Genap 2 minggu, tidak terkejar2 mengadap machine" punch card".Alhamdulillah terasa lebih tenang, bebas dari kekangan masa, cuma sekarang ni perlu bijak membahagikan masa. Seawal hari pertama bebas dari punch card,, menadah telinga menimba ilmu awal perkembanngqan kanak-kanak.Dalam masa 6 hari banyak juga ilmu yg di ceduk tinggal hendak di amalkan saja. (2-7 June 2013-Hotel Seri Malaysia Kepala Batas)
Walaupun tiada lagi PC, hakikat kesibukan sebagai isteri, ibu, anak, kawan, petugas Islam dan sekarang ni cuba buat (SOHO-small office house office) menagih kebijaksanaa kita...kerja menguruskan rumahtangga pun dah berderet2. Bila tiada punch card maknanya..income tu xdelah datang tiap2 hujung bulan, jadi kenalah mencari alternatif lain untuk menjadikan poket tidak terlalu kempis..ini penting untuk survival hidup. Kalau rajin berusaha tidak perlu hujung bulan saja poket berisi, hari2 pun boleh..Bunyi macam senang, tapi cabarannya cukup banyak.Insyaallah tengah mencuba... Ya Allah murahkanlah rezeki ku dari sumber yang halal.
Sunday, June 16, 2013
Thursday, February 28, 2013
Duhai Ibu Ayah
Sebagai mak bapak ;
1) Kita rasa kita betul
2) Kita nak anak kita ikut cakap kita
3) Kita nak anak kita belajar rajin-rajin
4) Kita nak anak kita hormat kita
Tapi kita lupa anak-anak tak akan jadi apa yang kita NAK kalau;
1)Kita pun selalu buat benda tak betul
2) Kita pun selalu langgar perintah dan suruhan ALLAH
3) Kita pun tidak belajar untuk memperbaiki kelemahan kita dan x cintakan ilmu.
4) kita pun tak hormat pada orang lain
JADI..kita mak bapak :
1) Kena ada ilmu keibubapaan
2) Kena guna modul Al-Quran & Sunnah dalam rumahtangga
3) Berusaha untuk berbuat baik dan bersama-sama dengan anak dalam membuat kebaikkan
4) yang paling penting tanam, semai , baja..didik anak-anak kita supaya buat sesuatu kerana ALLAh, bukan
kerana kita mak bapak dia.
5) Ajar anak sayang ALLAH..insyaallah anak-anak akan sayang kita.
1) Kita rasa kita betul
2) Kita nak anak kita ikut cakap kita
3) Kita nak anak kita belajar rajin-rajin
4) Kita nak anak kita hormat kita
Tapi kita lupa anak-anak tak akan jadi apa yang kita NAK kalau;
1)Kita pun selalu buat benda tak betul
2) Kita pun selalu langgar perintah dan suruhan ALLAH
3) Kita pun tidak belajar untuk memperbaiki kelemahan kita dan x cintakan ilmu.
4) kita pun tak hormat pada orang lain
JADI..kita mak bapak :
1) Kena ada ilmu keibubapaan
2) Kena guna modul Al-Quran & Sunnah dalam rumahtangga
3) Berusaha untuk berbuat baik dan bersama-sama dengan anak dalam membuat kebaikkan
4) yang paling penting tanam, semai , baja..didik anak-anak kita supaya buat sesuatu kerana ALLAh, bukan
kerana kita mak bapak dia.
5) Ajar anak sayang ALLAH..insyaallah anak-anak akan sayang kita.
Wednesday, September 12, 2012
Blogwalking-http://abil4fauziah.blogspot.com/
Assalamualaikum..
Semalam, saya menziarah blog abil4fauziahblogsport.com -kisah pengorbanan, kesetiaan seorang suami menjaga,melayan, menjadi doktor seorang isteri yanng x mampu buat apa2 (bed ridden). Hati saya cukup teresentuh,,Ya Allah masih ada insan yang sanggup berkorban sebegitu rupa untuk isteri yang sangat di cintai dan disayangi walaupun isteri hanya mampu terbaring. Saya cuba menyelami hati seseorang yang kehilangan " soulmate", teman untuk berbicara, sahabat untuk berkongsi suka dan duka..Ya Allah ..saya sedar lelaki itu sungguh tabah..dan benarlah ALLAH menguji berdasarkan tahap kemampuan kita.
Sepanjang membaca blog tersebut..hati saya juga terus di hujani pertanyaan ' Adakah aku setabah dia?..adakah aku mampu menjaga suami sebaik itu? Adakah suamiku juga akan menjaga dan terus menyayangi aku seperti lelaki andainya musibah menimpa ke atas aku?Persoalan demi persoalan berlegar2 di minda.
Tapi solusi untuk soalan itu Insyaallah if kita ikhlas menyayangi pasangan kita, dan mencintainya keranaNya..Insyaallah kita akan dapat habuan yang baik. Allah kan ada..dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Balik kerja..sementara menunggu Maghrib , bersembang nga En Hubby pasal cerita ni..en hubby pun meluahkan rasa simpati dan kagum dengan ketabahan En Abil.(Dlm hati harap2 if jadi apa2 kat aku dia pun sanggup buat camni-tapi nauzubillah, minta dijauhkan) Ya Allah berilah kami sekelurga kesihatan yang baik.
Bila baca kisah2 macam ni sebenarnya ia banyak memberi teladan, insaf dan syukur dengan apa yang kita ada, dan dapat belajar sesuatu yang baru. (Tiba2 mode nak buat kak hubby memuncak-masak untuk makan malam walau lps maghrib baru sibuk masak nasi & sambal tumis udang, bendi rebus & udang gorng kunyit-untuk Bad, " Kakak tnaya kenapa malam ni ibu masak sedap2?)..he..he..siap buat deco lagi.Yelah bimbang takut kita dah x berpeluang nak masak kat suami n anak2.
Tapi catatan blog tu betul2 memberi kesan...Ya Allah berilah ketabahan kepada insan2 yang di uji musibah.
Ya Allah eratkanlah kasih sayang antara kami..Kasihanilah kami.
Sama@ kita hulurkan tangan ringankan beban insan2 ini..x mampu tadah tangan doa semoga mereka tabah, diberi kesihatan yang baik.
Monday, September 10, 2012
Mood Kerja
Apa yang nak ditulis..hakikatnya mood kerja di paras merosot dan menurun...cuba sabar n pujuk hati.Mesti ada hikmah setiap apa yang berlaku.Sebagai pekerja kami cuba faham...tapi bila kewangan terdesak, masing2 dah bersuara...gaji belum terima lagi utk bln Aug'12, lambat dr biasa. Pekerja2 ladang setiap hari 2 duk tanya bila dapat gaji..tambah2 bulan ni musim perayaan, duit banyak pakai..yang aku mampu senyum..tunggu n sabar je..akan masuk juga cuma lambat sikit, buat kerja macam biasa. Ada pekerja ynag datang nak minta advance gaji, bukan tak mau bagi tapi sebelum raya kita dah bagi advance..pening kepala. Kalau duit kita xpelah, kita just pemegang amanah je.
Saya faham dan simpati..rata2 gaji pekerja dalanRM400-600 jer sebulan, bila lambt camni banyaklah yang sangkut. Pakcik, Makcik sabar..Insyaallah hari depa janji gaji masuk..tapi minggu lepas janji masuk 6hb..tapi x masuk pun..ish susahlah..Saya hanya baca MEMO dan sampaikan saja..Insyaallah gaji ada tapi saya x janji (karang kalau ptg ni depa pi cucuk kat ATM takde masak aku). Insyallah MEMO kata ada "Incentive Money"...Alhamdulillah tapi pasal incentive tu x berani nk war2 kan takut xde..gaji x masuk, ni nak cerita pasal insentif pulak.Mmm..apa2 hjg minggu ni saya dah kena close gaji utk buat gaji baru...gaji lama insyaallah hr ni dapat...(Tadah tangan..aminn)
Ya Allah bukakanlah segala pintu rezeki yang halal buat kami, dan berkatillah rezekli kami..Aminnn.
Wednesday, July 11, 2012
2 kehilangan..
Assalamualaikum...
Tajuk entri kali memang membuatkan aku rasa kehilangan,kosong,kesedihan ,tapi tidak sekali-kali aku menyalahkan taqdir..cuma sebagai manusia kerdil aku tidak mampu mengelak perasaan itu di saat kehilangan orang yang kita sayang .
5hb May 2012
Tepat pukul 5.35 petang aku kehilangan insan yang banyak berjasa, insan yang banyak berkorban dan insan yang tak mampu aku balas segala perit jerih dan susah payahnya. Abah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Semenjak Sept 2011 kesihatan abah semakin teruk. Penyakit kencing manis, buah pinggang yang menghalang abah bergerak cergas..kesihatan abah "on" "off". aku hanya mampu berdoa semoga ALLAH sembuhkan penyakit abah..sesekali aku pulang kekampung menjenguk wajah yang semakin lesu..Dan masih mengharap aku akan dapat berjumpa Abah lagi setiap kali aku pulang ke kampung.Kegusaran dan kebimbingan yang aku akan kehilangan sesekali meragut kedamaian hati..bukan aku tak tahu setiap yang hidup akan mati,hidup ini hanya pinjaman..berbuih-buih dah ustaz dan uztazah mengingatkan kematian itu akan datang..tapi bila kita tidak pasti.
“Katakanlah, kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya ia akan menemui kamu, kemudian akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diceritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (al-Juma`ah: 8)
Firman Allah swt dalam Surah Ali 'Imran:
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari
qiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannnya dan pangkat kebesarananya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya".
Akhirnya hari itu datang jua..abang tel maklum abah tenat..kakak aku telefon maklum abah dah takde disaat aku tgh berkemas untuk pulang ke kampung.Tanggal 5.5.12 pukul 5.35 petang abah menghembuskan nafas yang terakhir, di Hospital Tanah Merah,,,hancur luluh..aku menangis.anak2 menangis..Ya Allah..engkau telah ambil hakMu. Suami ku cuba mententeramkan aku. aku terus memanggil ibu mertua ku..Mak..Mak..abah dah takde..sedih rasanya di saat itu.Bapak datang dan mententeramkan aku.."sabar..biar dia pergi dengan aman..dia dah lama sakit..abah takde apak ada.i'll be your father".
