Wednesday, January 19, 2011

Sillibus Tarbiah Anak-anak

Silibus Tarbiah

Penekan-penekanan yang harus diberi dalam pendidikan anak-anak
Untuk melahirkan kanak-kanak yang berjiwa ‘teguh’ terhadap Islam, berkeperibadian seimbang dan bersifat rabbani, maka mereka seharusnya menerima pendidikan menyeluruh dan seimbang. Jesteru itu para pendidik (murabbi) dalam menyediakan bahan-bahan pendidikan mereka hendaklah menyentuh semua aspek yang diperlukan bagi mencapai kesempurnaan hidup sebagai manusia.
Antara silibus pendidikan-pendidikan yang perlu diberi perhatian ialah:
1. Pendidikan Keimanan (Pendidikan Imaniyah)
1.1 Pendidikan Keimanan kepada Allah
1.2 Pendidikan Jiwa dengan akhlak mulia (Sifat Al-Hikmah, Sifat Al-Iffah, Sifat Asy-Saja’ah, Sifat Al-Adalah)
2. Pendidikan Kerohanian (Pendididikan Ruhaniyyah)
3. Pendidikan Aqal (Pendididikan Aqliah)
4. Pendidikan menanamkan kemerdekaan Jiwa (Pendididikan Nafsiah)
5. Pendidikan Kesihatan Jasmani (Pendididikan Jismiah)
6. Pendidikan Pergaulan (Pendididikan Ijtima’iah)
7. Pendidikan Pergaulan Antara Jantina (Pendididikan Jinsiah)
8. Pendidikan Kemahiran.
Tambahan & Perincian
Pembinaan Akhlak
Asas pertama               :           Adab (Sopan-santun)
Asas kedua                  :           Jujur
Asas ketiga                   :           Menjaga rahsia
Asas Keemapat            :           Amanah
Asas Kelima                 :           Lapang dada dan tidak dengki
Pembinaan Perasaan
Asas pertama               :           Kucupan dan kasih sayag kepada anak
Asas kedua                  :            Bermain dan bercanda dengan anak
Asas ketiga                   :           Memberi hadiah dan saguhati kepada anak
Asas Keempat              :           Membelai kepala anak
Asas kelima                  :           Menyambut anak dengan baik
Asas keenam                :           Mengambil tahu keadaan anak dan menanyakannya
Asas ketujuh                 :           Perhatian dan jagaan khusus kepada anak perempuan dan anak yatim
Asas kelapan                :           Seimbang(adil)  dalam memberikan kecintaan kepada anak tanpa berlebihan dan pengabaian.
Pembinaan Keilmuan dan Pemikiran
Asas pertama               :           Menanamkan kecintaan kepada ilmu dan adab-adabnya kepada anak.
Asas kedua                  :           Memberikan tugas menghafaz sebahagian dari ayat-ayat al-Quran dan hadith.
Asas Ketiga                  :           Memilihkan guru dan sekolah yang baik bagi anak
Asas keempat               :           Mengajarkan bahasa arab kepada anak
Asas Kelima                 :           Mengajarkan bahasa asing kepada anak
Asas keenam                :           Membimbing anak sesuai dengan kecenderungan ilmiahnya
Asas Ketujuh                :           Perpustakaan Rumah dan pengaruhnya bagi pembinaan keilmuan anak.
Asas kelapan                :           Kisah para ulama salafus soleh dalam menuntut ilmu kecil

Pembinaan Dorongan Syahwat
Asas pertama               :           Anak harus minta izin bila hendak masuk ke bilik Ibubapa
Asas kedua                  :           Membiasakan anak agar menundukkan pandangan dan memelihara aurat.
Asas ketiga                   :           Memisahkan tempat tidur anak dengan saudaranya.
Asas Keempat              :           Tidur dengan berbaring di sisi kanan dan tidak tidur telungkup
Asas Kelima                 :           menjauhkan anak dari bergaul dengan lawan jenis
Asasa Keenam             :           Anak mulai dewasa harus belajar kewajipan-kewajipan mandi dan sunah-sunahnya.
Asas Ketujuh                :           Menjelaskan bahagian awal surah an-nur kepada anak yang mulai dewasa
Asas Kelapan               :           Pendidikan seks bagi anak yang sudah dewasa dan melarang berbuat kekejian (zina).
Asas Kesembilan          :           Pernikahan awal
Kaedah-kaedah mendidik anak menurut nabi saw
Asas-asas kaedah yang harus dipengangi oleh kedua ibubapa dan para pendidik
1. Keteladan yang baik
2. Waktu yang tepat memberikan bimbingan
3. Bersikap adil dan sama terhadap sesama anak.
4. Memenuhi hak-hak anak
5. Mendoakan anak
6. Membelikan alat permainan untuk anak
7. Membantu anak untuk berbuat baik dan patuh.
8. Menjauhi banyak mencela.
Asas-asas kaedah pemikiran yang berpengaruh terhadap pemikiran anak
  1. Membawakan kisah
  2. Bercakap secara langsung
  3. Bercakap kepada anak sesuai mengikut kemampuan akalnya.
  4. Perbincangan yang dingin
  5. Kaedah pengalaman praktis
  6. Mengajarkan keperibadian nabi untuk diteladani.
ihsan:@anakkusoleh.wordpress

