Tuesday, February 10, 2009

Salam ukhwah dan salam perjuangan.

Bertemu lagi di alam maya, jari jemari menari pantas di atas papan kekunci, tidak sabar untuk meluahkan bicara hati, walau mungkin lenggok bahasanya sukar di fahami, tapi inilah wadah perhubungan antara kita. Kadang2 sukar untuk menterjemahkan apa yang berlegar di fikiran dan yang tersimpan di lubuk hati. Namun akan ku gagahi menulis bait-bait perkataan untuk tatapan sahabat perjuangan dan untuk tetamu blog ini.

Mungkin entri kali ini agak berkecamuk, kacau bilau ibarat iklim di negefi Perak. Di dalam kancah politik tiada yang mustahil. Sekejap kita di atas, dan ada masanya kita di bawah. Mungkin di suatu ketika ketika kita terpaksa keluar gelangang permainan dan ada kalanya kita di paksa keluar ibarat mendapat kad merah dari pengadil dalam perlawanan bola. Senario di Perak mungkin sesuatu yang kita tidak duga, tapi yakinlah kebenaran akan terbukti jua, kemenangan akan menjadi milik mereka yang ikhlas dalam memperjuangkan agama Allah, yang menganggap jawatan dan pangkat itu satu amanah, yang bercita-cita membentuk Daulah Islamiyyah.

Dan musuh2 Islam tidak akan berpeluk tubuh sahaja. Kepada mereka di luar sana pandanglah kejadian ini dengan pandangan mata hati, kerana hati tempat jatuh pandangan manusia. Pandangan mata kasar kita selalu membuat silap, dan pandangan akal itu selalu tersalah dan hakikatnya pandangan mata hati itulah kebenaran. Kepada para jundullah, berimanlah dengan zat Allah, Semoga kita redha dengan ujian yang di berikan ini. Ujian kita hari ini tidak sehebat saudara Se-Islam kita di Palestin. Sesungguhnya musuh Islam itu merata-rata, secara nyata atau sebaliknya. Semoga diri ini juga di beri kekuatan iman, agar dapat menempah tiket di FIRDAUSI.

No comments: