" Apabila Allah menguji orang ISlam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek"
Dua malam lepas,semasa nak tidur, puteri sulungku memberitahu Cikgunya accident, patah kaki..beria2 dia bercerita..kesian Cikgu Izzati...tak dapat pergi tengok Kapal terbang(kebetulan semalam 20/7) adalah lawatan PASTI Padang Benggali ke TUDM, Butterworth.Mmmmm..betul ke kak? tanya ku lagi...betul ibu...nanti kita doa bagi cikgu dapat pergi sekolah..Ya Allah tulusnya hati anak kecil ini...lepas tu dia ambil kain telekung sembahyang...(rakaat ikut suka)lepas tu dia tadah tgn nak berdoa...Ibu..nak doa macammana? So..aku pun bacalah doa(in Malay)..Insyirah mengikut patah demi patah..Ya Allah kau sembuhkanlah Cikgu Izzati,semoga dia dapat mengajar kami lagia...bla..bla...Ya Allah...anakku mempunyai empati yang tinggi..dan dia mengetahui kepadaMUlah tempat meminta...Ya Allah kau lorongkanlah hatinya untuk sentiasa dekjat denganMU.
Bagi mengesahkan lagi berita ni aku call Cikgu Izzati, tapi tak terjawab, then aku call Cikgu Mai...memang benar cerita yg di sampaikan oleh puteriku. Then aku cakap..nanti kita pergi ziarah Cikgu kat hospital.
So petang semalam 21/7, lps kerja kami bergegas ke hospital Seberang Jaya, Wad 8...ramai juga kenalan yg datang..Cikgu Izzati masih mampu menguntum senyuman...walaupun sendi paha lari, hidung retak, lbh 10 jahitan di dahi...dan yang paling mengejutkan dia bukan berseorangan semasa kejadian..di kisahkan dia bersama 2 org sepupu masing 8 tahun dan 5 tahun dalam perjalanan pulang kerumah, menaikki Avanza...dia melanggar pokok besar ketika cuba mengelak dari " sesuatu" yang tiba2 melintas di hadapannya...sepupu yg 5thn (harith)kebetulan tertidur cedera dalaman, Dr, terpaksa membuang sebelah buah pinggangnya dan limpa.., tulang rahangnya(bawah) patah Ya Allah, terkesima aku mendengarnya. Beratnya ujian yang perlu di terima oleh keluargga adik Harith. berikanlah ketabahan kepada hambaMu yang di uji. Di riak Cikgu Izzati..ada sedih dan kesal, mungkin dia berasa bersalah..Sesungguhnya tiada siapa yang menginginkan musibah menimpa kita atau org yg kita sayang...Inilah adalah ketentuannya...untuk menguji keimanan kita. Aku hanya mampu membisikkan kalimah sabar dan yakinlah Allah maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui...pasti ada hikmah di sebalik musibah.Di kesempatan itu juga kami pergi menjenguk adik Harith di wad bersebelahan (wad 7) yang kebetulanya baru keluar dr ICU, tapi masih di letakkan di dalam zon kritikal. Sempatlah memberi kata semnagat kepada kedua ibu bapanya. Ya Allah....berat mata memandang berat lagi bahu memikul...
“Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cubaan sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka dtimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya; “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah:214)
Nanti akan di upload gambar cikgu Izzati di hospital..
No comments:
Post a Comment