Friday, January 14, 2011

Kenangan bertamu...

Dah lama perasaan merindu zaman kampus ni mengetuk-mengetuk minda...mengimbau suka duka kehidupan sebagai mahasiswi dan menjalankan amal ma.aruf nahi mungkar. Di kampuslah aku mengenal kehidupan, mengenal prjuangan memartababatkan agama...Betapa rindunya aku saat2 itu..dimana usrah dijalankan secara "sir" ( teringat peringakt permulaan dakwah nabi di rumah Abi Arqam). Betapa bersemangat dan cekalnya hati ini dikala ditemani sahabat satu perjuangan ..mehnah dan tribulasi di harungi bersama...aku sedar sumbagan ini sezarah cuma itupun kalau di nilai olehNya..

Menziarahi laman FB sahabat, membuatkan perasaan rindu membuak2...Ya Allah aku rindukan kenangan itu...kenangan kita bertatih belajar "Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam". kenangan di tamrinkan, kenangan mahasiswa berdemontrasi di Kg Kerinchi. kenangan bacaan ayat suci Al_Quran Yaasin di luar kamar perbicaraan sahabat yang dikenakan tindakkan tatatertib universiti, terasa sunyi bila tazkirah di halang di surau-surau..terasa rindu dan payahnya untuk menyampaikan dakwah kepada adik2 yang baru menjejakkan kaki ke U, agar tidak tergelincir di landasan...terimbau betapa "havoc" nye PR kampus berlangsung...Syiar Islam tidak di senangi...Ya Allah kenangan itu silih berganti...terasa bagai jiwa dan tenaga "tercharge" semula bila mengingatkan pahit manis bersama sahabat. Sahabatku..andai aku futur..sedarkan aku...pimpinlah aku....

Aku juga merindui sahbiahku....Naqibah-Naqibahku, teman Se "Q", Se Usrah, Se" Kolej" Se "Jamaah"dan mereka2 yang bersama-sama denganku di bawah wehdatufiqh dan wehdatul Amal..

Ya Allah istiqomahlah kami dalam jalanMu...berilah kekuatan kepada hamabaMu ini...Pertemukanlah kami di syurga nanti...Aminnnn

Thursday, January 13, 2011

Buku tanda penghargaan..

Alhamdulillah...Puteriku sayang...masih nmeneruskan persekolahanya di PASTI dan Qiraati walaupun sepupu sebayanyanya.2,3 kali tak mahu ke sekolah. Terpaksalah berdiplomasi dengannya...nasib baik lembut hatinya termakan juga pujukan ibu. Jadi sebagai tanda penghargaan ibu belikan buku cerita untuk kakak Koleksi Cerita Atuk keluaran Telaga Biru. Excited dia menyuruhku membacakan buku untuknya..Sebelum membacakan buku untuknya aku bertanya.."Siapa Atuk Kakak?" Dia terus menjawab" Tokbah dan Tok Mi"..aku cakap Tok Wan pun atuk Insyirah jugak. Baru masuk helaian pertama Si kecil Iqbal datang ..dia tarik kakak..tarik buku..alih2 aku letakkan Iqbal di pangku sambil membaca buku utuk mereka..tak habis 1 muka surat Iqbal mula kreatif dengan akalnya..sampai menjerit2 kakak..ish2..aku berikan buku 1st word untukknya...dia TAK NAK..nak jugak yang kakak punya..macam mana ni?..ayah sibuk dengan assignmentnya.(maklumlah dah bergelar mahasiswa semula). Aku pujuk kakak nanti sekejap lagi ibu ajar kakak bagi adik cool dulu...( Iqbal ni pun suka dengan terutama yang ada gambar binantang..selagi tak baca n tunjuk buku tu..mulut dia bising). Ini juga cabaran bagi ibu..macam mana nak buat ye? Ibu cuba luangkan masa untuk mengajar anak-anak(waktu malam) Iqra dan membaca buku untuk mereka.. tapi kdg2 macam2 CUBAAN...Ya Allah permudahkanlah urusan ku dan anakku..terangilah mata hatinya dalam menuntut ilmuMu, berilah kefasihan dan kekuatan ingatan dalam mendalami IlmuMu ...aminn Ya Rabbal Alamin..