Perjalanan ke kelantan amat jauh dan melambatkan ..hati aku melonjak2 x sabar untuk menatap jenazah abah..(thanks to Abg Tai & Kak Noji) bagi pinjam Hilux. Perjalanan ynag panjang aku gunakna untuk memujuk hati dan redha dengan pemergiannya. Aku bermonolg di dalam hati.."Aku redha Abah menemui penciptaNya..Allah sayang kan Abah..dan tak mau abah menanggung kesakitan lagi. Kering airmataku..Ya Allah aku redha.
Sampai di rumah jam hampir 12 tgh malam..sekujur tubuh terbaring kaku..lemah rasa lututku..aku cuba menyeka airmata supaya tidak mengalir laju..aku tatap wajah abah..aku cium abah. Ya Allah..kasihanillah abah.
Aku cuba memaniskan muka , cuba senyum bila memandang ummi, aku x mau menambah kesedihan ummi.
Sukar untuk memujuk hati untuk menerima inillah realiti..sekujur badan yang terbujur kaku itu ialah my lovely father.Kesedihan membalut segenap hatiku.,,Terima kasih kepada mereka yang membantu dan menziarah abah buat kali terakhir..ramai kawan2 abah yang datang..Sepanjang malam kami sekeluarga silih berganti membaca Al Quran ,my hubby ,ummi, adik silih berganti baca Yaasin. Pukul 11 pagi 6/5/12..abah selamat di semadikan..sewaktu melangkah meninggalkan pusara abah..aku berbisik dalam hati " Abah, org balik dulu, semoga abah tenang di sana, maaf x mampu nak membahagiakan abah semasa hayat abah"..hatiku merintih. Bermula perjalanan kami tanpa insan yang bergelar abah.
| Percutian terakhir aku bersama abah di Langkawi |
Kehilangan ke 2..
Belum reda lagi kesedihan di atas pemergian abah,,ALLAH menguji lagi..Apak (bapa mertuaku) menyusul meninggalkan kami. Pemergian secara mengejut amat meruntun hati..memang benarlah andai sampai masanya malaikat Izrail akan melaksanakan tugasnya tanpa lewat sesaat.
Dah 2 hari tertangguh nak siapkan entri kali..kekangan masa.
Kehilangan apak cukup memberi dimensi baru bagi kami sekeluarga..terutama mak..Saat memandang sekujur badan yang kaku..Ya Allah..kali ini Engkau ambil Apak pula..30hb June 12..apak pergi buat selama-lamanya..pergi tak kembali.Umpama mimpi kehilangan ornag kita sayang dalam masa terdekat. Kami suami isteri berpelukan bersama airmata mengalir laju.."abang kita sama sekarang..kehilangan abah & apak". Apak janji nak ganti abah..tapi apak pun kembali kepada pemiliknya.
Aku suka apak..hormat apak..sayang apak sebab ;
- Dia..satu2nya my father in law
- Dia selalu bagi nasihat
- Dia selalu bagi kata2 positif..motivasi
- Dia understanding
- Dia open minded..bincanglah apa2 topik mesti seronok..terutama bab politik
- Dia knowlegable
- Dia suka ajak n suruh makan kat umah mak walau mak tak masak apa2
- Dia suka layan cucu2
- Dia..aku boleh buat lawak..(nga arwah abah x berani nak buat lawak)
- Dan apak...macam2lah dia punya skill dan kebaikkan
CUMA..aku je tak pandai nak show off rasa sayang kat apak..tapi kira oklah aku boleh salam, peluk n cium apak setiap kali raya (nga arwah abah saat2 dia nak meninggal baru aku cium dia-sedihnya.)
Ya Allah tempatkanlah mereka di kalangan orang beriman..kasihanilah mereka..Al Fatihah.
Sekarang aku masih ada Ummi & Mak...Insyaallah aku akan cuba membahagiakan mereka. Aku tahu abah & apak suka kalau kita jaga mereka baik2 sebab mereka dah tak boleh nak jaga.(walaupun x sama macam abah jaga ummi, apak jaga mak).Insyaallah
Monday, September 26, 2011
Apam Kukus Comel..
Assalamualaikum...
Entry kali pasal makanan.. Kali ni pasal apam comel..dapat resepi dari kawan, so saje nak jadikan aktiviti bersama my princess Insyirah. Dia seronok betul bila cakap nak buat apam ni..sanggup tunggu kul 11 malam. Insyirah punya bahagian jadi tukang pukul telur, susun cup, letak topping " choc rice". Seronok bebenor dia. First round..ayah, adik n kakak jadi tester so licin. Apam ni comel je n rasa dia "not bad"lah...cuma kurang gebu je. Insyirah siap booked nak bawa pi PASTI. Adik lepas satu..satu masuk mulut dia.
Balik sekolah esoknya Insyirah cakap..semua kawan kakak suka kek ni..besok kakak nak bawa lagi.Mmmm nasib baik ada lagi, jenuhlah nak kena buat pulak.
Entry kali pasal makanan.. Kali ni pasal apam comel..dapat resepi dari kawan, so saje nak jadikan aktiviti bersama my princess Insyirah. Dia seronok betul bila cakap nak buat apam ni..sanggup tunggu kul 11 malam. Insyirah punya bahagian jadi tukang pukul telur, susun cup, letak topping " choc rice". Seronok bebenor dia. First round..ayah, adik n kakak jadi tester so licin. Apam ni comel je n rasa dia "not bad"lah...cuma kurang gebu je. Insyirah siap booked nak bawa pi PASTI. Adik lepas satu..satu masuk mulut dia.
![]() |
| Inilah rupa sebelum kukus..harga tray pun x bukak lagi.. |
![]() |
| Antaranya..apam comel |
![]() |
| Ist round.. |
Wednesday, July 13, 2011
Bisnes Mood
I'm back....hari ni try buat blog utk bisnes my hubby..tapi tension sungguh internet slow. Masa tgh mood rajin ni..macam2 halangan. Back to business ..actually ni baru permulaan untuk buat bisnes barangdapur secara online terutamanya produk dari negeri yang tercinta...Cik Siti Wan Kembang. Kami cuba nak promosi produk kelate yang memang sentiasa mendapat permintaan dari orang dari luar kelantan. Mudah2an usaha ini berjaya. Setakat ni yang "HOT" serunding daging, beras nasi dagang, keropok, ikan bilis dll.
Untuk suamiku.nak buat.bisnes ni bukan senang..so kuatkan semangat, bulatkan tekad,,yang penting berusaha bersungguh2 dan pastikan niat fisabilillah.Insyallah akan di bukakan pintu rezeki..Ameen.
Friday, April 22, 2011
Kampungku...Hartaku
Assalamualaikum...salam petang Jumaat 22/4/11
Tak sabar rasa nak balik kampung minggu depan ni, rindu kat kat kampung halaman semakin membuak-buak..Aura kampung duk melambai-lambai...Insyirah pun cakap dia rindu kat Tok Mi, Tok Bah, Abe Long dan Abe Ngah.
Tapi sebelum balik kampung my hubby kena berjuang dengan exam...kesian tengok dia..susah nak curi masa untuk belajar dalam keadaan sekarang...betullah kata orang belajar bila dah berkahwin dan ada anak-anak kena betul-betul kuat dari segi emosi dan fizikal..menuntut kesabaran. Sebagai isteri aku doakan yang terbaik untuknya. Insyaallah akan terus bagi sokongan moral untuknya...I'll always by your side. Bila study time camni bukan setakat masa je kena pandai uruskan tapi kewangan pun kena stabil.Tahun lepas my hubby terpaksa ambil unpaid leave selama 2 minggu sebab kena attend Intensive Course kat USM, if kerja kerajaan lainlah..itu belum masujk cuti tak berbayar yang lain yang melibatkan pengajian.Mmmm tak apa bukan lama pun .Insyaallah segala masalah boleh di selesaikan. Untuk exam kali ni pun 8 hari kena ambil cuti tahunan cz exam hari weekday.Semoga Allah beri kekuatan dan kelapangan untuk kita sekeluarga.
Mmmm..apa lagi nak di coretkan.." Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang walau tiada wang berjuta, malah beratus pun takde..cukuplah suami, anak-anak, keluarga dan anak-anak menjadi harta bagiku".
Wednesday, March 16, 2011
Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Seminggu 2 minggu ni,,agak teruja menacari maklumat tentang pendidikan awal kanak-kanak...macam2 ilmu, fakta dan keajaiban sekiranya pendidikan bemual dari usia muda.Kanak-kanak yang beusia 3-4 tahun blh menyerap 80% apa yang diajar/dilihat oleh mereka...so takdelah lag istilah " Biarlah budak tu main jgn di paksa belajar..muda lagi..nanti boring". Maksud saya pendidikan di usia muda bukanlah kita mengunakkan kekerasan dan paksaan...wujudkan suasana yang FUN dalam pembelajaran.
Banyak blog-blog yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak ni...ini bermakana ramai ibubapa yang prihatin dengan pendidikan awal kanak-kanak. Adik Darwisyah baru je berumur 3tahun tapi dah boleh menghafal Al-Quran 30 juzuk..kalah kita...Tahniah untuk ibu bapa adik Darwisyah.
Anak-anak ibu, Insyaallah kita akan sama2 meneroka ilmu ALLAH yang begitu luas ini...Semoga Allah mempermudahkan urusan kami.
Banyak blog-blog yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak ni...ini bermakana ramai ibubapa yang prihatin dengan pendidikan awal kanak-kanak. Adik Darwisyah baru je berumur 3tahun tapi dah boleh menghafal Al-Quran 30 juzuk..kalah kita...Tahniah untuk ibu bapa adik Darwisyah.
Anak-anak ibu, Insyaallah kita akan sama2 meneroka ilmu ALLAH yang begitu luas ini...Semoga Allah mempermudahkan urusan kami.
