Wednesday, July 11, 2012

2 kehilangan..

Assalamualaikum...

Tajuk entri kali memang membuatkan aku rasa kehilangan,kosong,kesedihan ,tapi tidak sekali-kali aku  menyalahkan taqdir..cuma sebagai manusia kerdil aku tidak mampu mengelak perasaan itu di saat kehilangan orang yang kita sayang .

5hb May 2012

Tepat pukul 5.35 petang aku kehilangan insan yang banyak berjasa, insan yang banyak berkorban dan  insan yang tak mampu aku balas segala perit jerih dan susah payahnya. Abah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Semenjak Sept 2011 kesihatan abah semakin teruk. Penyakit kencing manis, buah pinggang yang menghalang  abah bergerak cergas..kesihatan abah "on" "off". aku hanya mampu berdoa semoga ALLAH sembuhkan penyakit abah..sesekali aku pulang kekampung menjenguk wajah yang semakin lesu..Dan masih mengharap aku akan dapat berjumpa Abah lagi setiap kali aku pulang ke kampung.Kegusaran dan kebimbingan yang aku akan kehilangan sesekali meragut kedamaian hati..bukan aku tak tahu setiap yang hidup akan mati,hidup ini hanya pinjaman..berbuih-buih dah ustaz dan uztazah mengingatkan kematian itu akan datang..tapi bila kita tidak pasti.

“Katakanlah, kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya ia akan menemui kamu, kemudian akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diceritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (al-Juma`ah: 8)

Firman Allah swt dalam Surah Ali 'Imran:


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari

qiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannnya dan pangkat kebesarananya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya".


Akhirnya  hari itu datang jua..abang tel maklum abah tenat..kakak aku telefon maklum abah dah takde disaat  aku tgh berkemas untuk pulang ke kampung.Tanggal 5.5.12 pukul 5.35 petang abah menghembuskan nafas yang terakhir, di Hospital Tanah Merah,,,hancur luluh..aku menangis.anak2 menangis..Ya Allah..engkau telah ambil hakMu. Suami ku cuba mententeramkan aku. aku terus memanggil ibu mertua ku..Mak..Mak..abah dah takde..sedih rasanya di saat itu.Bapak datang dan mententeramkan aku.."sabar..biar dia pergi dengan aman..dia dah lama sakit..abah takde apak ada.i'll be your father".

Perjalanan ke kelantan amat jauh dan melambatkan ..hati aku melonjak2 x sabar untuk menatap jenazah abah..(thanks to Abg Tai & Kak Noji) bagi pinjam Hilux. Perjalanan ynag panjang aku gunakna untuk memujuk hati dan redha dengan pemergiannya. Aku bermonolg di dalam hati.."Aku redha Abah menemui penciptaNya..Allah sayang kan Abah..dan tak mau abah menanggung kesakitan lagi. Kering airmataku..Ya Allah aku redha.

Sampai di rumah jam hampir 12 tgh malam..sekujur tubuh terbaring kaku..lemah rasa lututku..aku cuba menyeka airmata supaya tidak mengalir laju..aku tatap wajah abah..aku cium abah. Ya Allah..kasihanillah abah.
Aku cuba memaniskan muka , cuba senyum bila memandang ummi, aku x mau menambah kesedihan ummi.
Sukar untuk memujuk hati untuk menerima inillah realiti..sekujur badan yang terbujur kaku itu ialah my lovely father.Kesedihan membalut segenap hatiku.,,Terima kasih kepada mereka yang membantu dan menziarah abah buat kali terakhir..ramai kawan2 abah yang datang..Sepanjang malam kami sekeluarga silih berganti membaca Al Quran ,my hubby ,ummi, adik silih berganti baca Yaasin. Pukul 11 pagi 6/5/12..abah selamat di semadikan..sewaktu melangkah meninggalkan pusara abah..aku berbisik dalam hati " Abah, org balik dulu, semoga abah tenang di sana, maaf x mampu nak membahagiakan abah semasa hayat abah"..hatiku merintih. Bermula perjalanan kami tanpa insan yang bergelar abah.
Percutian terakhir aku bersama abah di Langkawi


Kehilangan ke 2..

Belum reda lagi kesedihan di atas pemergian abah,,ALLAH menguji lagi..Apak (bapa mertuaku) menyusul meninggalkan kami. Pemergian secara mengejut amat meruntun hati..memang benarlah andai sampai masanya  malaikat Izrail akan melaksanakan tugasnya tanpa lewat sesaat.

Dah 2 hari tertangguh nak siapkan entri kali..kekangan masa.

Kehilangan apak cukup memberi dimensi baru bagi kami sekeluarga..terutama mak..Saat memandang sekujur badan yang kaku..Ya Allah..kali ini Engkau ambil Apak pula..30hb June 12..apak pergi buat selama-lamanya..pergi tak kembali.Umpama mimpi kehilangan ornag kita sayang dalam masa terdekat. Kami suami isteri berpelukan bersama airmata mengalir laju.."abang kita sama sekarang..kehilangan abah & apak". Apak janji nak ganti abah..tapi apak pun kembali kepada pemiliknya.

Aku suka apak..hormat apak..sayang apak sebab ;

  1. Dia..satu2nya my father in law
  2. Dia selalu bagi nasihat 
  3. Dia selalu bagi kata2 positif..motivasi
  4. Dia understanding
  5. Dia open minded..bincanglah apa2 topik mesti seronok..terutama bab politik
  6. Dia knowlegable
  7. Dia suka ajak n suruh makan kat umah mak walau mak tak masak apa2
  8. Dia suka layan cucu2
  9. Dia..aku boleh buat lawak..(nga arwah abah x berani nak buat lawak)
  10. Dan apak...macam2lah dia punya skill dan kebaikkan
CUMA..aku je tak pandai nak show off rasa sayang kat apak..tapi kira oklah aku boleh salam, peluk n cium apak setiap kali raya (nga arwah abah saat2 dia nak meninggal baru aku cium dia-sedihnya.)

Ya Allah tempatkanlah mereka di kalangan orang beriman..kasihanilah mereka..Al Fatihah.

Sekarang aku masih ada Ummi & Mak...Insyaallah aku akan cuba membahagiakan mereka. Aku tahu abah & apak suka kalau kita jaga mereka baik2 sebab mereka dah  tak boleh nak jaga.(walaupun x sama macam abah jaga ummi, apak jaga mak).Insyaallah

Kitalah aset berharga bagi mereka...doa dari kita amat di harapkan..


My husband bersama Allahyarham Hj Ramly (FIL)






No comments: