Tuesday, January 13, 2009

Wajah 1430/2009

Salam ukhwah, slam ziarah dan salam perjuangan.

Masih belum terlambat rasanya untuk mengalu2kan kedatangan tahun baru. Pastinya 1429/ 2008 sudah menjadi sejarah. Mungkin antara kita menyambut kedatangan tahun baru, dengan rasa gembira, tak sabar2 untuk mencapai azam yg baru. Tapi ada yg juga yang menyambutnya dengan perasaan yang sugul kerana masih banyak impian dan harapan belum tercapai. Dan yang paling malang saudara kita di Pelestin menyambutnya dengan tumpahan darah dentuman bom di sdana sini.Bumi Palestin kembali menjadi medan maut..Israel terus menggila tanpa secebis peri kemanusiaan. Palestin bergolak lagi...Ya Allah, hancurkan musuh-musuh Islam, berikan kekuatan kepada pejuang ISlam dan org Islam umumnya...Bantulah anak anak kecil yang tidak berdosa, kasihanilah wanita2 palestin, peliharalah kaum muslimin Palestin..Ya Allah, berikan kekutan kepada mereka yang teraniaya.

Kita di sini masih bersenang lenang, boleh bersuka ria tetapi saudara kita hidup dalam ketakutan, tiada lagi airmata gembira tetapi air mata penderitaan...

Friday, January 2, 2009

1430/2009(Semalam, Hari Ini dan Esok)

Assalamualaikum...salam ukhwah, salam ziarah dan salam peringatan

1429/2008 telah melabuhkan tirainya,menyingsing pula 1430/2009. Begitu cepat masa meninggalkan kita, dan sudah pasti pemergian tidak akan berpaling lagi. Segala suka duka setahun yang lalu akan menjadi sejarah yang hanya mampu di kenang, hari ini yang kita lalui adalah lebih utama, kecapilah nikmat yang dikurniakanNya sebaik mungkin, jadikan hari ini lebih baik dari semalam, agar kita meninggalkan lipatan sejarah yang manis untuk di kenang dan mengubah kelemahan semalam. Seandainya masih ada lagi azam yang lalu masih belum tercapai, usahakan hari ini untuk melaksanakannya. Gunakan segala nikmat yang kita ada hari ini, bermula dari pagi tadi hingga ke saat ini untuk melakukan kebaikkan, jangan sesekali kita memandang enteng kehidupan kita di saat ini, kerana kita tidak tahu petang nanti kita masih mampu untuk menghirup udara yang segar atau sebaliknya. Dan jangan di nanti kedatangan hari ESOK, kerana belum tentu ia menjadi milik kita.Kehidupan kita hanya ada 3 peringkat masa. semalam yang telah kita tinggalkan, hari ini yang kita sedang lalui, dan esok yang belum pasti.Dan yang paling penting masa yang sedang kita nikmati kerana ia akan menentukan masa yang kita tinggalkan bermanfaat atau tidak dan ia juga menjadi kayu pengukur untuk kita melakukan yang lebih baik sekiranya esok menjadi milik kita.Pentingnya masa hingga tercatat di dalam AlQuran dalam surah Al Ashr...baca, hayati dan cuba laksanakan semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU, AZAM BARU, AZAM LALU KITA TERUSKN DAN LAKSANAKAN..SEMOGA KITA MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK DARI SEMALAM. AMIN YA RABBAL ALAMIN..

Wednesday, December 31, 2008

Hakikat Cinta

TAZKIRAH MUSLIMAH

2 Penyebab perempuan banyak menghuni neraka

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di
suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk
bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus
untuk
kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun
Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil
Rasulullah
SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah
seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW
menjawab, "Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di
bawah:
Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,
akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus
agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.
Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas.
Masa ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti
tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang
suami yang
kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan
suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya,
tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia
kehendaki,
maka dia akan berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan
awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan
dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen
pun']
Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak
ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia
dapat
menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke
dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:
a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah
SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda
sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.
b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar,
akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan
bererti
berdukacita"
c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya
dalam
bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina
Khadijah ra,
isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati
baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.
Kadangkala
hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari
Rasulullah
SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu
syair
Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."
Maka
setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-
sifat
buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

Tuesday, August 26, 2008

SALAM UKHWAH

Assalamualaikum,
Salam ukhwahfillah untuk semua muslimah, di harap di medan maya ini kita boleh berkongsi pandangan dan buah fikiran dalam memperkasakan entiti muslimah itu sendiri. Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapakan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...Kedatanganmu sentiasa di rindui. Kehadiranmu membawa rahmat dan mahabbah. smoga kehadiran mu membuka jalan utuk semua muslimah menuju jalan firdausi.