Monday, September 26, 2011

Apam Kukus Comel..

Assalamualaikum...

Entry kali pasal makanan.. Kali ni pasal apam comel..dapat resepi dari kawan, so saje nak jadikan aktiviti bersama my princess Insyirah. Dia seronok betul bila cakap nak buat apam ni..sanggup tunggu kul 11 malam. Insyirah punya bahagian jadi tukang pukul telur, susun cup, letak topping " choc rice". Seronok bebenor dia. First round..ayah, adik n kakak jadi tester so licin. Apam ni comel je n rasa dia "not bad"lah...cuma kurang gebu je. Insyirah siap booked nak bawa pi PASTI. Adik lepas satu..satu masuk mulut dia.



Inilah rupa sebelum kukus..harga tray pun x bukak lagi..
Antaranya..apam comel


Ist round..
Balik sekolah esoknya Insyirah cakap..semua kawan kakak suka kek ni..besok kakak nak bawa lagi.Mmmm nasib baik ada lagi, jenuhlah nak kena buat pulak.

Wednesday, July 13, 2011

Bisnes Mood

I'm back....hari ni try buat blog utk bisnes my hubby..tapi tension sungguh internet slow. Masa tgh mood rajin ni..macam2 halangan. Back to business ..actually ni baru permulaan untuk buat bisnes barangdapur secara online terutamanya produk dari negeri yang tercinta...Cik Siti Wan Kembang. Kami cuba nak promosi produk kelate yang memang sentiasa mendapat permintaan dari orang dari luar kelantan. Mudah2an usaha ini berjaya. Setakat ni yang "HOT" serunding daging, beras nasi dagang, keropok, ikan bilis dll.
Untuk suamiku.nak buat.bisnes ni bukan senang..so kuatkan semangat, bulatkan tekad,,yang penting berusaha bersungguh2 dan pastikan niat fisabilillah.Insyallah akan di bukakan pintu rezeki..Ameen.

Friday, April 22, 2011

aeman - jasa ayah ibu

Kampungku...Hartaku

Assalamualaikum...salam petang Jumaat 22/4/11

Tak sabar rasa nak balik kampung minggu depan ni, rindu kat kat kampung halaman semakin membuak-buak..Aura kampung duk melambai-lambai...Insyirah pun cakap dia rindu kat Tok Mi, Tok Bah, Abe Long dan Abe Ngah.

Tapi sebelum balik kampung my hubby kena berjuang dengan exam...kesian tengok dia..susah nak curi masa untuk belajar dalam keadaan sekarang...betullah kata orang belajar bila dah berkahwin dan ada anak-anak kena betul-betul kuat dari segi emosi dan fizikal..menuntut kesabaran. Sebagai isteri aku doakan yang terbaik untuknya. Insyaallah akan terus bagi sokongan moral untuknya...I'll always by your side. Bila study time camni bukan setakat masa je kena pandai uruskan tapi kewangan pun kena stabil.Tahun lepas my hubby terpaksa ambil unpaid leave selama 2 minggu sebab kena attend Intensive Course kat USM, if kerja kerajaan lainlah..itu belum masujk cuti tak berbayar yang lain yang melibatkan pengajian.Mmmm tak apa bukan lama pun .Insyaallah segala masalah boleh di selesaikan. Untuk exam kali ni pun 8 hari kena ambil cuti tahunan cz exam hari weekday.Semoga Allah beri kekuatan dan kelapangan untuk kita sekeluarga.

Mmmm..apa lagi nak di coretkan.." Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang walau tiada wang berjuta, malah beratus pun takde..cukuplah suami, anak-anak, keluarga dan anak-anak menjadi harta bagiku".

Wednesday, March 16, 2011

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Seminggu 2 minggu ni,,agak teruja menacari maklumat tentang pendidikan awal kanak-kanak...macam2 ilmu, fakta dan keajaiban sekiranya pendidikan bemual dari usia muda.Kanak-kanak yang beusia 3-4 tahun blh menyerap 80% apa yang diajar/dilihat oleh mereka...so takdelah lag istilah " Biarlah budak tu main jgn di paksa belajar..muda lagi..nanti boring". Maksud saya pendidikan di usia muda bukanlah kita mengunakkan kekerasan dan paksaan...wujudkan suasana yang FUN dalam pembelajaran.