Wednesday, January 19, 2011
Sillibus Tarbiah Anak-anak
Silibus Tarbiah

Untuk melahirkan kanak-kanak yang berjiwa ‘teguh’ terhadap Islam, berkeperibadian seimbang dan bersifat rabbani, maka mereka seharusnya menerima pendidikan menyeluruh dan seimbang. Jesteru itu para pendidik (murabbi) dalam menyediakan bahan-bahan pendidikan mereka hendaklah menyentuh semua aspek yang diperlukan bagi mencapai kesempurnaan hidup sebagai manusia.
Antara silibus pendidikan-pendidikan yang perlu diberi perhatian ialah:
1. Pendidikan Keimanan (Pendidikan Imaniyah)
1.1 Pendidikan Keimanan kepada Allah
1.2 Pendidikan Jiwa dengan akhlak mulia (Sifat Al-Hikmah, Sifat Al-Iffah, Sifat Asy-Saja’ah, Sifat Al-Adalah)
2. Pendidikan Kerohanian (Pendididikan Ruhaniyyah)
3. Pendidikan Aqal (Pendididikan Aqliah)
4. Pendidikan menanamkan kemerdekaan Jiwa (Pendididikan Nafsiah)
5. Pendidikan Kesihatan Jasmani (Pendididikan Jismiah)
6. Pendidikan Pergaulan (Pendididikan Ijtima’iah)
7. Pendidikan Pergaulan Antara Jantina (Pendididikan Jinsiah)
8. Pendidikan Kemahiran.
Tambahan & Perincian
Pembinaan Akhlak
Asas pertama : Adab (Sopan-santun)
Asas kedua : Jujur
Asas ketiga : Menjaga rahsia
Asas Keemapat : Amanah
Asas Kelima : Lapang dada dan tidak dengki
Pembinaan Perasaan
Asas pertama : Kucupan dan kasih sayag kepada anak
Asas kedua : Bermain dan bercanda dengan anak
Asas ketiga : Memberi hadiah dan saguhati kepada anak
Asas Keempat : Membelai kepala anak
Asas kelima : Menyambut anak dengan baik
Asas keenam : Mengambil tahu keadaan anak dan menanyakannya
Asas ketujuh : Perhatian dan jagaan khusus kepada anak perempuan dan anak yatim
Asas kelapan : Seimbang(adil) dalam memberikan kecintaan kepada anak tanpa berlebihan dan pengabaian.
Pembinaan Keilmuan dan Pemikiran
Asas pertama : Menanamkan kecintaan kepada ilmu dan adab-adabnya kepada anak.
Asas kedua : Memberikan tugas menghafaz sebahagian dari ayat-ayat al-Quran dan hadith.
Asas Ketiga : Memilihkan guru dan sekolah yang baik bagi anak
Asas keempat : Mengajarkan bahasa arab kepada anak
Asas Kelima : Mengajarkan bahasa asing kepada anak
Asas keenam : Membimbing anak sesuai dengan kecenderungan ilmiahnya
Asas Ketujuh : Perpustakaan Rumah dan pengaruhnya bagi pembinaan keilmuan anak.
Asas kelapan : Kisah para ulama salafus soleh dalam menuntut ilmu kecil
Pembinaan Dorongan Syahwat
Asas pertama : Anak harus minta izin bila hendak masuk ke bilik Ibubapa
Asas kedua : Membiasakan anak agar menundukkan pandangan dan memelihara aurat.
Asas ketiga : Memisahkan tempat tidur anak dengan saudaranya.
Asas Keempat : Tidur dengan berbaring di sisi kanan dan tidak tidur telungkup
Asas Kelima : menjauhkan anak dari bergaul dengan lawan jenis
Asasa Keenam : Anak mulai dewasa harus belajar kewajipan-kewajipan mandi dan sunah-sunahnya.
Asas Ketujuh : Menjelaskan bahagian awal surah an-nur kepada anak yang mulai dewasa
Asas Kelapan : Pendidikan seks bagi anak yang sudah dewasa dan melarang berbuat kekejian (zina).
Asas Kesembilan : Pernikahan awal
Kaedah-kaedah mendidik anak menurut nabi saw
Asas-asas kaedah yang harus dipengangi oleh kedua ibubapa dan para pendidik
1. Keteladan yang baik
2. Waktu yang tepat memberikan bimbingan
3. Bersikap adil dan sama terhadap sesama anak.
4. Memenuhi hak-hak anak
5. Mendoakan anak
6. Membelikan alat permainan untuk anak
7. Membantu anak untuk berbuat baik dan patuh.
8. Menjauhi banyak mencela.
Asas-asas kaedah pemikiran yang berpengaruh terhadap pemikiran anak
- Membawakan kisah
- Bercakap secara langsung
- Bercakap kepada anak sesuai mengikut kemampuan akalnya.
- Perbincangan yang dingin
- Kaedah pengalaman praktis
- Mengajarkan keperibadian nabi untuk diteladani.
ihsan:@anakkusoleh.wordpress
Friday, January 14, 2011
Kenangan bertamu...
