Salam...
Pada entri kali ni aku rasa tiba masanya untuk berkongsi pengalaman bersalin anak yag ke2.Ambil masa sikit cz masih nlagi trauma bila mengingatkan kesakitan dan kesusahan yang di alami..aku di sah nkan pregnant masa March 2009, so awal bulan 4 p daftar kat kilinik desa berhampiran dgn rumah. Maka bermulalah rutin pemeriksaan utk wanita mengandung, cuma rutin saya bertambah sedikkit cz ada history kencing manis n darah tinggi semasa mengandung anak yang pertama. If org lain jumpa dr sebulan sekali, saya 2 kali sebulan tak termasuk check-up kat Klinik Desa, if kena jumpa dr kena p Bagan.Waktu pregnant tu cuti tahunan habis macamtu je..,time-off tak kiralah, segan jugak dgn boss, tapi nasib baik dia memahami. kadang2 jumpa dr tak sampai 5 minit tapi procedure tambah waktu menunggu 2,3 jam baru selesai. Inilah nasib kalau pergi hospital gomen..tapi taklih salahkan depa gak cz ramai sangat patient. Nak p swasta kenalah siap duit RM60-70 sekali p, tu pun yg biasa-biasa je. Sebelum pregnant memang bercadang nk bersalin kat hospital swasta..reason : Nak jaga AURAT, kita muslimah teramatlah segan dan malu bila dr lelaki yang buat check-up, rasa maruah kita rendah sangat cz selama ni bukan main kita jaga tapi bila pregnant n nk berslin terpaksa dedahkan aurat kat lelaki yg asing bagi kita. setiap kali kena buat check-up tak putus2 hati berdoa agar gynae perempuan yg bertugas. Kadang2 dr lelaki lelaki yang bertugas,,masa check tu tak tahu nk letak muka kat mana..malu rasa terhina n so on.Tapi kerap kali aku cuba pujuk hati dr tu hanya menjalankan tugas..tak mampu nk p swasta so kena terima sajalah. Lps check kadang2 keluar juga air mata..rasa sedih sangat sebab malu. Masa tu merengeklah kat husband nk p bersalin kat hospital swasta..survey punya survey, if bersalin normal pun plg kurang RM1500, tapi bagi saya yg dah ada history bersalin operate ni kemungkinan besar yg ke 2 kena operate jugak so siapalah dalam RM 3500-4000. Mana nk cari duit,,if normal Insyaallah masiih mampu..but..kalau operate mmg tak mampu. Sepanjang tempoh kehamilan macm2 procedurelah kena lalui..tekanan darah turun naik, HB tak menentu. air kencing kotor, berat tak naik dan macam2. Aku juga terpaksa di masukkan ke Wad bila bacaan tekanan darahku 140/90, 3hr 2 malm jugalah aku berkampung kat spital. Kadang2 rasa fed-up but cepat2 beristighfar...bukan senang nak dapat anak.Tambah2 bila kita kena p hsptl sendiri2, bukan hubby tak nak teman tapi kerja dia kdg2 tak dapat dielakkan, kdg2 dia teman jugaklah p hsptl masa akhir2 kehamilan. Masa sebulan sebelum bersalin pun tak dapat buat keputusan nk bersalin kat mana..tahun tu juga raya haji tak blk kg n kenduri adik tak dapat balik cz due 2/12/09. Akhir sekali 2 minggu sebelum tarikh due terpaksa pasrah bersalin kt gomen cz dr kata 80% mayb blh normal but dia srh standby utk operate. So hingga hjg November still tak ada tanda 2 nk bersalin.