Banyak blog-blog yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak ni...ini bermakana ramai ibubapa yang prihatin dengan pendidikan awal kanak-kanak. Adik Darwisyah baru je berumur 3tahun tapi dah boleh menghafal Al-Quran 30 juzuk..kalah kita...Tahniah untuk ibu bapa adik Darwisyah.

Anak-anak ibu, Insyaallah kita akan sama2 meneroka ilmu ALLAH yang begitu luas ini...Semoga Allah mempermudahkan urusan kami.

Wednesday, January 19, 2011

Sillibus Tarbiah Anak-anak

Silibus Tarbiah

Penekan-penekanan yang harus diberi dalam pendidikan anak-anak
Untuk melahirkan kanak-kanak yang berjiwa ‘teguh’ terhadap Islam, berkeperibadian seimbang dan bersifat rabbani, maka mereka seharusnya menerima pendidikan menyeluruh dan seimbang. Jesteru itu para pendidik (murabbi) dalam menyediakan bahan-bahan pendidikan mereka hendaklah menyentuh semua aspek yang diperlukan bagi mencapai kesempurnaan hidup sebagai manusia.
Antara silibus pendidikan-pendidikan yang perlu diberi perhatian ialah:
1. Pendidikan Keimanan (Pendidikan Imaniyah)
1.1 Pendidikan Keimanan kepada Allah
1.2 Pendidikan Jiwa dengan akhlak mulia (Sifat Al-Hikmah, Sifat Al-Iffah, Sifat Asy-Saja’ah, Sifat Al-Adalah)
2. Pendidikan Kerohanian (Pendididikan Ruhaniyyah)
3. Pendidikan Aqal (Pendididikan Aqliah)
4. Pendidikan menanamkan kemerdekaan Jiwa (Pendididikan Nafsiah)
5. Pendidikan Kesihatan Jasmani (Pendididikan Jismiah)
6. Pendidikan Pergaulan (Pendididikan Ijtima’iah)
7. Pendidikan Pergaulan Antara Jantina (Pendididikan Jinsiah)
8. Pendidikan Kemahiran.
Tambahan & Perincian
Pembinaan Akhlak
Asas pertama               :           Adab (Sopan-santun)
Asas kedua                  :           Jujur
Asas ketiga                   :           Menjaga rahsia
Asas Keemapat            :           Amanah
Asas Kelima                 :           Lapang dada dan tidak dengki
Pembinaan Perasaan
Asas pertama               :           Kucupan dan kasih sayag kepada anak
Asas kedua                  :            Bermain dan bercanda dengan anak
Asas ketiga                   :           Memberi hadiah dan saguhati kepada anak
Asas Keempat              :           Membelai kepala anak
Asas kelima                  :           Menyambut anak dengan baik
Asas keenam                :           Mengambil tahu keadaan anak dan menanyakannya
Asas ketujuh                 :           Perhatian dan jagaan khusus kepada anak perempuan dan anak yatim
Asas kelapan                :           Seimbang(adil)  dalam memberikan kecintaan kepada anak tanpa berlebihan dan pengabaian.
Pembinaan Keilmuan dan Pemikiran
Asas pertama               :           Menanamkan kecintaan kepada ilmu dan adab-adabnya kepada anak.
Asas kedua                  :           Memberikan tugas menghafaz sebahagian dari ayat-ayat al-Quran dan hadith.
Asas Ketiga                  :           Memilihkan guru dan sekolah yang baik bagi anak
Asas keempat               :           Mengajarkan bahasa arab kepada anak
Asas Kelima                 :           Mengajarkan bahasa asing kepada anak
Asas keenam                :           Membimbing anak sesuai dengan kecenderungan ilmiahnya
Asas Ketujuh                :           Perpustakaan Rumah dan pengaruhnya bagi pembinaan keilmuan anak.
Asas kelapan                :           Kisah para ulama salafus soleh dalam menuntut ilmu kecil

