Dah lama perasaan merindu zaman kampus ni mengetuk-mengetuk minda...mengimbau suka duka kehidupan sebagai mahasiswi dan menjalankan amal ma.aruf nahi mungkar. Di kampuslah aku mengenal kehidupan, mengenal prjuangan memartababatkan agama...Betapa rindunya aku saat2 itu..dimana usrah dijalankan secara "sir" ( teringat peringakt permulaan dakwah nabi di rumah Abi Arqam). Betapa bersemangat dan cekalnya hati ini dikala ditemani sahabat satu perjuangan ..mehnah dan tribulasi di harungi bersama...aku sedar sumbagan ini sezarah cuma itupun kalau di nilai olehNya..
Menziarahi laman FB sahabat, membuatkan perasaan rindu membuak2...Ya Allah aku rindukan kenangan itu...kenangan kita bertatih belajar "Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam". kenangan di tamrinkan, kenangan mahasiswa berdemontrasi di Kg Kerinchi. kenangan bacaan ayat suci Al_Quran Yaasin di luar kamar perbicaraan sahabat yang dikenakan tindakkan tatatertib universiti, terasa sunyi bila tazkirah di halang di surau-surau..terasa rindu dan payahnya untuk menyampaikan dakwah kepada adik2 yang baru menjejakkan kaki ke U, agar tidak tergelincir di landasan...terimbau betapa "havoc" nye PR kampus berlangsung...Syiar Islam tidak di senangi...Ya Allah kenangan itu silih berganti...terasa bagai jiwa dan tenaga "tercharge" semula bila mengingatkan pahit manis bersama sahabat. Sahabatku..andai aku futur..sedarkan aku...pimpinlah aku....
Aku juga merindui sahbiahku....Naqibah-Naqibahku, teman Se "Q", Se Usrah, Se" Kolej" Se "Jamaah"dan mereka2 yang bersama-sama denganku di bawah wehdatufiqh dan wehdatul Amal..
Ya Allah istiqomahlah kami dalam jalanMu...berilah kekuatan kepada hamabaMu ini...Pertemukanlah kami di syurga nanti...Aminnnn
Friday, January 14, 2011
Thursday, January 13, 2011
Buku tanda penghargaan..
Alhamdulillah...Puteriku sayang...masih nmeneruskan persekolahanya di PASTI dan Qiraati walaupun sepupu sebayanyanya.2,3 kali tak mahu ke sekolah. Terpaksalah berdiplomasi dengannya...nasib baik lembut hatinya termakan juga pujukan ibu. Jadi sebagai tanda penghargaan ibu belikan buku cerita untuk kakak Koleksi Cerita Atuk keluaran Telaga Biru. Excited dia menyuruhku membacakan buku untuknya..Sebelum membacakan buku untuknya aku bertanya.."Siapa Atuk Kakak?" Dia terus menjawab" Tokbah dan Tok Mi"..aku cakap Tok Wan pun atuk Insyirah jugak. Baru masuk helaian pertama Si kecil Iqbal datang ..dia tarik kakak..tarik buku..alih2 aku letakkan Iqbal di pangku sambil membaca buku utuk mereka..tak habis 1 muka surat Iqbal mula kreatif dengan akalnya..sampai menjerit2 kakak..ish2..aku berikan buku 1st word untukknya...dia TAK NAK..nak jugak yang kakak punya..macam mana ni?..ayah sibuk dengan assignmentnya.(maklumlah dah bergelar mahasiswa semula). Aku pujuk kakak nanti sekejap lagi ibu ajar kakak bagi adik cool dulu...( Iqbal ni pun suka dengan terutama yang ada gambar binantang..selagi tak baca n tunjuk buku tu..mulut dia bising). Ini juga cabaran bagi ibu..macam mana nak buat ye? Ibu cuba luangkan masa untuk mengajar anak-anak(waktu malam) Iqra dan membaca buku untuk mereka.. tapi kdg2 macam2 CUBAAN...Ya Allah permudahkanlah urusan ku dan anakku..terangilah mata hatinya dalam menuntut ilmuMu, berilah kefasihan dan kekuatan ingatan dalam mendalami IlmuMu ...aminn Ya Rabbal Alamin..
