Monday, May 17, 2010

BERTEMU TIDAK JEMU BERPISAH TIDAK GELISAH

Assalamualaikum..

Terima kasih kepada yang sudi melawat blog ni..semoga kita sama2 dapat "share knowledge".
Alhamdulillah..entri kali ini saya ingin menyentuh tentang "Baitul Muslim"..rumahtangga Islam. Kebetulanya semalan 16 Mei 2010,(SELAMAT HARI GURU) saya telah di jemput menjadi salah seorang ahli panel khusus untuk membincangkan isu Baitul Muslim kepada mahasiswa tahun akhir di Pulau Pinang. Walaupun kalau nak di ukur dari keilmuan memang tak layak tapi bila di minta oleh sahabat untuk kongsi pengalaman saya tidak keberatan..apatah lagi matlamatnya cukup murni untuk memastikan kelangsungan gerak kerja ISLAM dan melahirkan pewaris perjuangan Rasululullah.Bagi saya Baitul Muslim adalah marhalah yang penting terutamanya bagi mereka yang hidup di dalam perjuangan dalam pembentukan Negara Islam. Bermula dari individu muslim, membentuk keluarga muslim, mewujudkan masyarakat yang menjadikan Islam sebagai Way of Life dan seterusnya mendirikan Daulah Islamiah.

Bagi mereka yang berada di jalan dakwah amat penting kita mempunyai pasangan yang mengerti, faham dan kuat semangat serta sentiasa memberi dorongan kepada kita dalam melaksankan tugas-tugas tersebut. Pasangan kita merupakan pencetus tenaga kuasa yang utama "energy booster" , sekiranya pasangan kita tidak sefikrah malah memahami perjuangan kita, maka pincanglah perjalanan kita dan mungkin juga amanah yang kita pikul terkubur begitu sahaja, sedangkan semasa di kampus kita bersemangat dan menjadi "hard core"dalam melaksanakan amal ma'aruf nahi mungkar.Agama Islam, agama yang cukup indah..fitrah manusia untuk menyayangi dan di sayangi dan mempunyai pasangan., bukan hanya untuk memenuhi tuntutan biologi tetapi agar kita lebih tenang dan berkasih sayang.
" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah mencipta kasih sayang antara kamu(suami isteri)"..Surah Ar-Rum :21
Bagi kita yang berada dalam gerakkan Islam kita amat disarankan untuk memilih pasangan yang boleh bergandingan dengan kita dalam waktu susah atas senang. Kita perlu memilih mereka yang mempunyai aliran fikrah yang sama untuk mengelakkan berlakunya gejala keciciran,konflik rumahtangga dan sebagainya.Amat malang bagi kita sekiranya pasangan kita bukan sahaja tidak menyokong malah menghalang kita dari terlibat dalam gerakkan jemaah. Sebagai contoh suami yang tidak memahami mungkin akan menghalang isterinya dari menghadiri usrah,bacaan Yaasin, dan program2 yang lain, dan bagi isteri pula amat sukar baginya untuk memahami kesibukkan suami yang selalu menghadiri mesyuarat,halaqoh dan program2 dakwah yang lain.Masa bersama anak isteri di hujung minggu juga terpaksa di habiskan dgn program pembangunan ummah.Bila keadaan ini berlaku ia akan menimbulkan krisis dan impaknyaa  berlaku  budaya "  escapism" dari program jemaah, atau terus ghaib(Nauzubillah) dan tak mustahil akan berakhir dengan penceraian.Kita tidak mahu berlakunya keruntuhan rumahtangga di sebabkan fikrah yang berlainan, pergaduhan apabila tibanya musim PR umum.

Cabaran kita akan bertambah hebat bila kita berkeluarga dan mempunyai anak. " Give and take" dan kebijaksanaan diperlukan dalam menguruskan soal rumahtangga, kerjaya dan gerak kerja jemaah.Akan terjadinya sindrom Muslimat mengambil keputusan untuk berhenti aktuf dalam gerak kerja jemaah untuk memberi lebih masa kepada anak-anak.Apatah lagi kekangan kerjaya yang kadang-kadang boleh menyesakkan nafas bila kita terpaksa menghadiri kursus menghasilkan kertas kerja dan pada masa yang sama terlibat dalam aktiviti jemaah.Alangkah bagusnya kalau kita dan pasangan kita mampu brgiat aktif dalam kerja daie pada masa yang sama hal-ehwal rumahtangga dan kerjaya tidak di kesampingkan. Amat sukar kan?

Bagi pendapat peribadi saya pasangan perlu merancang dan bertolak ansur, sekiranya suami/ister kita aktif dalam jemaah, isteri/suami  perlu memberi lebih fokus kepada keluarga. Bukan bermaksud kita diam tapi cukuplah kita terlibat dalam usrah dan menghadiri majlis-majlis yang di adakan(bukan penganjur) dan kita memberi 100% sokongan kepada pasangan kita untuk aktif bergerak dalam amal islami.Sebagai Isteri kita perlu banyak berkorban dan jangan merantai kaki suami kita untuk membawa panji-panji Islam. Sebagai suami, tugas isteri bukan saja mendidik anak-anak dan menguruskan hal ehwal rumahtangga tetapi berilah peluang dia menjejaki perjuangan Siti Khadijah, Asma Abu Bakar, Siti Fatimah dan serikandi-serikandi Islam yang lain.

SESEBUAH PERKAHWINAN ITU BIARLAH BERLAKU DI ATAS PAKSI AGAMA. PERKAHWINAN DI ATAS JALAN DA'WAH INSYAALLAH "BERTEMU TIDAK JEMU, BERPISAH TIDAK GELISAH"

No comments: