Thursday, February 26, 2009

Anakku..Permata Hatiku

Anakku
Kehadiranmu satu Amanah
Kehadiranmu pengikat kasih
Kehadiranmu penyinar kehidupan
Kehadiranmu penyambung keturunan
kehadiranmu menambahkan bekalan doa

Namun bagaimana aku harus mencoraknya
Engkau ibarat kain putih yang tulus mulus
Bagaimana untuk aku pastikan amanah yang di kurniakan ini
dapat ku jaga sebaik mungkin
agar bila ku memandangnya akan bertambah kasih,
agar mengalir sifat Ar-Rahman dan Ar RahimMu di
di dalam rumahtanggaku
Bagaimana untuk aku pastikan biasan NurMu menerangi jiwa yang gelap
Dan bagamana harus aku lakukan akan keturunan yang lahir dr rahim ini
penuh dengan sifat ketaatan kepada Al-Khaliq
Dan aku juga mengharapkan anakku
tidak jemu-jemu mengutuskan doa bila ketiadaanku nanti
Ya Allah, Ya Hafiz Ya Muhaimin..kau peliharalah anakku
Tegurlah andai aku pincang dalam mendidiknya
Jadikan anakku hambaMu yg taat
Hidup suburkanlah jiwanya dengan makrifatmu
Aku redha andainya dia menjadi korban dalam menegakkan kalimahMU..
Ameen


Nilai kehidupan

Assalamualaikum
Salam perjuangan dan salam kedamaian.

Minggu ni agak bz skit, tambahn pula di uji dengan demam dan batuk. Betapa kerdilnya diri, bila Allah, tarik sikit sahaja nikmat kesihatan, dah menganggu urusan harian, sebab itulah kita kena bersyukur dan menghargai waktu sihat kita. So, isnin lepas MC, so bila dtg keje balik kelam kabutlah nak prepare gaji pekerja, date line 25hb, berpinar biji mata bermain nga nombor. Kerja ni satu amanah, tambahan pula melibat wang hasil titik peluh mereka. So kena buat dengan fokus,tambahn pula kat sini separa auto, so banyak kena kena buat manual, tambahan pula bila melibatkan gaji overtime general workers. So masa dua hari nk siapkan gaji tu tak tercapai gak,cz ada masalah teknikal,tapi alhamdulillah, pagi nak settle, so ni yang dapat update blog ni. Tadi masa duk baca email, terjumpalah no contact kawan lama masa Diploma kat Uitm dulu..Niza, tiba2 je teringat nk kol dia. lama betul tak contact dia. Dia sekarang ni dah ada 3 org cahayamata, n keje kat KL. Terimbas memori waktu dulu. Niza ni dulu kategori Ustazahlah, dia dari aliran agama, so dia jadi reference if ada kemusykilan bab2 agama ni. Satu lagi, if miss nota dalam kuliah, pinjamlah nota dia, lengkap n kemas..itulah sekarang ni dah ada kehidupan masing-masing. Inilagi satu nikmat dalam berkawan, kita akan merasa nilai persahabatan tu, bila kita berjauhan. Bila duk jauh..bila teringat zaman dulu..kenangan yang manis untuk di kenang.

