Sunday, June 16, 2013

Selamat Tinggal "punch card"

Genap 2 minggu, tidak terkejar2 mengadap machine" punch card".Alhamdulillah terasa lebih tenang, bebas dari kekangan masa, cuma sekarang ni perlu bijak membahagikan masa. Seawal hari pertama bebas dari punch card,, menadah telinga menimba ilmu awal perkembanngqan kanak-kanak.Dalam masa 6 hari banyak juga ilmu yg di ceduk tinggal hendak di amalkan saja. (2-7 June 2013-Hotel Seri Malaysia Kepala Batas)

Walaupun tiada lagi PC, hakikat kesibukan sebagai isteri, ibu, anak, kawan, petugas Islam dan sekarang ni cuba buat (SOHO-small office house office) menagih kebijaksanaa kita...kerja menguruskan rumahtangga pun dah berderet2. Bila  tiada punch card maknanya..income tu xdelah datang tiap2 hujung bulan, jadi kenalah mencari alternatif lain untuk menjadikan poket tidak terlalu kempis..ini penting untuk survival hidup. Kalau rajin berusaha tidak perlu hujung bulan saja poket berisi, hari2 pun boleh..Bunyi macam senang, tapi cabarannya cukup banyak.Insyaallah tengah mencuba... Ya Allah murahkanlah rezeki ku dari sumber yang halal.

Thursday, February 28, 2013

Duhai Ibu Ayah

Sebagai mak bapak  ;
1) Kita rasa kita betul
2) Kita nak anak kita ikut cakap kita
3) Kita nak anak kita belajar rajin-rajin
4) Kita nak anak kita hormat kita

Tapi kita lupa anak-anak tak akan jadi apa yang kita NAK kalau;

1)Kita pun selalu buat benda tak betul
2) Kita pun selalu langgar perintah dan suruhan ALLAH
3) Kita pun tidak belajar untuk memperbaiki kelemahan kita dan x cintakan ilmu.
4) kita pun tak hormat pada orang lain

JADI..kita mak bapak :

1) Kena ada ilmu keibubapaan
2) Kena guna modul Al-Quran & Sunnah dalam rumahtangga
3) Berusaha untuk berbuat baik dan bersama-sama dengan anak dalam membuat kebaikkan
4) yang paling penting tanam, semai , baja..didik anak-anak kita supaya buat sesuatu kerana ALLAh, bukan
    kerana kita mak bapak dia.
5) Ajar anak sayang ALLAH..insyaallah anak-anak akan sayang kita.

Wednesday, September 12, 2012

Blogwalking-http://abil4fauziah.blogspot.com/

Assalamualaikum..

Semalam, saya menziarah blog abil4fauziahblogsport.com -kisah pengorbanan, kesetiaan seorang suami menjaga,melayan, menjadi doktor seorang isteri yanng x mampu buat apa2 (bed ridden). Hati saya cukup teresentuh,,Ya Allah masih ada insan yang sanggup berkorban sebegitu rupa untuk isteri  yang sangat di cintai dan disayangi walaupun isteri hanya mampu terbaring. Saya cuba menyelami hati seseorang yang kehilangan " soulmate", teman untuk berbicara, sahabat untuk berkongsi suka dan duka..Ya Allah ..saya sedar lelaki itu sungguh tabah..dan benarlah  ALLAH menguji berdasarkan tahap kemampuan kita.

Sepanjang membaca blog tersebut..hati saya juga terus  di hujani pertanyaan ' Adakah aku setabah dia?..adakah aku mampu menjaga suami sebaik itu? Adakah suamiku juga akan menjaga dan terus menyayangi aku seperti lelaki andainya musibah menimpa ke atas aku?Persoalan demi persoalan berlegar2 di minda.
Tapi solusi untuk soalan itu Insyaallah if kita ikhlas menyayangi pasangan kita, dan mencintainya keranaNya..Insyaallah kita akan dapat habuan yang baik. Allah kan ada..dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Balik kerja..sementara menunggu Maghrib , bersembang nga En Hubby pasal cerita ni..en hubby pun meluahkan rasa simpati dan kagum dengan ketabahan En Abil.(Dlm hati harap2 if jadi apa2 kat aku dia pun sanggup buat camni-tapi nauzubillah, minta dijauhkan) Ya Allah berilah kami sekelurga kesihatan yang baik.

