Friday, January 14, 2011

Kenangan bertamu...

Dah lama perasaan merindu zaman kampus ni mengetuk-mengetuk minda...mengimbau suka duka kehidupan sebagai mahasiswi dan menjalankan amal ma.aruf nahi mungkar. Di kampuslah aku mengenal kehidupan, mengenal prjuangan memartababatkan agama...Betapa rindunya aku saat2 itu..dimana usrah dijalankan secara "sir" ( teringat peringakt permulaan dakwah nabi di rumah Abi Arqam). Betapa bersemangat dan cekalnya hati ini dikala ditemani sahabat satu perjuangan ..mehnah dan tribulasi di harungi bersama...aku sedar sumbagan ini sezarah cuma itupun kalau di nilai olehNya..

Menziarahi laman FB sahabat, membuatkan perasaan rindu membuak2...Ya Allah aku rindukan kenangan itu...kenangan kita bertatih belajar "Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam". kenangan di tamrinkan, kenangan mahasiswa berdemontrasi di Kg Kerinchi. kenangan bacaan ayat suci Al_Quran Yaasin di luar kamar perbicaraan sahabat yang dikenakan tindakkan tatatertib universiti, terasa sunyi bila tazkirah di halang di surau-surau..terasa rindu dan payahnya untuk menyampaikan dakwah kepada adik2 yang baru menjejakkan kaki ke U, agar tidak tergelincir di landasan...terimbau betapa "havoc" nye PR kampus berlangsung...Syiar Islam tidak di senangi...Ya Allah kenangan itu silih berganti...terasa bagai jiwa dan tenaga "tercharge" semula bila mengingatkan pahit manis bersama sahabat. Sahabatku..andai aku futur..sedarkan aku...pimpinlah aku....

Aku juga merindui sahbiahku....Naqibah-Naqibahku, teman Se "Q", Se Usrah, Se" Kolej" Se "Jamaah"dan mereka2 yang bersama-sama denganku di bawah wehdatufiqh dan wehdatul Amal..

Ya Allah istiqomahlah kami dalam jalanMu...berilah kekuatan kepada hamabaMu ini...Pertemukanlah kami di syurga nanti...Aminnnn

1 comment:

abihazim-umihusna said...

samalah..
tp tinggalkanlah kenangan silam itu. mari kita cipta sejarah baru dlm hidup kita. sesungguhnya tidak akan kembali masa yang telah berlalu.

Jadikan kenangan sbg panduan membina kehidupan yang lebih baik pd ms yg akan dtg