Aku mencintai suami ku...tapi aku perlu mencintai Allah lebih darinya, mana mungkin cintaNya boleh berkongsi satu hati
Aku menyayangi anak-anakku..tapi kasih sayang aku kepadaNya lebih utama, kerna dia yang mengalirkan ar-rahman daN Ar-rahimnya kepadaku.
Aku menghormati ummi dan abahku ..tapi dia lebih layak mendapat penghormatan kerana dia yang menciptaku.
Aku rindu pada adik-beradikku...tapi Dia juga merindui Doa dariku..mananti aku menadah tangan kepadaNya.
Aku menghargai persahabatan dgn sahabatku tapi Dia yang lebih layak menerima perhargaan,,kerana mempertemukan aku dengan mereka.
Aku menginginkan kemewahan dunia tapi aku perlu terlebih dahulu mengumpul harta(amal ibadat) sebagai bekalan di akhirat nanti.
Dan aku...hanya hambaMu yang hina...apa yang aku miliki hanya pinjaman sementara..semuanya milikMu.
No comments:
Post a Comment