Pada 1/12/09 aku pergi ke hospital seperti yang di advisekan oleh Dr. cz aku tak boleh delay...risiko tinggi. Bermula daftar kat hospital tu aku di arahkan utk masuk ke dewan bersalin..tercengang2 jugaklah..nk buat apa kat situ, aku bukan nk bersalin lg pun. Rupa2 nya Dr, nak check bukaan rahim,,sekali lagi jantug aku berdegup kencang..dr lelaki atau perempuan..alhamdulillah dr perempuan. Dua org dr jugalah yg check cz masih tiada bukaan..thight lg..sakit tuhan saja yang tahu. Selepas 2jam gaklah aku di arahkan utk masuk wad, esok aku akan di induce, Dr suruh aku n hubby sign apa2 doc yg patut. Selepas uruskan aku kt wad hubby balik, masa tu rasa sedih sangat yelah kalau blh waktu2 mcm tu kita nk hsbnd dekat dgn kita. Masa ni teringatlah kat anak yg 1st Insyirah, kesian dia kena tido nga ayah..tapi 1 minggu sblm masuk wad aku dh train dia tido nga ayah.
2/12/09..pagi2 lg nurse dh datang suruh tunggu kat depan utuk check bukaan rahim..sekali lagi jantung berdegup tak menentu..sape pulak kali ni..alhamdulillah gynae perempuan tapi aku rasa malu cz ada 2,3 org dr pelatih lelaki duk memandang..Ya Allah..malunya aku sampai menitis air mata..rasa sakit tu dh hilang berganti dgn perasaan malu. Dr masukkan ubat utk cepatkan bukaan rahim memandangkan tiada bukaan.Nurse2 pelatih memandang aku, air mata tak dpt ku bedung jatuh jua akhirnya..Ya Allah kepadaMu aku berserah, adik2 nurse cuba menenangkan aku..Lps tu aku di arahkan rehat di katil selama 2 jam utk make sure ubat tu masuk n function. sepanjang hr tu 2,3kali nurse pggil utk buat CTG n sebagainya.Hubby dtg waktu rehat, petang bw Insyirah...Ya Allah permudahkan urusan..semasa dlm wad aku sempat juga membaca Al-Quran dan doa2 yg berkaitan.
3/12/09..procedure biasa pkl7,,check bukaan rahim..kali ni aku tak terselamat gynae lelaki yg bertugas,,nafasku dh tak menentu..airmata mula bergenang..ikutkan aku tak redha tapi aku tiada pilihan lagipun sebelum aku bersetuju nk bersalin kat gomen aku dh berazam untuk tidak membebankan suami ku dgn masalah kewangan, aku tak mau mengusutkan fikiranya dan mendesaknya. Aku pujuk hati sendiri...Kali ini kesakitan bertambah..tapi perasaan malu mengatasinya..bukaan rahim baru 3cm so sekali lg ubat di masukkan.Pada pkl 10.30pg sekali lg dr pakar datang n check bukaan rahim, tiada perubahan (kali ni pun dr lelaki)so dr .bgtau aku kena masuk dewan bersalin utk pecahkan air ketuban, depa bg sampai ptg if lps air ketuban pecah bukaan rahim masih tak sampai 9-10cm aku kena operate.So aku terus telofon hubby aku, tapi tak dpt, telefon MIL, alhamdulillah..dapat. Lps tu aku di sorong ke dewan bersalin. Seram sejuk juga bila berada di dalam dewan, terdengar suara ibu meneran, menangis dengar suara baby menangis..dan etc.Kami hanya di pisahkan oleh kain tabir je..mayb bilik msemua penuh. Hatiku berdegup tidak menentu...procedure memecahkan air ketuban amat menyakitkan..Ya Allah,,masih terasa kesakitanya..bermula saat tu 2jam sekali dr datang check bukaan rahim..waktu aku rasa sangat maruah ku di londeh..dr lelaki perempuan silih berganti, kdg2 dlm satu masa du dr yg check bukaan rahim. Salur kencing telah di pasang, contraction mula terasa, setiap mkali berlaku contraction dahi aku berpeluh menahan kesakitan walau berair-cond. Hatiku tak putus membaca doa mudah bersalin dan ayat2 suci Al_quran yg lain..aku berdoa agar aku dapat bersalin normal dan di permudahkan segala urusan. Aku masih ingat lg semasa di dewan bersalin seorang senior nurse menyuruh aku membuka tudung, tapi aku enggan cz dr lelaki keluar masuk ,takpelah panas pun aku ncuba bertahan.Waktu ni terasa sangat aku memerlukan suamiku..apakan daya..dia hanya blh menunggu di luar dewan.