Bila baca kisah2 macam ni sebenarnya ia banyak memberi teladan, insaf dan syukur dengan apa yang kita ada, dan dapat belajar sesuatu yang baru. (Tiba2 mode nak buat kak hubby memuncak-masak untuk makan malam walau lps maghrib baru sibuk masak nasi & sambal tumis udang, bendi rebus & udang gorng kunyit-untuk Bad, " Kakak tnaya kenapa malam ni ibu masak sedap2?)..he..he..siap buat deco lagi.Yelah bimbang takut kita dah x berpeluang nak masak kat suami n anak2.

Tapi catatan blog tu betul2 memberi kesan...Ya Allah berilah ketabahan kepada insan2 yang di uji musibah.
Ya Allah eratkanlah kasih sayang antara kami..Kasihanilah kami.

Sama@ kita hulurkan tangan ringankan beban insan2 ini..x mampu tadah tangan doa semoga mereka tabah, diberi kesihatan yang baik.

Monday, September 10, 2012

Mood Kerja

Apa yang nak ditulis..hakikatnya mood kerja di paras merosot dan menurun...cuba sabar  n pujuk hati.Mesti ada hikmah setiap apa yang berlaku.Sebagai pekerja kami cuba faham...tapi bila kewangan terdesak, masing2 dah bersuara...gaji belum terima lagi utk bln Aug'12, lambat dr biasa. Pekerja2 ladang setiap hari 2 duk tanya bila dapat gaji..tambah2 bulan ni musim perayaan, duit banyak pakai..yang aku mampu senyum..tunggu n sabar je..akan masuk juga cuma lambat sikit, buat kerja macam biasa. Ada pekerja ynag datang nak minta advance gaji, bukan tak mau bagi tapi sebelum raya kita dah bagi advance..pening kepala. Kalau duit kita xpelah, kita just pemegang amanah je.

Saya faham dan simpati..rata2 gaji pekerja dalanRM400-600 jer sebulan, bila lambt camni banyaklah yang sangkut. Pakcik, Makcik sabar..Insyaallah hari depa janji gaji masuk..tapi minggu lepas janji masuk 6hb..tapi x masuk pun..ish susahlah..Saya hanya baca MEMO dan sampaikan saja..Insyaallah gaji ada tapi saya x janji (karang kalau ptg ni depa pi cucuk kat ATM takde masak aku). Insyallah MEMO kata ada "Incentive Money"...Alhamdulillah tapi pasal incentive tu x berani nk war2 kan takut xde..gaji x masuk, ni nak cerita pasal insentif pulak.Mmm..apa2 hjg minggu ni  saya dah kena close gaji utk buat gaji baru...gaji lama insyaallah hr ni dapat...(Tadah tangan..aminn)

Ya Allah bukakanlah segala pintu rezeki yang halal buat kami, dan berkatillah rezekli kami..Aminnn.

Wednesday, July 11, 2012

2 kehilangan..

Assalamualaikum...

Tajuk entri kali memang membuatkan aku rasa kehilangan,kosong,kesedihan ,tapi tidak sekali-kali aku  menyalahkan taqdir..cuma sebagai manusia kerdil aku tidak mampu mengelak perasaan itu di saat kehilangan orang yang kita sayang .