Insyaallah aku juga berazam untuk membiasakan anakku dengan buku-buku supaya ia menjadi insan yang mencintai Ilmu...semalam semasa di kedai buku..teruja rasa hati untuk membelikan buku2 untyknya..Insyaallah nanti akan ku bawa anakku ke kedai buku supaya dapat menanam minat membaca di dalam dirinya. So..selepas ni every month ibu kena peruntukkan kewangan untuk membeli bahan bacaan untuk anak-anak ibu.
Tuesday, January 11, 2011
Rutin Anakku
Alhamdulillah...masih bernafas lagi, dan masih di kelilingi orang-orang tersayang. Dah 1 minggu persekolahan bermula tapi urusan ankku masih tak settle. Semalam berlaku perubahan dalam jadual anakku. Selepas kelas PASTI kakak terpaksa transit kat Qiraati sampailah kul 6.30pm.Minggu lepas transit kat umah mak tok & Tokwan( depa x berapa sihat-janganlah kami membebankan orang tua..kesian depa) Memandangkan semalam hari yang pertama kelam kabut jugaklah..tapi lega kelas Qiraati kakak settle sebelah siang (2.30-4pm), malam taklah kalut .Sekali fikir macam kesian tapi i've no choice sayang...Kakak kena belajar berdikari..dah 4 persinggahan kakak tinggal semasa ibu bekerja. Semoga kakak belajar rajin2 dan jadi anak yang solehah, begitu juga dengan Yon n Faiz semoga kalian menjadi insan yang berguna. Aminnn.Insyaallah ibu ayah akan cuba meluangkan masa untuk kakak n adik.
Thursday, January 6, 2011
2011
Assalamualaikum...
Hampir 1 minggu 2011 menjengah...minggu ni merupakan minggu yang agak sibuk..menguruskan persekohan puteriku (PASTI), kelas Qiraati, transportation pergi balik.. Seusai subuh bagaikan robot...satu perstu perlu di lunaskan..urusan anak-anak,kejutkan kakak agak mencabar, kerja-kerja rumah kena settlekan (kemas tempat tidur, sidai kain n buat breakfast milo suam untuk puteriku dsb) sebelum pukul 8 semua kena settle, van ambil kakak pukul 8( thanks to mak tok cz tengokkan anakku naik van). Ayah hantar adik rumah pengasuh( Iqbal tak mau duduk dalam car seat nak pegang stereng) if hujan ibu yang hantar.Selesai urusan pagi maka bertebaranlan ibu ayah ke tempat kerja.
6.30 petang kebiasannya ibu dah samapi umah pengasuh ambil adik. ayah biasanya lambat sikit..if OT lagi lambat. Sampai umah kena pastikan kakak dah mandi.cz kul 7.45 mlm nak p Qiraati.bersama sepupunya (Amirul & Faiz). Masalh timbul bila seorang tak mau p semua tak mahu pergi...mmmm... Ayah ibu pun kelam kabut..cz maghrib singkat kelam kabut jugaklah..so 2,3 hari ni dinner nga roti bakar jelah(tupun kul 9.30 mlm keats) cuma malam tadi je makan luar..Bila di bincang2 balik, muzakarah suami isteri..lebih baik hantar hantar kakak transit kat kelas Qiraati selepas kelas PASTI,so bolehhlah dia belajar Qiraati sebelah siang, petang ayah ibu ambil, malam bolehlah dia rehat dan adalah masa bersama kami...time tu bolehlah check kerja sekolah dia..tambahan pulak if duduk umah maktok & Tokwan nanti menyusahkan mereka if depa kena pergi hospital, kesihatan mereka pun tak berapa ok...Yes..hantar transit..BUT...masalahnya kakak tak mau pergi if cousin dia yang 2 orng tak mau transit sama..ish..ish..camne nak buat ni...pening kepala..umah dekat2 ni yang susah..budak2 tahu nak berkawan je...bincang punya bincang ketiga-tiga mereka akan transit kat kelas Qiraati...mmm.. next week start..we'll see....harap2 menjadi..IbuAyah rasa itu yang terbaik untuk kakak dan ibuayah...Hopefully my princess memahaminya.