Pembinaan Dorongan Syahwat
Asas pertama               :           Anak harus minta izin bila hendak masuk ke bilik Ibubapa
Asas kedua                  :           Membiasakan anak agar menundukkan pandangan dan memelihara aurat.
Asas ketiga                   :           Memisahkan tempat tidur anak dengan saudaranya.
Asas Keempat              :           Tidur dengan berbaring di sisi kanan dan tidak tidur telungkup
Asas Kelima                 :           menjauhkan anak dari bergaul dengan lawan jenis
Asasa Keenam             :           Anak mulai dewasa harus belajar kewajipan-kewajipan mandi dan sunah-sunahnya.
Asas Ketujuh                :           Menjelaskan bahagian awal surah an-nur kepada anak yang mulai dewasa
Asas Kelapan               :           Pendidikan seks bagi anak yang sudah dewasa dan melarang berbuat kekejian (zina).
Asas Kesembilan          :           Pernikahan awal
Kaedah-kaedah mendidik anak menurut nabi saw
Asas-asas kaedah yang harus dipengangi oleh kedua ibubapa dan para pendidik
1. Keteladan yang baik
2. Waktu yang tepat memberikan bimbingan
3. Bersikap adil dan sama terhadap sesama anak.
4. Memenuhi hak-hak anak
5. Mendoakan anak
6. Membelikan alat permainan untuk anak
7. Membantu anak untuk berbuat baik dan patuh.
8. Menjauhi banyak mencela.
Asas-asas kaedah pemikiran yang berpengaruh terhadap pemikiran anak
  1. Membawakan kisah
  2. Bercakap secara langsung
  3. Bercakap kepada anak sesuai mengikut kemampuan akalnya.
  4. Perbincangan yang dingin
  5. Kaedah pengalaman praktis
  6. Mengajarkan keperibadian nabi untuk diteladani.
ihsan:@anakkusoleh.wordpress

Friday, January 14, 2011

Kenangan bertamu...

Dah lama perasaan merindu zaman kampus ni mengetuk-mengetuk minda...mengimbau suka duka kehidupan sebagai mahasiswi dan menjalankan amal ma.aruf nahi mungkar. Di kampuslah aku mengenal kehidupan, mengenal prjuangan memartababatkan agama...Betapa rindunya aku saat2 itu..dimana usrah dijalankan secara "sir" ( teringat peringakt permulaan dakwah nabi di rumah Abi Arqam). Betapa bersemangat dan cekalnya hati ini dikala ditemani sahabat satu perjuangan ..mehnah dan tribulasi di harungi bersama...aku sedar sumbagan ini sezarah cuma itupun kalau di nilai olehNya..

Menziarahi laman FB sahabat, membuatkan perasaan rindu membuak2...Ya Allah aku rindukan kenangan itu...kenangan kita bertatih belajar "Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam". kenangan di tamrinkan, kenangan mahasiswa berdemontrasi di Kg Kerinchi. kenangan bacaan ayat suci Al_Quran Yaasin di luar kamar perbicaraan sahabat yang dikenakan tindakkan tatatertib universiti, terasa sunyi bila tazkirah di halang di surau-surau..terasa rindu dan payahnya untuk menyampaikan dakwah kepada adik2 yang baru menjejakkan kaki ke U, agar tidak tergelincir di landasan...terimbau betapa "havoc" nye PR kampus berlangsung...Syiar Islam tidak di senangi...Ya Allah kenangan itu silih berganti...terasa bagai jiwa dan tenaga "tercharge" semula bila mengingatkan pahit manis bersama sahabat. Sahabatku..andai aku futur..sedarkan aku...pimpinlah aku....

Aku juga merindui sahbiahku....Naqibah-Naqibahku, teman Se "Q", Se Usrah, Se" Kolej" Se "Jamaah"dan mereka2 yang bersama-sama denganku di bawah wehdatufiqh dan wehdatul Amal..

Ya Allah istiqomahlah kami dalam jalanMu...berilah kekuatan kepada hamabaMu ini...Pertemukanlah kami di syurga nanti...Aminnnn