5hb May 2012

Tepat pukul 5.35 petang aku kehilangan insan yang banyak berjasa, insan yang banyak berkorban dan  insan yang tak mampu aku balas segala perit jerih dan susah payahnya. Abah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Semenjak Sept 2011 kesihatan abah semakin teruk. Penyakit kencing manis, buah pinggang yang menghalang  abah bergerak cergas..kesihatan abah "on" "off". aku hanya mampu berdoa semoga ALLAH sembuhkan penyakit abah..sesekali aku pulang kekampung menjenguk wajah yang semakin lesu..Dan masih mengharap aku akan dapat berjumpa Abah lagi setiap kali aku pulang ke kampung.Kegusaran dan kebimbingan yang aku akan kehilangan sesekali meragut kedamaian hati..bukan aku tak tahu setiap yang hidup akan mati,hidup ini hanya pinjaman..berbuih-buih dah ustaz dan uztazah mengingatkan kematian itu akan datang..tapi bila kita tidak pasti.

“Katakanlah, kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya ia akan menemui kamu, kemudian akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diceritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (al-Juma`ah: 8)

Firman Allah swt dalam Surah Ali 'Imran:


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari

qiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannnya dan pangkat kebesarananya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya".


Akhirnya  hari itu datang jua..abang tel maklum abah tenat..kakak aku telefon maklum abah dah takde disaat  aku tgh berkemas untuk pulang ke kampung.Tanggal 5.5.12 pukul 5.35 petang abah menghembuskan nafas yang terakhir, di Hospital Tanah Merah,,,hancur luluh..aku menangis.anak2 menangis..Ya Allah..engkau telah ambil hakMu. Suami ku cuba mententeramkan aku. aku terus memanggil ibu mertua ku..Mak..Mak..abah dah takde..sedih rasanya di saat itu.Bapak datang dan mententeramkan aku.."sabar..biar dia pergi dengan aman..dia dah lama sakit..abah takde apak ada.i'll be your father".

Perjalanan ke kelantan amat jauh dan melambatkan ..hati aku melonjak2 x sabar untuk menatap jenazah abah..(thanks to Abg Tai & Kak Noji) bagi pinjam Hilux. Perjalanan ynag panjang aku gunakna untuk memujuk hati dan redha dengan pemergiannya. Aku bermonolg di dalam hati.."Aku redha Abah menemui penciptaNya..Allah sayang kan Abah..dan tak mau abah menanggung kesakitan lagi. Kering airmataku..Ya Allah aku redha.

Sampai di rumah jam hampir 12 tgh malam..sekujur tubuh terbaring kaku..lemah rasa lututku..aku cuba menyeka airmata supaya tidak mengalir laju..aku tatap wajah abah..aku cium abah. Ya Allah..kasihanillah abah.
Aku cuba memaniskan muka , cuba senyum bila memandang ummi, aku x mau menambah kesedihan ummi.
Sukar untuk memujuk hati untuk menerima inillah realiti..sekujur badan yang terbujur kaku itu ialah my lovely father.Kesedihan membalut segenap hatiku.,,Terima kasih kepada mereka yang membantu dan menziarah abah buat kali terakhir..ramai kawan2 abah yang datang..Sepanjang malam kami sekeluarga silih berganti membaca Al Quran ,my hubby ,ummi, adik silih berganti baca Yaasin. Pukul 11 pagi 6/5/12..abah selamat di semadikan..sewaktu melangkah meninggalkan pusara abah..aku berbisik dalam hati " Abah, org balik dulu, semoga abah tenang di sana, maaf x mampu nak membahagiakan abah semasa hayat abah"..hatiku merintih. Bermula perjalanan kami tanpa insan yang bergelar abah.
Percutian terakhir aku bersama abah di Langkawi


Kehilangan ke 2..

Belum reda lagi kesedihan di atas pemergian abah,,ALLAH menguji lagi..Apak (bapa mertuaku) menyusul meninggalkan kami. Pemergian secara mengejut amat meruntun hati..memang benarlah andai sampai masanya  malaikat Izrail akan melaksanakan tugasnya tanpa lewat sesaat.

Dah 2 hari tertangguh nak siapkan entri kali..kekangan masa.

Kehilangan apak cukup memberi dimensi baru bagi kami sekeluarga..terutama mak..Saat memandang sekujur badan yang kaku..Ya Allah..kali ini Engkau ambil Apak pula..30hb June 12..apak pergi buat selama-lamanya..pergi tak kembali.Umpama mimpi kehilangan ornag kita sayang dalam masa terdekat. Kami suami isteri berpelukan bersama airmata mengalir laju.."abang kita sama sekarang..kehilangan abah & apak". Apak janji nak ganti abah..tapi apak pun kembali kepada pemiliknya.

Aku suka apak..hormat apak..sayang apak sebab ;

  1. Dia..satu2nya my father in law
  2. Dia selalu bagi nasihat 
  3. Dia selalu bagi kata2 positif..motivasi
  4. Dia understanding
  5. Dia open minded..bincanglah apa2 topik mesti seronok..terutama bab politik
  6. Dia knowlegable
  7. Dia suka ajak n suruh makan kat umah mak walau mak tak masak apa2
  8. Dia suka layan cucu2
  9. Dia..aku boleh buat lawak..(nga arwah abah x berani nak buat lawak)
  10. Dan apak...macam2lah dia punya skill dan kebaikkan
CUMA..aku je tak pandai nak show off rasa sayang kat apak..tapi kira oklah aku boleh salam, peluk n cium apak setiap kali raya (nga arwah abah saat2 dia nak meninggal baru aku cium dia-sedihnya.)

Ya Allah tempatkanlah mereka di kalangan orang beriman..kasihanilah mereka..Al Fatihah.

Sekarang aku masih ada Ummi & Mak...Insyaallah aku akan cuba membahagiakan mereka. Aku tahu abah & apak suka kalau kita jaga mereka baik2 sebab mereka dah  tak boleh nak jaga.(walaupun x sama macam abah jaga ummi, apak jaga mak).Insyaallah

Kitalah aset berharga bagi mereka...doa dari kita amat di harapkan..


My husband bersama Allahyarham Hj Ramly (FIL)






Monday, September 26, 2011

Apam Kukus Comel..

Assalamualaikum...

Entry kali pasal makanan.. Kali ni pasal apam comel..dapat resepi dari kawan, so saje nak jadikan aktiviti bersama my princess Insyirah. Dia seronok betul bila cakap nak buat apam ni..sanggup tunggu kul 11 malam. Insyirah punya bahagian jadi tukang pukul telur, susun cup, letak topping " choc rice". Seronok bebenor dia. First round..ayah, adik n kakak jadi tester so licin. Apam ni comel je n rasa dia "not bad"lah...cuma kurang gebu je. Insyirah siap booked nak bawa pi PASTI. Adik lepas satu..satu masuk mulut dia.



Inilah rupa sebelum kukus..harga tray pun x bukak lagi..
Antaranya..apam comel


Ist round..
Balik sekolah esoknya Insyirah cakap..semua kawan kakak suka kek ni..besok kakak nak bawa lagi.Mmmm nasib baik ada lagi, jenuhlah nak kena buat pulak.

Wednesday, July 13, 2011

Bisnes Mood

I'm back....hari ni try buat blog utk bisnes my hubby..tapi tension sungguh internet slow. Masa tgh mood rajin ni..macam2 halangan. Back to business ..actually ni baru permulaan untuk buat bisnes barangdapur secara online terutamanya produk dari negeri yang tercinta...Cik Siti Wan Kembang. Kami cuba nak promosi produk kelate yang memang sentiasa mendapat permintaan dari orang dari luar kelantan. Mudah2an usaha ini berjaya. Setakat ni yang "HOT" serunding daging, beras nasi dagang, keropok, ikan bilis dll.
Untuk suamiku.nak buat.bisnes ni bukan senang..so kuatkan semangat, bulatkan tekad,,yang penting berusaha bersungguh2 dan pastikan niat fisabilillah.Insyallah akan di bukakan pintu rezeki..Ameen.