(faiz, Insyirah & Amirul-geng tak mau berenggang)
Tuesday, December 21, 2010
Monday, December 20, 2010
Kisah Disember
Alhamdulillah...sepanjang bulan Disember ni macam2 peristiwa terjadi...pembukaan December anak teruna ku AHMAD IQBAL ADLI dengan rasminya dah cukup setahun 3/12/10..cepatnya masa berlalu. anak ibu cepat membesar, semakin cerdik dan semakin lasak. Ibu doakan yang terbaik untukmu. Sambutan ulang tahun Iqbal tumpang kenduri kesyukuran Abang iparku..just beli kek(last minute)...kakaknya yang beria...adik tak tahupun...yang potong kek pun kakak...hancur kek di buatnya...Ya Allah rahmatilah anak-anakku.
Bermula 9-19/12/10..suamiku terpaksa attend intensive course kat USM.mula2 risau juga macamnalah nak uruskan anak2..nasib baik kakak tak sekolah, kalau tak kelam kabut. Bila my hubby dapat jadual kelas..fuhh..lega tak pack sangat..so ada hari2 dia blh balik tidur kat umah. Tapi pengalaman menguruskan rumahtangga masa ketiadaan suamiku mencabar jugalah..Iqbal susah tidur malam if tak pukul 12 mata dia bulat je...dah tu malam2 dia akan terjaga 2,3 kali untuk minum susu...tapi itu ok lagi part2 yang susah sikit..dia bangun awal pukul 6 pagi dah bangun, time kita nak bersiap pi kerja..time tulah dia jaga dan merengek nak suruh dukung...ish2...kelam kabut..kadang2 terpaksa hantar umah pengasuh awal pg, then baru balik bersiap..........Masa ni lah terasa betapa aku memerlukan suami ku....he..he...masa time ni jugalah IQbal sakit mata...tapi inilah pengalaman..demi kejayan suami ku aku rela...Tahniah juga untuk suamiku kerana berjaya menghabiskan intensive course ni...(dia cakap kursus ni memberi impak yang besar untuknya...aura study tu..memuncak)Ya Allah...permudahkanlah urusanya...berilah kelapangan, kefasaihan, dan kekuatan ingatan untuk suami menuntut Ilmu..Aminnn
Cerita anak perempuanku...kakak...dia rapat n manja dengan ayahnya...setiap kali nak tidur dia nak telefon ayah dia dan buat ayat2 kesian.." Kakak rindu ayah sangat..kenapa ayah tak balik, kenapa ayah tidur kat sekolah?Kenapa sekolah ayah ada katil sekolah kakak takde?..dan macam2 kenape lagilah..so sebelum tidur mesti kol ayah dia..Sedih jugak mendengarnya....bila ayah dia balik dia seronok sangat dan macam-macam benda dia nak report kat ayah dia.
So, semalam(19/12/10) seperti yang dijanjikan kami bawa anak2 ke USM, ambil barang2 suamiku , Insyirah tak sabar2 nak tengok sekolah ayah dia...semoga suatu hari nanti dia pun akan belajar setinggi yang boleh..tak kisah kat U mana pun....mudah-mudahan dia jadi PROFaS(professional ustazah).
Insyaallah this coming event...my event..interview,,Ya Allah berikanlah yang terbaik untukku.Dan event yang di nantikan...family holiday...tak sabar, nak bercuti dgn keluarga kelantan..so geng2 kelantan akan bertolak ke utara hari khamis nanti...Insyaallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
