Sunday, June 16, 2013

Selamat Tinggal "punch card"

Genap 2 minggu, tidak terkejar2 mengadap machine" punch card".Alhamdulillah terasa lebih tenang, bebas dari kekangan masa, cuma sekarang ni perlu bijak membahagikan masa. Seawal hari pertama bebas dari punch card,, menadah telinga menimba ilmu awal perkembanngqan kanak-kanak.Dalam masa 6 hari banyak juga ilmu yg di ceduk tinggal hendak di amalkan saja. (2-7 June 2013-Hotel Seri Malaysia Kepala Batas)

Walaupun tiada lagi PC, hakikat kesibukan sebagai isteri, ibu, anak, kawan, petugas Islam dan sekarang ni cuba buat (SOHO-small office house office) menagih kebijaksanaa kita...kerja menguruskan rumahtangga pun dah berderet2. Bila  tiada punch card maknanya..income tu xdelah datang tiap2 hujung bulan, jadi kenalah mencari alternatif lain untuk menjadikan poket tidak terlalu kempis..ini penting untuk survival hidup. Kalau rajin berusaha tidak perlu hujung bulan saja poket berisi, hari2 pun boleh..Bunyi macam senang, tapi cabarannya cukup banyak.Insyaallah tengah mencuba... Ya Allah murahkanlah rezeki ku dari sumber yang halal.

Thursday, February 28, 2013

Duhai Ibu Ayah

Sebagai mak bapak  ;
1) Kita rasa kita betul
2) Kita nak anak kita ikut cakap kita
3) Kita nak anak kita belajar rajin-rajin
4) Kita nak anak kita hormat kita

Tapi kita lupa anak-anak tak akan jadi apa yang kita NAK kalau;

1)Kita pun selalu buat benda tak betul
2) Kita pun selalu langgar perintah dan suruhan ALLAH
3) Kita pun tidak belajar untuk memperbaiki kelemahan kita dan x cintakan ilmu.
4) kita pun tak hormat pada orang lain

JADI..kita mak bapak :

1) Kena ada ilmu keibubapaan
2) Kena guna modul Al-Quran & Sunnah dalam rumahtangga
3) Berusaha untuk berbuat baik dan bersama-sama dengan anak dalam membuat kebaikkan
4) yang paling penting tanam, semai , baja..didik anak-anak kita supaya buat sesuatu kerana ALLAh, bukan
    kerana kita mak bapak dia.
5) Ajar anak sayang ALLAH..insyaallah anak-anak akan sayang kita.