Pkl 4.30 petang, sekali lg Dr buat check-up, rahim ku masih 3cm, so keputusan terpaksa di buat aku terpaksa operate cz bimbang risiko yg akan berlaku, mayb parut yang lama blh pecah n baby blh lemas...aku menjerit kesedihan di dlam hati..aku bertarung kesakitan dr pagi utk bersalin normal tapi akhinya terpaksa buat pembedahan..terbayang kesakitan pembedahan anak yang pertama dahulu. aku terpaksa akur dan redha, suami ku di maklumkan tentang risiko dan prosedur berkaitan. Hampir pukul 6 petang aku di sorong ke bilik pembedahan..bermacam-macam perasaan berbaur di hatiku,,tapi ada sedikit jalur gembira cz proses kelahiran ini menuju ke penghujungnya. Aku di beri spinal bius..separuh badan je bius..pkl 6.29 aku selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.85, Dr terpaksa struggle sikit nk keluarkan baby cz kedudukan dia yg merumitkan. selepas baby di bersihkan terdengarlah suara tangisan anak teruna aku..dr terus menjahit pembedahanku. selepas tu nurse bw baby ke dadaku utk di susukan. Pkl 7 ptg aku di masukkan ke wad. Pkl 10 mlm aku di kejutkan utk menyusukan anak. Waktu itu kesakitan di tempat operate terasa tetapi yang paling ,menyakitkan leher dan belakang aku terasa kejang..sakit hanya Allah yang tahu. Aku mengadu kepada Nurse tapi dia cakap itu perkara biasa. aku pendamkan saja kesakitan kerana risau di katakan manja. Aku meminta suami membawa lotion halia utk di sapu dbhgn leher dan belakang. Ummi,abah Insyirah n MIl dtg sebelah petang 4/12/09. Ummiku mengosok belakangku utk menghilangkan kesakitan.Selepas waktu melawat habis..aku terasa perit cz tiada siapa yang nak membantu aku bangun dan mengambil bayi yg diletakkan bersebelahan dgnku..aku kuatkan semangat.Pagitu aku telah di minta utk mengelap sendiri badanku, dalam kesakitan aku buat juga sambil airmataku menitis, bukan sebab aku manja tapi kesakitan yg amat sangat di bahagian leher dan belakang.
Inilah yang terpaksa diterima if bersalin di hospital kerajaan, kita kena berdikari, kadang2 ada nurse pelatih yang membantu bila aku perlu ke bilik air. Sakit..tetapi terpaksa jugak gagahkan hati..Ada sekali tu pesakit di katil sebelah tolong aku angkat baby yg menangis kelaparan, dia letakkan didadaku..Terima kasih sangat..aku tak sempat tau nama dia tapi perempuan India..dia bersalin normal so taklah seperit aku.Sehari sebelum keluar wad aku di pindahkan kebilik..aku gagah juga berjalan walau dalam keadaan terbongkok2 kesakitan..kali ni katil aku tinggi pulakj, menyukarkan aku turunnaik..dalam bilik tu ada dua org je, seorg yg br bersalin normal ank pertama..kesianjuga aku tgk dia.Kesakitan leher dan belakang semakin menjadi2 sehingga menyukarkan aku untuk menyusu dan tido. Aku inform kat Dr dia just bg ubat tahan sakit..alhamdulillah lega bila di benarkan blk.