Dah lama perasaan merindu zaman kampus ni mengetuk-mengetuk minda...mengimbau suka duka kehidupan sebagai mahasiswi dan menjalankan amal ma.aruf nahi mungkar. Di kampuslah aku mengenal kehidupan, mengenal prjuangan memartababatkan agama...Betapa rindunya aku saat2 itu..dimana usrah dijalankan secara "sir" ( teringat peringakt permulaan dakwah nabi di rumah Abi Arqam). Betapa bersemangat dan cekalnya hati ini dikala ditemani sahabat satu perjuangan ..mehnah dan tribulasi di harungi bersama...aku sedar sumbagan ini sezarah cuma itupun kalau di nilai olehNya..
Menziarahi laman FB sahabat, membuatkan perasaan rindu membuak2...Ya Allah aku rindukan kenangan itu...kenangan kita bertatih belajar "Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam". kenangan di tamrinkan, kenangan mahasiswa berdemontrasi di Kg Kerinchi. kenangan bacaan ayat suci Al_Quran Yaasin di luar kamar perbicaraan sahabat yang dikenakan tindakkan tatatertib universiti, terasa sunyi bila tazkirah di halang di surau-surau..terasa rindu dan payahnya untuk menyampaikan dakwah kepada adik2 yang baru menjejakkan kaki ke U, agar tidak tergelincir di landasan...terimbau betapa "havoc" nye PR kampus berlangsung...Syiar Islam tidak di senangi...Ya Allah kenangan itu silih berganti...terasa bagai jiwa dan tenaga "tercharge" semula bila mengingatkan pahit manis bersama sahabat. Sahabatku..andai aku futur..sedarkan aku...pimpinlah aku....
Aku juga merindui sahbiahku....Naqibah-Naqibahku, teman Se "Q", Se Usrah, Se" Kolej" Se "Jamaah"dan mereka2 yang bersama-sama denganku di bawah wehdatufiqh dan wehdatul Amal..
Ya Allah istiqomahlah kami dalam jalanMu...berilah kekuatan kepada hamabaMu ini...Pertemukanlah kami di syurga nanti...Aminnnn
Menziarahi laman FB sahabat, membuatkan perasaan rindu membuak2...Ya Allah aku rindukan kenangan itu...kenangan kita bertatih belajar "Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam". kenangan di tamrinkan, kenangan mahasiswa berdemontrasi di Kg Kerinchi. kenangan bacaan ayat suci Al_Quran Yaasin di luar kamar perbicaraan sahabat yang dikenakan tindakkan tatatertib universiti, terasa sunyi bila tazkirah di halang di surau-surau..terasa rindu dan payahnya untuk menyampaikan dakwah kepada adik2 yang baru menjejakkan kaki ke U, agar tidak tergelincir di landasan...terimbau betapa "havoc" nye PR kampus berlangsung...Syiar Islam tidak di senangi...Ya Allah kenangan itu silih berganti...terasa bagai jiwa dan tenaga "tercharge" semula bila mengingatkan pahit manis bersama sahabat. Sahabatku..andai aku futur..sedarkan aku...pimpinlah aku....
Aku juga merindui sahbiahku....Naqibah-Naqibahku, teman Se "Q", Se Usrah, Se" Kolej" Se "Jamaah"dan mereka2 yang bersama-sama denganku di bawah wehdatufiqh dan wehdatul Amal..
Ya Allah istiqomahlah kami dalam jalanMu...berilah kekuatan kepada hamabaMu ini...Pertemukanlah kami di syurga nanti...Aminnnn
Thursday, January 13, 2011
Buku tanda penghargaan..
Alhamdulillah...Puteriku sayang...masih nmeneruskan persekolahanya di PASTI dan Qiraati walaupun sepupu sebayanyanya.2,3 kali tak mahu ke sekolah. Terpaksalah berdiplomasi dengannya...nasib baik lembut hatinya termakan juga pujukan ibu. Jadi sebagai tanda penghargaan ibu belikan buku cerita untuk kakak Koleksi Cerita Atuk keluaran Telaga Biru. Excited dia menyuruhku membacakan buku untuknya..Sebelum membacakan buku untuknya aku bertanya.."Siapa Atuk Kakak?" Dia terus menjawab" Tokbah dan Tok Mi"..aku cakap Tok Wan pun atuk Insyirah jugak. Baru masuk helaian pertama Si kecil Iqbal datang ..dia tarik kakak..tarik buku..alih2 aku letakkan Iqbal di pangku sambil membaca buku utuk mereka..tak habis 1 muka surat Iqbal mula kreatif dengan akalnya..sampai menjerit2 kakak..ish2..aku berikan buku 1st word untukknya...dia TAK NAK..nak jugak yang kakak punya..macam mana ni?..ayah sibuk dengan assignmentnya.(maklumlah dah bergelar mahasiswa semula). Aku pujuk kakak nanti sekejap lagi ibu ajar kakak bagi adik cool dulu...( Iqbal ni pun suka dengan terutama yang ada gambar binantang..selagi tak baca n tunjuk buku tu..mulut dia bising). Ini juga cabaran bagi ibu..macam mana nak buat ye? Ibu cuba luangkan masa untuk mengajar anak-anak(waktu malam) Iqra dan membaca buku untuk mereka.. tapi kdg2 macam2 CUBAAN...Ya Allah permudahkanlah urusan ku dan anakku..terangilah mata hatinya dalam menuntut ilmuMu, berilah kefasihan dan kekuatan ingatan dalam mendalami IlmuMu ...aminn Ya Rabbal Alamin..
Insyaallah aku juga berazam untuk membiasakan anakku dengan buku-buku supaya ia menjadi insan yang mencintai Ilmu...semalam semasa di kedai buku..teruja rasa hati untuk membelikan buku2 untyknya..Insyaallah nanti akan ku bawa anakku ke kedai buku supaya dapat menanam minat membaca di dalam dirinya. So..selepas ni every month ibu kena peruntukkan kewangan untuk membeli bahan bacaan untuk anak-anak ibu.
Tuesday, January 11, 2011
Rutin Anakku
Alhamdulillah...masih bernafas lagi, dan masih di kelilingi orang-orang tersayang. Dah 1 minggu persekolahan bermula tapi urusan ankku masih tak settle. Semalam berlaku perubahan dalam jadual anakku. Selepas kelas PASTI kakak terpaksa transit kat Qiraati sampailah kul 6.30pm.Minggu lepas transit kat umah mak tok & Tokwan( depa x berapa sihat-janganlah kami membebankan orang tua..kesian depa) Memandangkan semalam hari yang pertama kelam kabut jugaklah..tapi lega kelas Qiraati kakak settle sebelah siang (2.30-4pm), malam taklah kalut .Sekali fikir macam kesian tapi i've no choice sayang...Kakak kena belajar berdikari..dah 4 persinggahan kakak tinggal semasa ibu bekerja. Semoga kakak belajar rajin2 dan jadi anak yang solehah, begitu juga dengan Yon n Faiz semoga kalian menjadi insan yang berguna. Aminnn.Insyaallah ibu ayah akan cuba meluangkan masa untuk kakak n adik.
Thursday, January 6, 2011
2011
Assalamualaikum...
Hampir 1 minggu 2011 menjengah...minggu ni merupakan minggu yang agak sibuk..menguruskan persekohan puteriku (PASTI), kelas Qiraati, transportation pergi balik.. Seusai subuh bagaikan robot...satu perstu perlu di lunaskan..urusan anak-anak,kejutkan kakak agak mencabar, kerja-kerja rumah kena settlekan (kemas tempat tidur, sidai kain n buat breakfast milo suam untuk puteriku dsb) sebelum pukul 8 semua kena settle, van ambil kakak pukul 8( thanks to mak tok cz tengokkan anakku naik van). Ayah hantar adik rumah pengasuh( Iqbal tak mau duduk dalam car seat nak pegang stereng) if hujan ibu yang hantar.Selesai urusan pagi maka bertebaranlan ibu ayah ke tempat kerja.
6.30 petang kebiasannya ibu dah samapi umah pengasuh ambil adik. ayah biasanya lambat sikit..if OT lagi lambat. Sampai umah kena pastikan kakak dah mandi.cz kul 7.45 mlm nak p Qiraati.bersama sepupunya (Amirul & Faiz). Masalh timbul bila seorang tak mau p semua tak mahu pergi...mmmm... Ayah ibu pun kelam kabut..cz maghrib singkat kelam kabut jugaklah..so 2,3 hari ni dinner nga roti bakar jelah(tupun kul 9.30 mlm keats) cuma malam tadi je makan luar..Bila di bincang2 balik, muzakarah suami isteri..lebih baik hantar hantar kakak transit kat kelas Qiraati selepas kelas PASTI,so bolehhlah dia belajar Qiraati sebelah siang, petang ayah ibu ambil, malam bolehlah dia rehat dan adalah masa bersama kami...time tu bolehlah check kerja sekolah dia..tambahan pulak if duduk umah maktok & Tokwan nanti menyusahkan mereka if depa kena pergi hospital, kesihatan mereka pun tak berapa ok...Yes..hantar transit..BUT...masalahnya kakak tak mau pergi if cousin dia yang 2 orng tak mau transit sama..ish..ish..camne nak buat ni...pening kepala..umah dekat2 ni yang susah..budak2 tahu nak berkawan je...bincang punya bincang ketiga-tiga mereka akan transit kat kelas Qiraati...mmm.. next week start..we'll see....harap2 menjadi..IbuAyah rasa itu yang terbaik untuk kakak dan ibuayah...Hopefully my princess memahaminya.
(faiz, Insyirah & Amirul-geng tak mau berenggang)
Tuesday, December 21, 2010
Monday, December 20, 2010
Kisah Disember
Alhamdulillah...sepanjang bulan Disember ni macam2 peristiwa terjadi...pembukaan December anak teruna ku AHMAD IQBAL ADLI dengan rasminya dah cukup setahun 3/12/10..cepatnya masa berlalu. anak ibu cepat membesar, semakin cerdik dan semakin lasak. Ibu doakan yang terbaik untukmu. Sambutan ulang tahun Iqbal tumpang kenduri kesyukuran Abang iparku..just beli kek(last minute)...kakaknya yang beria...adik tak tahupun...yang potong kek pun kakak...hancur kek di buatnya...Ya Allah rahmatilah anak-anakku.