Tuesday, February 10, 2009

Sakinah, Mawaddah & Rahmah

Setiap dari kita yang bergelar insan mempunyai perasaan untuk di sayangi dan menyayangi, tambahan lagi kita sebagai muslimah, memang suka di kasihi, sebagai isteri kita suka dicintai oleh suami, sebagai ibu kita mengharapkan kasih sayang anak kita seumpama kasih sayang yang kita curahkan dari dalam kandungan hingga selamanya. Sebenarnya dalam kehidupan ini kita amat memerlukan sakinah, mawaddah dan Rahmah,ketiga- tiga elemen ini yang mampu memberikan kebahagian kepada kita di dalam rumah tangga, persahabtan atau di dalam kehidupan harian.
Sakinah bermaksud ketenangan yang di dambakan oleh setiap insan, Mawaddah adalah perasaan kasih sayang dan rahmah ialah belas ihsan.
Di dalam setiap perhubungan yang terjalin kita perlu mencerna ketiga-tiga elemen tadi, Sakinah, Mawaddah dan Rahmah. Sebagai contoh dalam perhubungan suami isteri, keindahan berumah tangga tidak akan di rasai seandainya salah satu dari elemen tadi hilang. Firman Allah "Dan di antara tanda-tanda kekuasaaNya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu lebih cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan di jadikan di antara kamu kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" Surah Ar-Ruum Ayat 21. Bila bertautnya dua hati, terlafazlah ijab qabul maka tercetuslah ketenangan diri yang seharusnya lebih mendekatkan diri kepadaNya.Sesebuah perkahwinan itu menuntut pengorbanan, dan di sebabkan itulah mawaddah dan rahmah perlu hadir bersama kerana di alam perkahwinan kita harus menerima kelemahan dan kekurangan pasangan masing2. Kasih sayang suami isteri akan menerbitkan perasaan belas ihsan kepada pasangan masing, kita ibarat pelengkap kepada kekurangan pasangan kita dan terimalah ia seadanya.Semoga perhubungan antara suami isteri di bangunkan bukan hanya berlandaskan cinta semata-mata tetapi atas kekuatan mencari redha Allah. Seandainya sebelum akad nikah termakbul, kita sebagai muslimin dan muslimah bermujahdah menjaga batas perhubungan, menjadikan unit UBM sebgai perantara dan memohon petunjuk dari Allah dalam solat Istikharah maka selepas lafaznya ijab dan qabul kita ikutlah jalan yang di tunjukkan oleh Allah, kita jaga adab-adab kita sebagi sumai isteri Insyallah akan datangnya sakinah , Mawaddah dan Rahmah dalam rumahtangga kita.
Salam ukhwah dan salam perjuangan.

Bertemu lagi di alam maya, jari jemari menari pantas di atas papan kekunci, tidak sabar untuk meluahkan bicara hati, walau mungkin lenggok bahasanya sukar di fahami, tapi inilah wadah perhubungan antara kita. Kadang2 sukar untuk menterjemahkan apa yang berlegar di fikiran dan yang tersimpan di lubuk hati. Namun akan ku gagahi menulis bait-bait perkataan untuk tatapan sahabat perjuangan dan untuk tetamu blog ini.

Mungkin entri kali ini agak berkecamuk, kacau bilau ibarat iklim di negefi Perak. Di dalam kancah politik tiada yang mustahil. Sekejap kita di atas, dan ada masanya kita di bawah. Mungkin di suatu ketika ketika kita terpaksa keluar gelangang permainan dan ada kalanya kita di paksa keluar ibarat mendapat kad merah dari pengadil dalam perlawanan bola. Senario di Perak mungkin sesuatu yang kita tidak duga, tapi yakinlah kebenaran akan terbukti jua, kemenangan akan menjadi milik mereka yang ikhlas dalam memperjuangkan agama Allah, yang menganggap jawatan dan pangkat itu satu amanah, yang bercita-cita membentuk Daulah Islamiyyah.

Dan musuh2 Islam tidak akan berpeluk tubuh sahaja. Kepada mereka di luar sana pandanglah kejadian ini dengan pandangan mata hati, kerana hati tempat jatuh pandangan manusia. Pandangan mata kasar kita selalu membuat silap, dan pandangan akal itu selalu tersalah dan hakikatnya pandangan mata hati itulah kebenaran. Kepada para jundullah, berimanlah dengan zat Allah, Semoga kita redha dengan ujian yang di berikan ini. Ujian kita hari ini tidak sehebat saudara Se-Islam kita di Palestin. Sesungguhnya musuh Islam itu merata-rata, secara nyata atau sebaliknya. Semoga diri ini juga di beri kekuatan iman, agar dapat menempah tiket di FIRDAUSI.