5/12/09, pukul 3 ptg aku sampai kat umah, hubby yg dtg jemput dan uruskan pembayaran bil. Ummi n abah masih ada di rumah, diaorang dtg dr kelate masa hr aku di masukkan ke dewan bersalin lg. Kesakitan leher n belakang aku semakin menjadi2 menyebabkan aku terpaksa tido dlm keadaan duduk. Setiap kali keaskitan itu datang aku menangis..tak tahan sangat sampai suami aku tak tau nk buat apa..kdg2 masa time sakit tulah baby menangis nk susu, so dalam air mata berjuraian tu aku susukan anak aku. Minyak angin,kokyu di letak di belakang ku utk mengurangkan sakit but still tak berkesan, sehingga bila mengunyah makanan pun kesakitan tu datang..Ya Allah, kenapa jadi macm ni..? 1st operation dulu tak sesakit macam ni..3,4 hari jugalah menahan kesakitan dan tido duduk barulah keskitan tu hilang..ada yg kata punca ubat bius, ada yang kata sebelum tu aku mmmg dah ada masalh belakang so benda tu memburukkan keadaan. Apa2 pun aku rasa lega sangat bila kesakitan itu hilang. Syukur alhamdulillah Just kena jaga tempat luka je, kena cuci 2x sehari. Selepas seminggu dan majlis cukur jambul aku blk kelantan.Aku ingatkan dh habis dah kesakitan..after 2 weeks luka ditempat operate basah n bernanah..aku risau sangat, terus aku minta abah bawa pergi klinik..ada 5 tempat yg kena infection. So dr bg antibiotik n ubat cuci lg.aku kol hubby aku..Ya Allah dugaan lagi..bila time nak cuci tu kdg2 bermasalah cz baby selalu meragam n menngis, kdg2 sekali je cuci, family aku bz nga bisnes baru so aku sorang2lah, nasib baik sepupu n mak sedara aku datang menjeguk. selalunya sepupu akulah yg tolong cuci.selepas 3,4 hr luka tu masih tak kering hubby aku ajk balik penang..apa2 hal dia uruskan. So..tak habis pantang lagi tak silap aku hr ke 34 aku balik Penang. Keesokkan harinya aku terus ke Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan. sekali lagi aku di beri antibiotik n ubat cuci dan dr minta aku kerapkan cuci.Alhamdulillah 3hr lepas tu luka dah kering..lega sangat2 just continue makan ubat, pil haruan, jelly gamat n sebaginya..Thanks a lots utk suamiku yang sudi manjaga dan mencuci luka walau kepenatan bekerja dan melayan karenah Insyirah dan berjaga malam cz baby baru ni susah tido malam. Terima kasih juga buat Mak (MIL) cz sudi men yediakan makanan org pantang , dan memandikkan anakku..dan bila baby menangis malam mak akan datang untuk menenangkannya. Terima kasih juga utk kakak Nur Iman Insyirah memahami ibu sibuk melayan adik barunya..dia selalu cakap dia rindukan ibu. Alhamdulillah baby boy ni Suami n Insyirah namakan Ahmad Iqbal Adli bin Mohamad najib. Semoga dia menjadi "Future Ulama"..Insyaallah.
So kepada tetamu blog ni renung2kanlah pengalaman yg aku lalui..kepada suami jadilah pembela maruah isteri walau apa keadaan sekalipun. Didiklah anak perempuan supaya menjadi DR pakar sakit puan. Kepada Isteri..jangan terlampau menekan dan memaksa suami menyediakan yang terbaik utk kita..kekangan ekonomi dan masa kadang2 menjadi halangan.
IF TANYA AKU UNTUK BERSALIN KALI KE 3 BUAT MASA NI..SUNGGUH AKU TRAUMA..AKAN DATANG WALLAHUAALAM..TAPI MASIH ADA DI LUAR SANA YANG LEBIH PERIT PENGALAMANNYA..KESAKITAN SEWAKTU BERSALIN MENCUCI DOSA..KESABARAN DAN KETABAHAN AMAT DI PERLUKAN. BERSYUKUR KITA DI KURNIAKAN ZURIAT BERBANDING ORG YANG TIDAK MAMPU MELAHIRKAN ZURIATNYA SENDIRI.
No comments:
Post a Comment