Bermula 9-19/12/10..suamiku terpaksa attend intensive course kat USM.mula2 risau juga macamnalah nak uruskan anak2..nasib baik kakak tak sekolah, kalau tak kelam kabut. Bila my hubby dapat jadual kelas..fuhh..lega tak pack sangat..so ada hari2 dia blh balik tidur kat umah. Tapi pengalaman menguruskan rumahtangga masa ketiadaan suamiku mencabar jugalah..Iqbal susah tidur malam if tak pukul 12 mata dia bulat je...dah tu malam2 dia akan terjaga 2,3 kali untuk minum susu...tapi itu ok lagi part2 yang susah sikit..dia bangun awal pukul 6 pagi dah bangun, time kita nak bersiap pi kerja..time tulah dia jaga dan merengek nak suruh dukung...ish2...kelam kabut..kadang2 terpaksa hantar umah pengasuh awal pg, then baru balik bersiap..........Masa ni lah terasa betapa aku memerlukan suami ku....he..he...masa time ni jugalah IQbal sakit mata...tapi inilah pengalaman..demi kejayan suami ku aku rela...Tahniah juga untuk suamiku kerana berjaya menghabiskan intensive course ni...(dia cakap kursus ni memberi impak yang besar untuknya...aura study tu..memuncak)Ya Allah...permudahkanlah urusanya...berilah kelapangan, kefasaihan, dan kekuatan ingatan untuk suami menuntut Ilmu..Aminnn
Cerita anak perempuanku...kakak...dia rapat n manja dengan ayahnya...setiap kali nak tidur dia nak telefon ayah dia dan buat ayat2 kesian.." Kakak rindu ayah sangat..kenapa ayah tak balik, kenapa ayah tidur kat sekolah?Kenapa sekolah ayah ada katil sekolah kakak takde?..dan macam2 kenape lagilah..so sebelum tidur mesti kol ayah dia..Sedih jugak mendengarnya....bila ayah dia balik dia seronok sangat dan macam-macam benda dia nak report kat ayah dia.
So, semalam(19/12/10) seperti yang dijanjikan kami bawa anak2 ke USM, ambil barang2 suamiku , Insyirah tak sabar2 nak tengok sekolah ayah dia...semoga suatu hari nanti dia pun akan belajar setinggi yang boleh..tak kisah kat U mana pun....mudah-mudahan dia jadi PROFaS(professional ustazah).
Insyaallah this coming event...my event..interview,,Ya Allah berikanlah yang terbaik untukku.Dan event yang di nantikan...family holiday...tak sabar, nak bercuti dgn keluarga kelantan..so geng2 kelantan akan bertolak ke utara hari khamis nanti...Insyaallah.
Monday, November 8, 2010
Umurku semakin hampir ke penghujung
Tanggal 1 November 2010, genaplah usia ku 32 tahun..makin bertambah umur semakin hampir kembali kepadaNya. Tiada sambutan, kek atau sebagainya..namun doa-doa yang tulus tetap bersamaku. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan kebaikkan untukku..
Insyaallah dengan baki masa yang tersisa ini aku berazam untuk mengunakannya sebaik mungkin...
Insyaallah dengan baki masa yang tersisa ini aku berazam untuk mengunakannya sebaik mungkin...
Monday, October 11, 2010
Aku Ingin Sentiasa Dekat DenganNya.
Dah hampir 3 bln takjengah blog. Macam2 benda yg berlaku...Abah tak sihat, puasa, raya n dll. Semuanya duk dalam diari hati..sebagai catatan perjalanan, kembara yang tak berkesudahan yang menuntut pengorbanan , kecekalan, perubahan, kehambaan dan belajar bersifat Qanaah dan redha di atas ketentuannya.
Sepanjang kembara jalanan ni ada juga waktunya kita tergelincir..lupa tanggungjawab azali yg terpikul, kadang2 kita mendabik dada dengan kehebatan dan kesenangan kita , lalu bila di uji kita kembali menadah tangan kepadanya, nasib baik masih di kurniakan kesedaran,alangkah ruginya jika kita rasa apa yang kita buat semuanya benar belaka.
Kadang2 aku merindui zaman mencari...cuba mengenal diri..mula mendekati..bertatih mengamalkanya..membasahi lidah dgn zikrullah, menadah telinga mendenngar kata2 peringatan, bersimpuh di sejadah untuk menilai harga diri..menyesali dosa2 semalam..air mata mengalir mencuci nista di hati..terasa sungguh Ar-Rahman dan Ar-RahimNya.
Tapi kini bila kita telah temui dan memiliki mengapa kita semakin jauh dariNya... leka dengan sampah dunia..berat untuk sujud kepadaNya..padahal kita tahu kita hambaNya yang hina...Mengapa manusia seperti kita mudah lupa...janganlah kita tergolong dalam kesesatan sedangkan cahaya menerangi...janganlah kita terus mengejar kegelapan...Ya Allah..bimbinglah kami..Ampuni Kami...
Subscribe to:
Posts (Atom)




