apa yang berlegar di fikiran dan yang tersimpan di lubuk hati. Namun akan ku gagahi menulis bait-bait perkataan untuk tatapan sahabat perjuangan dan untuk tetamu blog ini.

Mungkin entri kali ini agak berkecamuk, kacau bilau ibarat iklim di negefi Perak. Di dalam kancah politik tiada yang mustahil. Sekejap kita di atas, dan ada masanya kita di bawah. Mungkin di suatu ketika ketika kita terpaksa keluar gelangang permainan dan ada kalanya kita di paksa keluar ibarat mendapat kad merah dari pengadil dalam perlawanan bola. Senario di Perak mungkin sesuatu yang kita tidak duga, tapi yakinlah kebenaran akan terbukti jua, kemenangan akan menjadi milik mereka yang ikhlas dalam memperjuangkan agama Allah, yang menganggap jawatan dan pangkat itu satu amanah, yang bercita-cita membentuk Daulah Islamiyyah.

Dan musuh2 Islam tidak akan berpeluk tubuh sahaja. Kepada mereka di luar sana pandanglah kejadian ini dengan pandangan mata hati, kerana hati tempat jatuh pandangan manusia. Pandangan mata kasar kita selalu membuat silap, dan pandangan akal itu selalu tersalah dan hakikatnya pandangan mata hati itulah kebenaran. Kepada para jundullah, berimanlah dengan zat Allah, Semoga kita redha dengan ujian yang di berikan ini. Ujian kita hari ini tidak sehebat saudara Se-Islam kita di Palestin. Sesungguhnya musuh Islam itu merata-rata, secara nyata atau sebaliknya. Semoga diri ini juga di beri kekuatan iman, agar dapat menempah tiket di FIRDAUSI.

Tuesday, January 13, 2009

Wajah 1430/2009

Salam ukhwah, slam ziarah dan salam perjuangan.

Masih belum terlambat rasanya untuk mengalu2kan kedatangan tahun baru. Pastinya 1429/ 2008 sudah menjadi sejarah. Mungkin antara kita menyambut kedatangan tahun baru, dengan rasa gembira, tak sabar2 untuk mencapai azam yg baru. Tapi ada yg juga yang menyambutnya dengan perasaan yang sugul kerana masih banyak impian dan harapan belum tercapai. Dan yang paling malang saudara kita di Pelestin menyambutnya dengan tumpahan darah dentuman bom di sdana sini.Bumi Palestin kembali menjadi medan maut..Israel terus menggila tanpa secebis peri kemanusiaan. Palestin bergolak lagi...Ya Allah, hancurkan musuh-musuh Islam, berikan kekuatan kepada pejuang ISlam dan org Islam umumnya...Bantulah anak anak kecil yang tidak berdosa, kasihanilah wanita2 palestin, peliharalah kaum muslimin Palestin..Ya Allah, berikan kekutan kepada mereka yang teraniaya.

Kita di sini masih bersenang lenang, boleh bersuka ria tetapi saudara kita hidup dalam ketakutan, tiada lagi airmata gembira tetapi air mata penderitaan...

Friday, January 2, 2009

1430/2009(Semalam, Hari Ini dan Esok)

Assalamualaikum...salam ukhwah, salam ziarah dan salam peringatan

1429/2008 telah melabuhkan tirainya,menyingsing pula 1430/2009. Begitu cepat masa meninggalkan kita, dan sudah pasti pemergian tidak akan berpaling lagi. Segala suka duka setahun yang lalu akan menjadi sejarah yang hanya mampu di kenang, hari ini yang kita lalui adalah lebih utama, kecapilah nikmat yang dikurniakanNya sebaik mungkin, jadikan hari ini lebih baik dari semalam, agar kita meninggalkan lipatan sejarah yang manis untuk di kenang dan mengubah kelemahan semalam. Seandainya masih ada lagi azam yang lalu masih belum tercapai, usahakan hari ini untuk melaksanakannya. Gunakan segala nikmat yang kita ada hari ini, bermula dari pagi tadi hingga ke saat ini untuk melakukan kebaikkan, jangan sesekali kita memandang enteng kehidupan kita di saat ini, kerana kita tidak tahu petang nanti kita masih mampu untuk menghirup udara yang segar atau sebaliknya. Dan jangan di nanti kedatangan hari ESOK, kerana belum tentu ia menjadi milik kita.Kehidupan kita hanya ada 3 peringkat masa. semalam yang telah kita tinggalkan, hari ini yang kita sedang lalui, dan esok yang belum pasti.Dan yang paling penting masa yang sedang kita nikmati kerana ia akan menentukan masa yang kita tinggalkan bermanfaat atau tidak dan ia juga menjadi kayu pengukur untuk kita melakukan yang lebih baik sekiranya esok menjadi milik kita.Pentingnya masa hingga tercatat di dalam AlQuran dalam surah Al Ashr...baca, hayati dan cuba laksanakan semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU, AZAM BARU, AZAM LALU KITA TERUSKN DAN LAKSANAKAN..SEMOGA KITA MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK DARI SEMALAM. AMIN YA RABBAL ALAMIN..