Insyaallah aku juga berazam untuk membiasakan anakku dengan buku-buku supaya ia menjadi insan yang mencintai Ilmu...semalam semasa di kedai buku..teruja rasa hati untuk membelikan buku2 untyknya..Insyaallah nanti akan ku bawa anakku ke kedai buku supaya dapat menanam minat membaca di dalam dirinya. So..selepas ni every month ibu kena peruntukkan kewangan untuk membeli bahan bacaan untuk anak-anak ibu.

Tuesday, January 11, 2011

Rutin Anakku

Alhamdulillah...masih bernafas lagi, dan masih di kelilingi orang-orang tersayang. Dah 1 minggu persekolahan bermula tapi urusan ankku masih tak settle. Semalam berlaku perubahan dalam jadual anakku. Selepas kelas PASTI kakak terpaksa transit kat Qiraati sampailah kul 6.30pm.Minggu lepas transit kat umah mak tok & Tokwan( depa x berapa sihat-janganlah kami membebankan orang tua..kesian depa) Memandangkan semalam hari yang pertama kelam kabut jugaklah..tapi lega kelas Qiraati kakak settle sebelah siang (2.30-4pm), malam taklah kalut .Sekali fikir macam kesian tapi i've no choice sayang...Kakak kena belajar berdikari..dah 4 persinggahan kakak tinggal semasa ibu bekerja. Semoga kakak belajar rajin2 dan jadi anak yang solehah, begitu juga dengan Yon n Faiz semoga kalian menjadi insan yang berguna. Aminnn.Insyaallah ibu ayah akan cuba meluangkan masa untuk kakak n adik.

Thursday, January 6, 2011

DOA SEORANG IBU

DOA SEORANG IBU

2011

Assalamualaikum...

Hampir 1 minggu 2011 menjengah...minggu ni merupakan minggu yang agak sibuk..menguruskan persekohan puteriku (PASTI), kelas Qiraati, transportation pergi balik.. Seusai subuh bagaikan robot...satu perstu perlu di lunaskan..urusan anak-anak,kejutkan kakak agak mencabar, kerja-kerja rumah kena settlekan (kemas tempat tidur, sidai kain n buat breakfast milo suam untuk puteriku dsb) sebelum pukul 8 semua kena settle, van ambil kakak pukul 8( thanks to mak tok cz tengokkan anakku naik van). Ayah hantar adik rumah pengasuh( Iqbal tak mau duduk dalam car seat nak pegang stereng) if hujan ibu yang hantar.Selesai urusan pagi maka bertebaranlan ibu ayah ke tempat kerja.

6.30 petang kebiasannya ibu dah samapi umah pengasuh ambil adik. ayah  biasanya lambat sikit..if OT lagi lambat. Sampai umah kena pastikan kakak dah mandi.cz kul 7.45 mlm nak p Qiraati.bersama sepupunya (Amirul & Faiz). Masalh timbul bila seorang tak mau p semua tak mahu pergi...mmmm... Ayah ibu pun kelam kabut..cz maghrib singkat kelam kabut jugaklah..so 2,3 hari ni dinner nga roti bakar jelah(tupun kul 9.30 mlm keats) cuma malam tadi je makan luar..Bila di bincang2 balik, muzakarah suami isteri..lebih baik hantar hantar kakak transit kat kelas Qiraati selepas kelas PASTI,so bolehhlah dia belajar Qiraati sebelah siang, petang ayah ibu ambil, malam bolehlah dia rehat dan adalah masa bersama kami...time tu bolehlah check kerja sekolah dia..tambahan pulak if duduk umah maktok & Tokwan nanti menyusahkan mereka if depa kena pergi hospital, kesihatan mereka pun tak berapa ok...Yes..hantar transit..BUT...masalahnya kakak tak mau pergi if cousin dia yang 2 orng tak mau transit sama..ish..ish..camne nak buat ni...pening kepala..umah dekat2 ni yang susah..budak2 tahu nak berkawan je...bincang punya bincang ketiga-tiga mereka akan transit kat kelas Qiraati...mmm.. next week start..we'll see....harap2 menjadi..IbuAyah rasa itu yang terbaik untuk kakak dan ibuayah...Hopefully my princess memahaminya.

                              (faiz, Insyirah & Amirul-geng tak mau berenggang)