Friday, April 22, 2011

aeman - jasa ayah ibu

Kampungku...Hartaku

Assalamualaikum...salam petang Jumaat 22/4/11

Tak sabar rasa nak balik kampung minggu depan ni, rindu kat kat kampung halaman semakin membuak-buak..Aura kampung duk melambai-lambai...Insyirah pun cakap dia rindu kat Tok Mi, Tok Bah, Abe Long dan Abe Ngah.

Tapi sebelum balik kampung my hubby kena berjuang dengan exam...kesian tengok dia..susah nak curi masa untuk belajar dalam keadaan sekarang...betullah kata orang belajar bila dah berkahwin dan ada anak-anak kena betul-betul kuat dari segi emosi dan fizikal..menuntut kesabaran. Sebagai isteri aku doakan yang terbaik untuknya. Insyaallah akan terus bagi sokongan moral untuknya...I'll always by your side. Bila study time camni bukan setakat masa je kena pandai uruskan tapi kewangan pun kena stabil.Tahun lepas my hubby terpaksa ambil unpaid leave selama 2 minggu sebab kena attend Intensive Course kat USM, if kerja kerajaan lainlah..itu belum masujk cuti tak berbayar yang lain yang melibatkan pengajian.Mmmm tak apa bukan lama pun .Insyaallah segala masalah boleh di selesaikan. Untuk exam kali ni pun 8 hari kena ambil cuti tahunan cz exam hari weekday.Semoga Allah beri kekuatan dan kelapangan untuk kita sekeluarga.

Mmmm..apa lagi nak di coretkan.." Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang walau tiada wang berjuta, malah beratus pun takde..cukuplah suami, anak-anak, keluarga dan anak-anak menjadi harta bagiku".