Setiap dari kita yang bergelar insan mempunyai perasaan untuk di sayangi dan menyayangi, tambahan lagi kita sebagai muslimah, memang suka di kasihi, sebagai isteri kita suka dicintai oleh suami, sebagai ibu kita mengharapkan kasih sayang anak kita seumpama kasih sayang yang kita curahkan dari dalam kandungan hingga selamanya. Sebenarnya dalam kehidupan ini kita amat memerlukan sakinah, mawaddah dan Rahmah,ketiga- tiga elemen ini yang mampu memberikan kebahagian kepada kita di dalam rumah tangga, persahabtan atau di dalam kehidupan harian.
Sakinah bermaksud ketenangan yang di dambakan oleh setiap insan, Mawaddah adalah perasaan kasih sayang dan rahmah ialah belas ihsan.
Di dalam setiap perhubungan yang terjalin kita perlu mencerna ketiga-tiga elemen tadi, Sakinah, Mawaddah dan Rahmah. Sebagai contoh dalam perhubungan suami isteri, keindahan berumah tangga tidak akan di rasai seandainya salah satu dari elemen tadi hilang. Firman Allah "Dan di antara tanda-tanda kekuasaaNya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu lebih cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan di jadikan di antara kamu kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" Surah Ar-Ruum Ayat 21. Bila bertautnya dua hati, terlafazlah ijab qabul maka tercetuslah ketenangan diri yang seharusnya lebih mendekatkan diri kepadaNya.Sesebuah perkahwinan itu menuntut pengorbanan, dan di sebabkan itulah mawaddah dan rahmah perlu hadir bersama kerana di alam perkahwinan kita harus menerima kelemahan dan kekurangan pasangan masing2. Kasih sayang suami isteri akan menerbitkan perasaan belas ihsan kepada pasangan masing, kita ibarat pelengkap kepada kekurangan pasangan kita dan terimalah ia seadanya.Semoga perhubungan antara suami isteri di bangunkan bukan hanya berlandaskan cinta semata-mata tetapi atas kekuatan mencari redha Allah. Seandainya sebelum akad nikah termakbul, kita sebagai muslimin dan muslimah bermujahdah menjaga batas perhubungan, menjadikan unit UBM sebgai perantara dan memohon petunjuk dari Allah dalam solat Istikharah maka selepas lafaznya ijab dan qabul kita ikutlah jalan yang di tunjukkan oleh Allah, kita jaga adab-adab kita sebagi sumai isteri Insyallah akan datangnya sakinah , Mawaddah dan Rahmah dalam rumahtangga kita.

2 comments:
ustazah, izinkan saya menguntum bicara. Sebelum berkahwin, cara bagaimanakah paling molek untuk menyusun langkah membutir janji tentang perkahwinan yang akan di layari kelak?
Rata-rata dikalangan sahabat saya berkata. Janji hanya tinggal janji.
Bagaimana untuk mengotakan janji itu?
Maaflah ana bukan ustazah yg faqih tentang ilmu berumahtangga ni, tapi ini mungkin pandangan peribadi. Sepatutnya kita elakkan dari berjanji tetapi berusaha untuk mencapai cita-cita tersebut, Cth, Si suami berjanji untuk membina mahligai terindah untuk si isteri, sepatuntnya sumai berkata"abang akan berusaha menyediakan mahligai yang selesa untuk kita sekeluarga".Jangan sampai janji memakan diri. Seeloknya elakka menanam tebu di tepi bibir, unless kita pasti kita mampu merealisakinanya. Selepas ijab Qabul tu refresh balik if ada janji yang terlafaz, untuk perjalanan rumah tangga seterusnya berusahah bersama2 untuk mencapainya. Yang penting kita merancang dan berusaha untuk merealisasikanya. Andai kata perancangan kita tidak menjadi, anggaplah perancangan Allah itu yang terbaik.
Post a Comment